Perpecahan, Kasih Sayang Tiada dan Cinta Dunia Adalah Punca Kejatuhan Empayar Melayu

Tujuh ratus atau lapan ratus tahun yang sudah, penjajah Barat (Kristian) mula menguasai umat Islam. Bukan sangat kerana penjajah itu kuat tetapi kerana umat Islam ketika itu sudah lemah. Umat Islam lemah dari dalam. Taqwa tidak ada. Islam hanya tinggal nama. Ketahanan diri tidak ada. Benteng sudah pecah dan sudah tumbang.

Waktu itu umat Islam sudah tidak bersatu, sudah cinta dunia dan sudah tidak berkasih sayang. Maka mudahlah musuh masuk. Senanglah mereka melemahkan umat Islam. Sudahlah umat Islam lemah, kemudian dilemahkan lagi oleh penjajah. Maka bertambah lemahlah umat Islam. Lagilah mereka tidak faham Islam.

Cinta Dunia Ibu Segala Kejahatan



Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam sepotong Hadis:
Maksudnya: "Cintakan dunia ibu segala kesalahan." (Riwayat Al 'Uqaili)
Ada tiga perbahasan daripada Hadis ini iaitu:

1. Cinta

2. Dunia

3. Kesalahan

1. CINTA

Cintakan dunia ibu segala kesalahan. Bila dikatakan cinta, itu mudah difahami kerana cinta merupakan pengalaman kita. Ia perasaan hati atau roh yang payah digambarkan. Cinta itu untuk siapa, itu soal lain. Kadang-kadang orang jatuh cinta pada kereta, kadang-kadang pada isteri, pada rumah, pada duit, pada harta, pangkat, nama, glamor, jawatan dan lain-lain. Tidak ada orang yang tidak pernah merasa cinta sama ada kepada harta, ibu bapa, anak, isteri dan lain-lain. Perasaan cinta adalah fitrah semula jadi yang Tuhan bekalkan di dalam diri setiap manusia.
2. DUNIA

Apa itu dunia? Seluruh ciptaan Tuhan yang ada di muka bumi Tuhan ini adalah dunia. Oleh kerana dunia ini terlalu luas, tidak mungkin semuanya boleh dicintai. Hanya perkara tertentu sahaja kita cintai. Kecintaan yang besar adalah kepada perkara-perkara seperti pangkat, kekayaan, rumah cantik, kenderaan mewah, jawatan dan kedudukan. Manakala cinta biasa berlaku kepada ibu bapa, anak dan isteri.
Tuhan suruh kita ambil dunia sebab padanya boleh terlaksana kebaikan, boleh berkhidmat dan boleh dapat keredhaan Tuhan. Dari dunia boleh menghasilkan kasih sayang dan bertolong bantu. Bahkan dunia boleh memberi kekuatan kepada bangsa dan boleh digunakan untuk berkhidmat kepada umat. Dengan dunia yang ada kita boleh kuatkan agama, bangsa dan negara. Ini akan berlaku bila dunia diambil untuk mendapat keredhaan Tuhan, bukannya dunia diambil untuk dicintai. Tuhan hanya membenarkan manusia mengambil dunia untuk berbakti kepada Allah dan berkhidmat sesama manusia.

3. IBU KESALAHAN

Hadis ada menyebut ibu segala kesalahan (khatiiah). Rasulullah tidak sebut ibu segala maksiat atau ibu segala kemungkaran. Mengapa Rasulullah pilih perkataan salah? Ini adalah kerana, dunia bila dicintai adalah suatu kesalahan besar. Bila dunia diambil dengan cara yang salah; iaitu kerana cinta padanya; maka cinta dunia akan melahirkan buah-buah kesalahan yang banyak. Dari cinta dunia akan memperanakkan hal-hal negatif dengan banyaknya. Mari kita lihat beberapa contoh yang berlaku dalam kehidupan harian.

a. Kereta mewah

Seseorang beli kereta mewah untuk dicintai. Kemudian jadi megah dan sombong. Timbullah kejahatan. Itu anak kepada kesalahan tadi. Bila megah dan sombong, beranak-anak lagi kejahatan yakni orang lain sakit hati, meluat dan tersinggung. Berapa banyak hasil negatif, buah dari cinta dunia.
b. Harta

Tuhan tidak melarang mengambil harta untuk keredhaan Tuhan dan untuk berkhidmat kepada manusia. Kalau bertukar matlamat kepada cintakan harta, maka akan datang tamak, kemudian bakhil. Beranak-anak pula rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Hingga akhirnya tiada tempat dan ruang untuk Tuhan. Bila harta dimiliki dengan rasa cinta, kasih sayang yang diperlukan sesama manusia punah dan hancur. Padahal kalau harta itu diagih-agihkan kepada manusia, orang miskin akan terbela dan bangsa yang lemah akan jadi kuat dengan harta tersebut.

c. Jawatan

Jawatan pula, kalau diambil kerana Tuhan, ia akan membuatkan orang berbakti kepada Tuhan dan boleh menolong sesama manusia. Akan datang kasih sayang dan pembelaan. Tetapi kalau jawatan dan pangkat dikejar kerana cinta pada jawatan dan pangkat tersebut, kalau tidak dapat, kita susah hati kerana tidak dapat apa yang dihajati. Itu kejahatan di sisi Tuhan. Tuhan bukan suruh kita susah hati dengan hal dunia. Yang perlu disusahkan apakah Tuhan sudah redha dengan kita atau tidak. Bila tidak dapat jawatan, susah hati. Bila dapat jawatan, megah. Bila megah, akan menzalimi orang bawah. Dalam mempertahankan jawatan, terpaksa jatuhkan orang lain dan rasuah. Lihat berapa banyak lahir perkara negatif bila jawatan itu masuk ke hati dan dicintai.

Virus cinta dunia akan mengharu-birukan dunia dan mencetuskan perang yang tidak pernah berhenti. Rehat berperang di satu tempat, berlaku di tempat lain. Bergaduhlah antara negara dengan negara, bangsa dengan bangsa, kampung dengan kampung, antara kelompok, antara keluarga dan sebagainya kerana cinta dunia.

................................................
Apabila Dunia Dicintai
Apabila dunia dicintai
Maka ia akan dijadikan matlamat hidup
Dunia pun menjadi buruan dan rebutan
Bila ia dijadikan rebutan
timbullah saingan dan perlawanan
Saingan dan perlawanan itu
akan membawa perbalahan dan permusuhan
Di dalam perebutan timbullah hasad dengki
jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati
Kemuncaknya pergaduhan
membunuh dan peperangan
Lebih-lebih lagi yang merebut itu para ulama
pemimpin dan orang-orang kaya
Maka krisis kerana dunia lebih hebat lagi
berlaku di dalam kehidupan
Maka punahlah kasih sayang
hilanglah timbang rasa
Persaudaraan hilang, simpati gersang
kerjasama terpaksa
Hidup nafsi-nafsi pun subur dan menjadi budaya
Masing-masing menjaga kepentingan diri sendiri
Hidup harmoni, kasih sayang, bertimbang rasa hilang
Akhirnya semua manusia di dunia
hidup di dalam ketakutan dan penderitaan
Cuma ketakutan dan penderitaan
di antara satu sama lain tidak sama
Orang miskin susah
kerana tidak ada yang hendak dipakai
dan yang hendak dimakan
Yang sakit terbiar
tidak ada wang untuk berubat
Ulama-ulama dihina
dan tidak dihormati lagi
Guru-guru, ibu bapa tidak dikasihi
Anak-anak atau rakyat jelata
tidak akan disayangi
Orang-orang kaya dibenci
harta mereka akan dirompak dan dicuri
Nyawa mereka sentiasa terancam
Para-para pemimpin tidak dihormati dan ditaati
Bahkan menjadi sasaran permusuhan
dari rakyatnya
Maka dunia pun menjadi neraka
kerana penyakit cinta dunia

Kasih Sayang Sangat Diperlukan

Kasih sayang sangat diperlukan di samping iman
Penyubur jiwa, pengikat hati, membuahkan
perpaduan
Jika tiada, jiwa derita, fikiran kusut, badan
sengsara
Kemana sahaja pergi, serba tidak kena,
serba tidak selesa
Justru itu Islam sangat menganjurkan kasih sayang
Kerana perlunya ia satu perkara yang sangat
diwajibkan
Lahirkanlah sebabnya,
usahakanlah ke arah mewujudkannya
Ia satu perjuangan yang digalakkan,
dari situlah timbulnya perpaduan
Pemurahlah ia boleh menggembirakan jiwa
Satu sifat mahmudah yang boleh mencetuskan
kasih sayang
Bermesralah sesama manusia,
ia boleh mengikat jiwa
Berilah kemaafan tanpa diminta
dari kesalahan mereka
Kita juga perlu meminta maaf kepada manusia
Ketika kita bersalah dengan mereka
Jangan tunggu mereka meminta dari kita
Apabila kita bersalah jangan malu memohon
maaflah kepada mereka
Ziarah menziarahi sangat dianjurkan sambil
membawa buah tangan
Salah faham hilang semuanya,
kasih sayang akan berbunga
Apabila kasih sayang berbunga di jiwa
Walaupun miskin dan papa,
tiada terasa di dalam kesusahan.
Tiada kasih sayang manusia menderita
Tiada kasih sayang tiada saudara
Tiada kasih sayang tiada ukhuwah,
tiada perpaduan
Tanamkanlah kasih sayang
secara mengkota bukan berkata

Kasih Sayang Makanan Jiwa


Kasih sayang adalah makanan jiwa atau hati
Simpati ibarat lauk kepada jiwa
Peri kemanusiaan ibarat ulam kepada hati
Kalau ketiga-tiga ini diperolehi oleh setiap manusia makanan hati adalah sempurna
Apabila makanan hati sempurna
Hati atau jiwa subur dengan ketenangan dan kebahagiaan
Jika kasih sayang sahaja yang didapati sebagai makanan jiwa
Tapi lauk atau ulam hati tidak didapati
Ketenangan dan kebahagiaan itu kurang dirasa
Tapi kalau secara umum manusia memperolehinya sudah pada
Kalau di dalam masyarakat pergaulan hanya didapati simpati dan peri kemanusiaan sahaja
Bukan dari kasih sayang sebagai makanan asas jiwa
Manusia akan derita
Kalau perikemanusiaan sahaja yang ada
Manusia akan kecewa
Tapi apa akan terjadi, kasih sayang tiada, simpati tidak wujud, perikemanusiaan gersang
Orang yang tidak beriman dia akan putus asa
Lantaran itulah secara umum manusia boleh dibahagi enam kategori
Ada orang yang mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Ada orang yang sekadar mendapat kebahagiaan
Tidak kurang yang mendapat ketenangan semata-mata
Ada orang yang mendapat penderitaan
Juga ada yang mendapat kekecewaan sepanjang masa
Yang paling teruk ada orang yang putus asa
Biasanya yang putus asa itu orang yang tidak beriman

Siapa Sebenarnya Engkau Ini?!


Aku lihat engkau selalu melaungkan perpaduan kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak faham erti perpecahan
Engkau ajak orang berpadu gelagat engkau membawa perpecahan
Engkau selalu sahaja berslogan persatuan, cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!
Seruan engkau aku lihat double standard!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah, pejuang perpecahan?
Engkau berlakonkah di pentas kehidupan, macam orang berdrama di dalam berlakon
Apakah engkau berlakon atau itu realiti kehidupan engkau?
Rakyat melihat, orang ramai menilai
Nanti orang ramai kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon? Engkau pejuang? Engkau petualang?
Berhentilah berslogan, sebelum orang kenal
Jika orang kenal, nahas engkau,
engkau akan dipinggirkan orang atau disingkirkan orang

Pejuang Dahulu Dan Pejuang Sekarang


Dahulu Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang
Disajikan dengan lemparan batu dan debu
Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging, ayam dan nasi beriani
Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang
Ada orang kita berjuang menghalau orang
Melempar orang, memenjarakan orang
Pejuang-pejuang dahulu disakiti
Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang
Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban
Harta-harta mereka diinfakkan
Pejuang-pejuang sekarang membuat harta
Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata
Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat
Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan aurat
Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Quran
Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya
Pejuang-pejuang dahulu musafir dan mengembara kerana berdakwah
Pejuang-pejuang sekarang musafir dan mengembara
Kerana ekonomi dan mencari makan
Pejuang-pejuang dahulu berukhwah
Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalah
Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam
Atau mengaku memperjuangkan keadilan
Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang?
Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang
Lambat-laun Allah akan buka tembelang

Pejuang-Pejuang Palsu Akan Terkejut


Pejuang-pejuang Islam di atas pentas akan terkejut nanti
Pejuang-pejuang Islam yang palsu akan tahu nanti dan akan tergigit jari
Orang-orang yang mengguna Islam untuk kepentingan peribadi lebih-lebih lagi
Pejuang-pejuang Islam yang menggunakan Islam untuk menghentam orang akan kecundang
Bahkan orang yang menjual nama Islam untuk kepentingan politiknya
Juga akan terkejut nanti
Satu peristiwa besar yang tidak terduga akan berlaku
Di awal kurun ini perjuangan kebenaran dan pemimpinnya akan ditonjol Tuhan
Dia akan membetulkan semula yang tersilap
Akan menumpaskan segala yang salah dan tidak memberi faedah
Mentautkan semula yang renggang
Menyatukan semula yang berpecah-belah
Menghidupkan semula Sunnah dan membanteras yang bidaah
Memerangi kemungkaran dan kemaksiatan yang terang-terangan
Membela fakir miskin dan memaksa orang yang kaya
Menghidupkan semula jiwa yang sudah mati
Menumpaskan mazmumah-mazmumah yang telah merosakkan manusia
Menegakkan kebenaran dan keadilan di dalam pergaulan dan di dalam sebarang hal
Mencetuskan semula ukhwah dan keharmonian sesama manusia
Menyuburkan semula rasa bertuhan
Hidupkan semula rasa kehambaan
Tuhan disembah, dipuja, dicintai, ditakuti dan dijadikan idola
Akan meriah semula syiar dan ayatullah di dalam kehidupan
Pejuang-pejuang palsu akan senyap dan penuh malu
Kerana tidak boleh berlakon dan berpura-pura lagi di hadapan rakyat


Engkau Ingin Perpaduan Tapi Engkau Bawa Perpecahan


Engkau inginkan perpaduan
Cakap-cakap engkau membawa perpecahan
Engkau menyeru perpaduan dan kesatuan, sikap engkau memecah-belahkan
Engkau ajak umat bersatu padu, saranan engkau merenggangkan
Engkau mengingatkan rakyat jangan berpecah
Tapi pidato engkau menghentam orang
Engkau ajak umat Islam bersatu
Tapi pengikatnya engkau putuskan
Engkau ingatkan manusia jangan timbulkan perpecahan
Sikap engkau merobek-robek perpaduan
Engkau ingatkan kesatuan umat
Tapi pengikatnya engkau tidak tunjukkan
Fahamkah apa yang engkau cakapkan
Atau engkau hanya berangan-angan
Atau engkau menyorokkan kelemahan
Maka engkau pun menslogankan perpaduan
Agar rakyat menganggap engkau wira umat
Engkau mengajak rakyat bersatu-padu
Tapi engkau dalang perpaduan
Engkau bapa perpecahan
Ingatlah perpaduan terjadi bukan slogan
Bukan selalu di dalam perjumpaan dan pertemuan
Perpaduan terjadi ada tali pengikatnya
Iaitu sama-sama cintakan dan takutkan Tuhan
Syariatnya menjadi pakaian setiap umat Islam
Itulah dia anak kunci perpaduan
Selain itu hanya angan-angan

Tanamkanlah Kasih Sayang

Tanamkanlah kasih sayang sesama manusia
Dari kasih sayang akan timbul perpaduan
Jagalah perpaduan kerana daripada perpaduan lahir kerjasama
Kerjasama itu penting, dari kerjasama cepat lahir kemajuan
Kerja yang berat menjadi ringan
Sepatutnya lambat menjadi cepat
Tanamkanlah kasih sayang sesama insan
Permusuhan sesama manusia akan hilang
Dari sinilah hilang keraguan sesama manusia
Hilang curiga, prejudis tidak ada, wujudlah baik sangka
Berbaik sangka timbullah hormat-menghormati sesama manusia
Berbaik sangka mudah menjadi tetamu di kala musafir di tempat orang
Tanamkanlah kasih sayang sesama hamba Allah
Akan lahirlah timbang rasa sesama manusia
Yang susah akan dibela, yang kaya membela, hasad dengki hilang dari orang yang susah
Tanamkanlah kasih sayang tidak kira apa bangsa dan apa agamanya
Permusuhan akan hilang di kalangan manusia
Hidup harmoni, curiga-mencurigai hilang wujudlah keamanan
Apabila dunia aman hilang ketakutan
Kasih sayang yang paling kuat ialah cintakan Tuhan
Dari cintakan Tuhan, lahirlah kasih sayang sesama manusia yang luar biasa
Cintakan Allah/Tuhan, automatik akan lahir kasih sayang sesama manusia

Indahnya Berkasih Sayang


Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita,
yang ada hubungan cinta dengan  Tuhan
Kasih sayang begini adalah murni
Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat hingga sampai mati
Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat, kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan
Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan atau di antara sesama manusia
kekal abadi dan murni
Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal,
hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal
Kasih sayang yang begini ia adalah sejati, sampai ke mati
Kasih sayang yang tidak diikat dengan kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu
Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati
Sekalipun suami isteri
Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa, indahnya tiada
Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar
jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan
Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia kekal abadi dan murni
Cintakan Tuhanlah  pengikat kasih sayang hingga berpanjangan
Susah hendak diputuskan, payah sekali hendak dihilangkan
Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan,
ia bersih, murni dan sejati kekal abadi


Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang?


Engkau mempersoalkan ketidakadilan orang lain?
Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang?
Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan
Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau
Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara
Engkau dan mereka caci-maki si penzalim
Engkau dan orang ramai sakit hati dengan ketidakadilan mereka
Engkau atur strategi menentang mereka
Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara
Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah?
Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman?
Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri?
Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri?
Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang yang pernah terzalim?
Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu ialah orang yang tidak kenal Allah
Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya
Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung dan tidak menyembah Allah
Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja
Tidak adil di bidang ekonomi, pembahagian projek yang tidak seimbang diagih
Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja yang engkau benci
Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan
Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil
Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi

Sebenarnya Engkau Yang Bermasalah


Engkau gaduh perjuangan engkau tidak diterima orang
Sedih hati engkau dakwah engkau ditolak orang
Engkau merungut ceramah engkau, kurang orang mengambil perhatian
Bahkan perjuangan engkau dicaci orang di belakang engkau
Apabila berlaku ini semuanya engkau marah-marah kepada orang
Siapa sebenarnya yang salah?
Engkau yang bersalah atau orang yang bersalah?
Penceramah yang bermasalah atau pendengar yang bermasalah?
Sebenarnya engkau yang bermasalah
Orang ramai melihat engkau amat menakutkan
Orang ramai melihat engkau amat menjijikkan
Badan engkau penuh dengan kudis dan tokak yang terlalu kronik
Badan engkau penuh dengan nanah, darah, danur yang amat busuk
Diserta pula dengan ulat-ulat yang amat meloyakan
Engkau tidak nampak
Kerana penyakit di badan engkau adalah penyakit rohani dan maknawi
Badan engkau yang penuh darah dan nanah itu ialah dosa-dosa engkau
Dosa mengumpat, dosa mengata, dosa memfitnah
Ditambah lagi dengan dosa sombong, ego, riyak, gila nama dan glamour
Belum lagi dosa-dosa sembahyang yang tidak khusyuk
Bahkan entah apa lagi dosa-dosa yang engkau buat
Jadi bagaimanalah orang mahu menerima perjuangan engkau
Di dalam keadaan badan engkau penuh dengan darah dan nanah?
Bersihkan badan engkau lebih dahulu
Sucikan hatimu lebih dahulu
Keluarkan segala mazmumah-mazmumah yang sangat merbahaya
Yang merosakkan manusia
Selepas itu barulah orang boleh menerimanya


Pejuang Tidak Sama Dengan Simpati


Para-para pejuang kebenaran tidak sama orang yang simpati
atau orang yang hendak disedarkan
Para-para pejuang adalah payung atau tempat orang berteduh dan berlindung
Ertinya para-para pejuang sanggup hidup susah, sanggup menderita kerana keyakinannya dan kerana orang yang hendak diinsafkannya
Para-para pejuang tidak perlu lagi diumpan dengan kesenangan,
pada mereka senang dan susah sama aja
Yang perlu diumpan-umpan dengan kesenangan atau penghormatan adalah para simpati atau orang yang baru datang atau orang yang hendak diajak kepada Tuhan
Strategi ini Rasulullah pernah melakukannya, di antaranya apa yang dilakukannya kepada Abu Sufian
Kerana umpan-umpan dengan kesenangan itu atau dengan penghormatan mereka boleh berjinak-jinak dengan perjuangan dan rapat dengan ahli perjuangan
Dari sini ada peluanglagi mendidik dan meningkatkan keimanan dan kesedaran mereka
Insya-Allah lam-kelamaan mereka akan sampai kepada kemuncak kesedarannya
Di waktu itu mereka pula sanggup menjadi payung iaitu pelindung kepada orang ramai terutama orang yang baru sedar
Di dalam Islam zakat bukankah satu asnaf di antara 8 asnaf boleh diberi kepada muallaf orang yang baru masuk Islam
Muallaf itu sekalipun mereka kaya  dan orang besar
Kerana mereka baru masuk Islam hendak diambil hatinya
Seolah-olah orang baru di dalam Islam atau di dalam perjuangan Islam baru peralihan di antara cinta dunia dengan cintakan Tuhan
Diumpan dengan harta itu supaya mereka beralih perlahan-lahan tidaklah secara direntap atau drastik
Lama-kelamaan nanti setelah dididik lagi mereka pun akan menjadi orang lama di dalam Islam mereka akan berubah
Begitulah mendidik di dalam ajaran Islam ini berlaku secara evolusi bukan secara revolusi
Di sinilah bijaksana-Nya Allah Taala mendidik manusia
Ia berlaku bertahap-tahap dan perlahan-lahan tidak secara drastik
Begitulah secara umumnya mendidik manusia ini berlaku secara perlahan-lahan
Kecuali berlaku kepada satu dua orang secara cepat ini tidak diambil kira, Islam memandang secara majoritinya
Di sinilah para-para pejuang perlu faham
Bijaksana di dalam perjuangan perlu ada bahkan kenalah dilaksana
Para-para pejuang mestilah cerdik dan berhalus mendidik manusia
Kalau tidak ramai orang akan menolak perjuangan Islam terutama orang-orang kaya dan cerdik pandai
Bersenilah di dalam perjuangan, bijaksanalah di dalam mendidik, berhati-hatilah memujuk orang
Begitulah perjuangan Islam, banyak perkara yang tersirat yang perlu difaham
Agar perjuangan tidak kecundang

Engkau Sanjung Pemimpin Yang Gila Kuasa


Demi negara dan bangsa, juga pemimpin yang gila
Demi nama, glamour dan ingin jadi wira
Gunung setinggi mana pun engkau daki
Lautan seluas mana pun engkau jelajahi
Sungai sepanjang mana pun engkau harungi
Hutan belantara engkau teroka
Tapi demi keredhaan Tuhan
Boleh didapati di rumahmu sendiri engkau tidak mampu
Pahala di depan mata pun engkau tidak peduli
Untuk Tuhan serba tak boleh
Untuk negara dan bangsa
Bahkan untuk pemimpin yang derhaka
Kita boleh kata:
Malaysia boleh, kita boleh
Apa yang boleh dibuat oleh bangsa lain bangsa kita pun boleh
Engkau sanjung hak negara dan bangsa
Tapi engkau korbankan hak Tuhan
Engkau sanjung kehendak-kehendak pemimpin negara yang gila kuasa
Engkau korbankan hak agama
Bolehkah bangsa dan negara membelamu!
Bolehkah pemimpin negara menyelamatkan kamu
Nasib pun belum tahu


Engkau Pemecah Belah Rakyat


Engkau sarankan perpaduan rakyat demi keharmonian
Tapi engkau sendiri pecah belah rakyat
Engkau tidak senang dengan tuduhan dan fitnah
Walhal engkau adalah bapa pembawa fitnah
Engkau ajak rakyat jangan berbohong
Tapi engkau telah jadikan berbohong itu sebagai budaya
Engkau kumandangkan Islam, tapi amalan engkau adalah kekufuran
Engkau marah orang lain fanatik dengan pemimpinnya
Tapi pengikut engkau fanatik dengan engkau
Engkau rasa senang dan membenarkan
Baru aku tahu fanatik itu bukan tidak boleh
Ia boleh dilakukan tapi bukan kepada pemimpin lain
Ia boleh dilakukan, bahkan mesti dilakukan kepada engkau sebagai pemimpin
Yang tidak boleh kepada orang lain, tapi kepada engkau boleh
Sampai bila engkau hendak menipu rakyat?
Aku ingatkan kepadamu
Ini adalah akhir zaman, awal kurun Hijriyah
Ini adalah giliran Islam
Kalau engkau tidak kembali kepada Tuhan
Engkau pasti jatuh
Engkau akan terhukum di dunia lagi dengan penuh kehinaan
Sedarlah! Kalau mahu sedar
Sebelum terlambat

SEKULARISME MENURUT ISLAM

Sekularisme adalah di antara istilah yang paling popular dan yang paling banyak digunakan di zaman moden ini oleh semua bangsa di dunia. Ini kerana ia relevan dan menyentuh ramai manusia. Orang banyak menyebut tentang fahaman sekular, pemikiran sekular, amalan sekular, kerajaan sekular dan bermacam-macam lagi yang sekular. Dari mana datangnya istilah itu? Bagaimana kaitannya dengan kehidupan kita? Bagaimana ianya relevan dengan kita? Apakah kesannya kepada kita?

Dalam masyarakat kita sekarang berlaku tuduh menuduh dalam hal sekular ini. Orang ini menuduh orang itu sekular. Pihak ini menuduh pihak itu sekular. Parti ini menuduh parti itu sekular. Apa yang sekular? Besar kemungkinan, yang dituduh dan yang menuduh sama-sama tidak faham apa erti sekular. Lebih bahaya lagi, takut-takut kedua-dua pihak mengamalkan cara hidup sekular sama ada sedar atau tidak.

Sekularisme sekarang ini sudah menjadi satu konsep, satu pegangan atau satu fahaman. Bagi sesetengah orang, ianya satu prinsip dan amalan hidup. Tidak salah kalau sekularisme dianggap sebagai satu ideologi atau ajaran.

Umumnya, orang memahami sekularisme sebagai pemisahan antara agama dengan kehidupan. Pemisahan antara dunia dan Akhirat. Fahaman sekularisme tidak mengambil kira tentang Tuhan dan tentang Akhirat. Sekularisme tidak mengaitkan soal kehidupan di dunia dengan kehidupan di Akhirat. Dunia adalah untuk dunia. Dunia habis di dunia. Dalam konsep dan fahaman sekularisme, Akhirat tidak wujud. Tuhan juga tidak wujud.
Islam mempunyai fahaman yang khusus dan tersendiri tentang sekularisme.

Sekularisme bukan wujud seratus atau dua ratus tahun dahulu tetapi ia telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Hanya istilahnya sahaja yang baru. Sekularisme sebenarnya telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW di masa hidupnya. Cuma kita tidak perasan dan kita tidak sedar. Sebab dalam ajaran Islam banyak perkara yang tersirat. Istilah sekular datang dari Barat. Oleh kerana umat Islam sudah tidak faham Islam, maka mereka merasakan seolah-olah dalam Islam tidak ada cerita tentang sekularisme. Sementelahan istilah sekular tidak ada dalam Quran atau Hadis. Ia bahasa Inggeris. Quran dan Hadis dalam bahasa Arab. Namun, walaupun istilah tidak sama tetapi maksudnya sama. Quran guna saru istilah. Hadis pula guna istilah lain.

Disebabkan sekular itu istilah Barat dan mula dicetuskan di Barat oleh orang Barat, maka kita terdorong untuk memahami sekularisme itu dari pandangan dan kacamata orang Barat. Kerana itulah fahaman kita tentang sekularisme ini sempit sesempit pandangan orang Barat. Bagi orang Barat, sekularisme ini semata-mata hal dunia. Ia bukanlah satu fenomena yang begitu penting. Ia tidak diberi tumpuan atau pandangan yang serius. Ia tidak dikaitkan dengan hal-hal yang lain.

Namun bagi Islam, ia tidak berhenti di situ. Sekularisme dikaitkan dengan soal Tuhan dan soal Akhirat. Sekularisme dianggap berbahaya dan sangat merosakkan. Bahkan sekularisme ditentang habis-habisan.

SEJARAH

Timbulnya istilah sekularisme ada sejarahnya. Satu masa dahulu, agama Kristian (melalui gereja) menguasai negara. Ketika itu menguasai gereja ertinya menguasai negara. Hingga ke abad pertengahan, agama (Kristian) tidak dipisahkan dari kuasa negara. Sampai kepada satu masa, penguasa dan paderi-paderi gereja telah menentang penemuan ilmu terutama teori-teori dalam ilmu sains. Pernah ada ilmuan yang mengatakan bahawa bumi ini bulat. Ada juga penemuan yang mengatakan bumi ini beredar mengelilingi matahari. Gereja tidak dapat menerima penemuan-penemuan ini lantas menghukum ilmuan-ilmuan tersebut murtad lalu mereka dibunuh. Ini membuatkan rakyat tidak senang.

Akhirnya, dengan kuasa dan kebangkitan rakyat, gereja dipisahkan dari negara. Gereja diserahkan kepada pope dan negara diserahkan kepada kaisar. Dari sinilah bermulanya fikiran sekular iaitu pemisahan gereja (agama) dari pemerintahan negara. Negara tidak lagi ditadbir oleh orang agama dan tidak lagi berpandukan doktrin agama.

Namun, sebelum itu konsep sekularisme ini telah lama diamalkan. Hanya ianya tidak disebut sekularisme. Tujuh ratus atau lapan ratus tahun yang sudah, penjajah Barat (Kristian) mula menguasai umat Islam. Bukan sangat kerana penjajah itu kuat tetapi kerana umat Islam ketika itu sudah lemah. Umat Islam lemah dari dalam. Taqwa tidak ada. Islam hanya tinggal nama. Ketahanan diri tidak ada. Benteng sudah pecah dan sudah tumbang.

Waktu itu umat Islam sudah tidak bersatu, sudah cinta dunia dan sudah tidak berkasih sayang. Maka mudahlah musuh masuk. Senanglah mereka melemahkan umat Islam. Sudahlah umat Islam lemah, kemudian dilemahkan lagi oleh penjajah. Maka bertambah lemahlah umat Islam. Lagilah mereka tidak faham Islam.

Waktu penjajah menguasai negara-negara umat Islam, apakah yang mereka buat? Hairannya, mereka tidak buang raja-raja. Malahan mereka jaga institusi raja-raja dengan baik. Mengapa? Supaya dalam negara ada berpihak-pihak. Ada menyokong raja dan ada yang tidak. Supaya raja dan rakyat terpisah. Bila raja dijaga sebegitu rupa, raja rasa mereka dihormati oleh penjajah. Kalau ada rakyat bangkit hendak melawan penjajah, penjajah berhelah dan akan berkata kepada raja, rakyat bangkit untuk menumbangkan raja. Sebahagian rakyat akan sokong raja (yakni penjajah) dan akan menentang rakyat yang memberontak. Penjajah melaga-lagakan rakyat. Raja-raja diper-bodohkan. Inilah konsep 'divide and rule' yang diamalkan penjajah. Bijaknya penjajah.

Tambahan pada itu, dipisahkan raja dari agama. Raja-raja diberi kuasa agama yang terlalu sedikit iaitu di sudut ibadah sahaja. Penjajah mengambil alih kuasa pentadbiran dan pemerintahan. Waktu itu sebenarnya telah bermula sekularisme. Tetapi istilah sekular tidak dibesarkan oleh penjajah. Amalan sekular iaitu pemisahan antara agama dan negara telah lama dipraktikkan oleh penjajah di negara-negara umat Islam yang dijajah. Bila berlaku pergolakan dan pemisahan antara gereja dan negara di Barat sendiri, barulah istilah sekular dipopularkan secara rasmi.

Mari kita lihat ayat Quran yang pertama turun.

Maksudnya: "Hendaklah kamu membaca atas nama Tuhanmu."
(Al Alaq: 1)

Membaca mesti atas nama Tuhan. Ertinya dari membaca kita dapat ilmu. Bila ilmu dilaksanakan, akan terbina tamadun. Dari membaca, menimba ilmu hingga kepada membina tamadun, semuanya mesti dibuat atas nama Tuhan. Ilmu tidak boleh dipisahkan dari Tuhan. Kalau dipisahkan akan jadilah ia ilmu sekular. Kalau ilmu tidak boleh dipisahkan dari Tuhan, betapalah hal-hal yang lain.

Dalam ayat yang lain pula:

Maksudnya: 'Yang mereka itu lalai dari sembahyangnya."
(Al Ma'un: 5)

Jadi sembahyang atau ibadah juga tidak boleh dipisahkan dari Tuhan. Kalau dipisahkan atau lalai akan jadi ibadah atau sembahyang sekular yakni ibadah yang dibuat dengan riyak dan ujub yang tidak dikaitkan dengan Tuhan.
Kita juga diajar oleh Rasulullah SAW membaca dalam sembahyang:
Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam." (Al An'am: 162)
Ia membawa maksud bahawa apa saja yang kita lakukan dalam kehidupan ini, kita lakukan kerana Tuhan. Malahan apa sahaja yang ada pada diri kita, kita untukkan kepada Tuhan.

Dalam sebuah Hadis dari Abi Musa ada menyebutkan:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana engkau melihat seorang lelaki yang berjuang kerana keberanian dan yang berjuang kerana hamiyatan (kebangsaan) dan yang berjuang kerana riyak? Mana dari mereka yang berjuang di jalan Allah?" Maka sabda Rasulullah: "Barang siapa yang berjuang agar kalimah Allah itu menjadi tinggi, maka dialah yang berada dijalan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berjuang supaya kalimah Allah menjadi tinggi ertinya berjuang untuk mengislamkan orang seramai-ramainya, untuk mempromosikan Tuhan, membesarkan Tuhan dan mengagungkan Tuhan. Itulah perjuangan fisabilillah. Kalau berjuang kerana bangsa, kerana marah, kerana nama, kerana hendak dikenang dan lain-lain, itu adalah perjuangan sekular.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal:

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

 "Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!" Jawabku: 'Ya, Sayidil Mursalin." Sabda Rasulullah SAW: "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.

Maka malaikat yang menjaga amal si hamba (malaikat Hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah: 'Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat.' Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: 'Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain. 'Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata: lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong'."

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: "Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: 'Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia soerangyang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.' Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit, penjaganya berkata: 'Itu adalah amalan tukang hasad. Dia amat benci kepada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.'
Seterusnya amalan yang tiba di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: 'Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah, dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini'."

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah solat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata: 'Saya ini penjaga sum'ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allali tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riyak.' Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan solehyang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan: 'Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.

Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini mahu menipu Aku dengan amalannya ini? Laknat-Ku tetap padanya.' Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.' Dan semua yang di langit turut berkata: 'Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat'."

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan Hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?" Sabda Rasulullah SAW: "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan." Muaz bertanya kembali: "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"

Bersabda Rasulullah: 'Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing Neraka Jahannam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 'Di Neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia'."

Muaz berkata: 'Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?" Jawab Rasulullah SAW: "Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api Neraka."

Hadis ini sangat menakutkan. Setiap amalan diangkat ke langit dua kali dalam seminggu dari langit pertama hingga ke langit ketujuh. Kalau tidak menepati syarat, amalan tersebut dilempar ke muka orang yang mengamalkannya. Tuhan berfirman: "Hai malaikat, engkau melihat lahirnya bagus tapi Aku melihat hatinya tidak ikhlas."
Tidak ikhlas itu ertinya sekular. Ibadah yang sekular, Tuhan lempar ke muka orang yang mengamalnya. Tuhan tidak terima.

Jadi fahaman sekular ini sudah lama. Siapa yang ibadah, sembahyang atau perjuangannya bukan kerana Allah, maka ia menjadi sekular walaupun amalan lahirnya nampak sama. Kalau kita padankan perkara ini dengan keadaan umat Islam di saat ini, sebahagian besar ibadah, perjuangan dan pendidikan umat Islam adalah sekular.
Berapa ramai kita lihat orang bermegah sudah pergi haji sepuluh kali. Berapa ramai ahli politik pergi umrah supaya dianggap beragama untuk memancing undi rakyat.

Berapa ramai orang menderma dan bersedekah untuk dimuatkan dalam surat khabar. Ini semua adalah haji, umrah dan sedekah sekular. Di Malaysia, kalau orang besar hendak buat program, acara rasminya termasuk sembahyang supaya rakyat anggap dia baik dan dia bersembahyang. Jadi sembahyang telah di-sekularkan kerana ia bernilai dunia, tidak lagi bernilai Akhirat. Fahaman sekular sudah masuk ke dalam semua aspek kehidupan. Kalau kita tidak berhati-hati, segala apa yang kita buat akan jadi sekular.

Berapa ramai orang mengaji tafsir, jadi tafsir sekular, mengaji Islam jadi Islam sekular. Berapa ramai orang buka pondok dan pesantren dan yang diajar adalah Islam tetapi jadi sekular kerana tidak dikaitkan dengan Tuhan, tetapi dengan wang dan keuntungan. Hendak berjuang dan hendak beribadah yang tidak sekular bukan mudah. Kalau tidak dikaitkan dengan Tuhan dan dengan Akhirat, maka ia tetap akan jadi sekular. Berjuang kalau tidak membawa kasih sayang, kasar, militan, mendedah aib dan kesalahan orang, mengata dan menghina orang, itu perjuangan sekular.

Fahaman sekular Barat sangat sempit. Sekularisme dalam Islam lebih global. Ia mencangkup soal ibadah, pendidikan, haji, perjuangan, umrah dan sebagainya. Kalau Barat kata sekular, Islam kata riyak, ujub dan sum'ah. Riyak, ujub dan sum'ah itu adalah sekularisme. Kalau ibadah haji, perjuangan, dakwah dan perkara-perkara yang sepertinya sudah jadi sekular, maka hal-hal yang lain seperti ekonomi, hiburan, pergaulan dan kemasyarakatan lebih senang lagi jadi sekular. Bahkan perkahwinan pun boleh jadi sekular kalau berkahwin bukan atas nama Tuhan. Itu sebab mudah bergaduh dan berlaku perceraian.

Oleh itu kita janganlah tertipu dengan istilah Barat. Barat baru sebut sekular sejak 200 tahun dahulu. Islam telah sebut sekular sejak zaman Rasulullah iaitu sudah hampir 1,500 tahun. Cuma istilahnya sahaja yang tidak sama.

Kita Saling Memerlukan --- Kelab Veteran MAYC Malaysia

Dalam melayari internet dan melihat laman sosial FB , tertarik dengan kiriman
Taib Wahab pada wall Datuk Nasir Safar II .  Petikan tulisan beliau, "Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama-sama Datuk Nasir Safar II telah mengilhamkan kerjasama diantara Veteran Mayc dan Alumni 4B. Program PRU13 telah pun selesai dan diharapkan banyak lagi program-program pembangunan dapat dijalankan dalam rangka kerjasama ini. 

Berikutnya,
Assalamualaikum wr wb

Kelab Veteran Mayc Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan Datuk Seri sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka (SEAC). Perlantikan ini jelas membuktikan keinginan rakyat negeri Melaka untuk Datuk Seri terus memimpin kemajuan negeri ini dalam semua bidang.

Kelab ini dan anggota-anggota MAYC umumnya akan terus memberi sokongan kepada Datuk Seri dalam apa kapasiti sekalipun dan bersedia memberi khidmat untuk terus memajukan negeri Melaka.

TAIB WAHAB
Setiausaha Agung
Kelab Veteran MAYC Malaysia
Selanjutnya kita juga dapat mengetahui lebih lanjut berhubung Kelab ini melalui laman web Kelab Veteran MAYC Malaysia 
Tertarik dengan ,PROGRAM KDB & GMBO yang di siarkan dalam laman web kelab;


Program ini akan dilancarkan sebaik-baik sahaja Kelab Veteran Negeri memberi tarikh dan tempat yang akan diadakan.

SKMM telah bersetuju pada dasarnya untuk menganjurkan program ini bersama Kelab Veteran Negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Kedua modul ini merupakan initiatif SKMM untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat dalam bidang penggunaan internet.

KDB ( Klik Dengan Bijak ) dan GMBO ( Get Malaysia Business Online) dijangka akan memberi faedah kepada semua pengguna internet sama ada untuk tujuan sosial atau bisnes.

Taib Wahab, Setiausaha Agung KVMM yang mengadakan perbincangan dengan SKMM Wilayah Selatan hari ini berkata, Johor adalah negeri pemula bagi program multi media ini dan akan dianjurkan seterusnya dinegeri-negeri arah utara sehingga Perlis dan Kelantan.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada veteran MAYC   tentang pentingnya menggunakan internet untuk kebaikan dan melonjakkan pasaran produk mereka dengan membina website yang interaktib dan mempunyai kemampuan jual beli.
Program ini diharap dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini, ujar Taib Wahab lagi.

..

Berikut ialah maklumat Organisasi Kelab

Kelab Veteran MAYC Malaysia didaftarkan pada 13 September 2007 dengan nombor pendaftaran   1798-07-SEL.

Presiden
Tan Sri Sanusi Junid

Naib Presiden
Datuk Nasir Safar

Setiausaha
Mohd Taib Wahab

Bendahari
Senator Datuk Akhbar Ali

Jawatankuasa
Dato’  Mohd Rozali Isohak
Dato’  Mohd Yusof Hamid
Dato Johar Rusi

Ruslan Zainal Abidin


Langkah pertama akan di ambil oleh pihak kami dari KKS1M untuk jalinkan silaturrahim dengan Kelab Veteran MAYC Malaysia. Semoga jalinan silaturrahim antara kedua pihak ini dapat memberi manafaat pada semua.

KITA SALING MEMERLUKAN

Sekalung Penghargaan untuk Tuan yang di hormati
TAIB WAHAB
Setiausaha Agung
Kelab Veteran MAYC Malaysia
di atas usaha beliau siarkan maklumat semasa berkenaan
Kelab di laman sosial FB. Semoga kerjasama yang bakal terjalin di antara KKS1M dan Kelab bakal melakar satu
sejarah penting untuk kepentingan bersama.

Kita Saling Memerlukan

JANGANLAH kita merasa cukup gagah dan tidak perlu kepada orang lain. Hingga karena itu kita menyombongkan diri terhadap orang lain terutama orang yang kedudukannya lebih rendah dari kita seperti orang yang kita rasakan lebih miskin, lebih bodoh dan lebih rendah pangkatnya dari kita. 


Sebenarnya sebagai hamba Allah, kita diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan serba lemah dan sangat memerlukan pertolongan dan bantuan orang lain, terlebih lagi bantuan dari Allah SWT sendiri. Tanpa bantuan dari Allah dan dari sesama manusia, kita akan mengalami kesusahan dan hina dina. 

Mari kita lihat beberapa contoh :

1. Seorang raja atau ketua negara yang menguasai daerah pemerintahan yang luas, dengan rakyat yang banyak dan bala tentara yang besar, sehingga ia ditakuti kawan dan lawan, apakah ia sudah bisa hidup sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain? Jawabnya, tidak! la tetap memerlukan bantuan orang lain. Sebab. kalau bukan dengan jasa dan budi orang lain, raja ita akan berada dalam kesusahan dan dalam keadaan lemah.

Istananya yang besar, gagah dan indah itu bukankah dibangun dengan titik peluh tukang bangunan? Kayu-kayu yang digunakan untuk membangunkan istana bukankah diusahakan oleh penebang kayu di hutan belantara? Kayu-kayu itu kemudian diproses dan dijual kepada raja untuk dijadikan istana, bukankah pekerjaan itu dilakukan oleh para pekerja dan penjual kayu?

Nyatalah bahwa untuk mendapatkan istana
itu, raja telah menerima sumbangan dan jasa yang besar dari rakyat atau orang-orang bawahan. Mustahil raja sanggup masuk ke hutan untuk menebang kayu, memproses kayu menjadi papan, kemudian mendirikan istananya seorang diri. Karena itu raja terpaksa meminta bantuan orang banyak walaupun mereka itu lebih rendah derajatnya dari sang raja.

Artinya banyak orang lain yang terlibat membangun istana besar dan berdiri dengan segala keindahannya itu. Jika tidak mendapat bantuan mereka tentu raja ridak dapat tinggal dalam istana yang dibanggakannya itu.

Pengajaran dari masalah ini ialah sekalipun kita seorang raja, apalagi kalau rakyat jelata, kita tetap memerlukan orang lain untuk menolong kita. Kita tidak mungkin bisa hidup sendiri. Sudah banyak kita menerima budi dan jasa orang lain. Bahkan mungkin jasa orang pada kita lebih besar dan lebih banyak daripada apa yang sanggup kita berikan kepada mereka. Karena itu kita sepatutnya merasa malu dan berhutang budi kepada manusia lain lebih-lebih lagi kepada Allah.

Sumbangan mereka besar pada tamadun manusia. Sebaiknya kita mencari jalan bagaimana untuk membalas budi mereka itu dan mencari Jalan bagaimana untuk menghibur mereka atau bagaimana untuk menolong memenuhi keperluan hidup mereka. Sudah sepatutnya kita muliakan mereka sesuai dengan jasa mereka.

Jangan sekali-kali kita sombong dan angkuh terhadap mereka dan membiarkan mereka dalam kesusahan atau meletakkan mereka di taraf yang hina seolah-olah merekalah manusia yang tidak berharga dan tidak berguna apa-apa di dalam kehidupa. Di sisi Allah barangkali derajat mereka lebih mulia daripada kita. Allah berfirman:

Terjemahnya: Semulia-mulianya kamu di sisi Alah ialah yang paling bertaqwa.
(Al Hujurat: 13)

Sekalipun kita raja apalagi kalau kita hanya seorang rakyat biasa sebenarnya kita ini lemah dan serba kurang. Kekuatan dan kehebatan kita adalah hasil pengorbanan orang lain. Tanpa pengorbanan dan kerjasama orang lain, kita tidak mungkin bisa memiliki keistimewaan dan kemuliaan seperti sekarang. Tanpa tukang rumah, kita akan menjadi orang yang tidak ada tempat tinggal, terpaksa hidup berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit.

Tanpa petani, kita ketiadaan beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan makan dengan lauk. Tanpa tukang jahit, kita tidak akan memakai baju. Tanpa tukang masak kita akan kelaparan. Tanpa penjual kita tidak ada persediaan bahan makanan. Tanpa pekerja kita tidak akan dapat keperluan hidup yang bemmacam-macam jenis dan corak baik dari segi bentuknya, rupa atau kelezatannya.

Pendek kata hidup kita ini senantiasa bergantung dan bersandar pada jasa dan pengorbanan orang lain. Seorang yang mau bebas daripada mengharap sumbangan orang lain lebh-lebih lagi dengan Allah pasti akan merasa sangat susah bahkan mungkin akan mati kelaparan. Demikianlah sunnatullah dijadikan manusia terpaksa merasa perlu kepada manusia lain agar mereka saling merasa berhutang budi dan saling memerlukan.

Agar mereka dapat hidup dalam keadaan hormat-menghormati dan berkasih sayang, jangan sampai raja memperkecilkan rakyatnya, jangan sampai orang besar memperkecilkan orang bawah, jangan sampai si kaya memperkecilkan si miskin, jangan sampai orang pandai menghina orang bodoh, jangan sampai ada seorang hamba Allah yang menyombongkan diri pada seorang hamba yang lain, karena orang yang diperkecilkan dan dianggap hina itu banyak berjasa kepada kita. Mereka itu sangat kita perlukan dalam hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan merasakan kenyamanan dan keistimewaan hidup seperti sekarang.

Ingatlah firman Allah:

Terjemahnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum mengolok-olokkan kaum yang (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) itu lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan dan jangan pula wanita- wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita yang diperolok-olokkan lebih baik darpada wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan panggilan yang buruk. Seburuk-buruk panggilan itu ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al Hujurat : 11)

Firman Allah lagi :
Terjemahnya: Janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan sombong karena kekuatanmu tidak dapat membelah bumi dan ketinggianmu tidak dapat menyamai bukit.
(Al Israk: 37)
2. Seorang ahli ilmu, bijak pandai, cendekiawan atau pujangga yang bertaraf profesor antar negara yang fikiran dan ucapannya dlkagumi, hasil karyanya banyak dan bertimbun-timbun, mempunyai peminat dari seluruh lapisan masyarakat di dunia ini, apakah dia bebas dari mengharap dan memerlukan bantuan atau kerjasama orang lain? Apakah dia boleh merasa dirinya luar biasa dari manusia lain, seolah-olah dia didatangkan dari kayangan? Dan bolehkah dia menyombongkan diri, menepuk dada mengakui kebesarannya hingga orang lain seolah-olah tidak berguna dan tidak diperlukan dalam hidupnya?

Untuk menjawabnya, coba kita tanyakan beberapa persoalan. Dari mana asal-usulnya? Adakah dia jadi pandai dengan sendirinya? Di mana dia belajar dan siapakah yang membangunkan tempat pengajian itu? Kepandaiannya untuk siapa dan tulisannya dibawa ke mana? Kertas-kertas tulis dan buku-buku karangannya siapa yang mencetak dan menyempurnakannya? Lalu siapa yang menjual, mengedarkan dan membelinya? Sanjungan yang diperolehnya, dari mana datangnya? Ketika ia sakit siapa yang mengurusnya, makan minumnya dari mana memperolehnya? Pakaian, tempat tinggal dan kendaraan dari mana mendapatkannya?

Sebenarnya, ada manusia yang lebih mulia dan lebih berjasa dari dirinya. Yakni ibu bapak dan guru-gurunya. Ibu bapaknyalah yang mendidik dan menjadikan manusia berilmu sedangkan asalnya begitu lemah dan bodoh sekali. Lebih-lebih lagi dia berhutang budi kepada Allah SWT. Allah berfirman:

Terjemahnya: Bukankah telah datang atas manusla satu waktu dari masa sedangkan dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dari setetes mani yang bercampur. Yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insan: 1-2)
Kemudian guru-gurunya yang memperkenalkan alif, ba, ta dan a, b. c, kepadanya. Dan gurulah yang memperkenalkan dunia dan akhirat kepadanya. Kalau bukan melalui guru, bolehkah ilmu itu datang sendiri? Tentu tidak! Kalau begitu alangkah besarnya jasa guru dan alangkah mulianya guru bagi seorang murid. Seorang profesor yang tidak memuliakan guru dan ibu bapaknya, berarti ia tidak tahu mengenang budi dan ia adalah profesor yang durhaka, profesor yang telah dirusakkan oleh kepandaian dan ilmunya sendiri. Ia patut disadarkan bahwa ibu bapak dan gurunya lebih besar jasa dan lebih mulia daripada dirinya. Kepandaian dan kemuliaan yang diperoleh adalah hasil sumbangan dan pengorbanan ibu bapak dan guru-gurunya. Firman Allah:

Terjemahnya: Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkan sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran
(Al Jatsiah: 23)
Seorang profesor juga patut sadar bahwa kepandaiannya bukan untuk dirinya. Kalau masyarakat tidak mengakui ilmunya dan tidak mau belajar daripadanya, dia menjadi tidak istimewa lagi. Dia akan sendirian dan kesepian. Ketinggiannya adalah karena diangkat oleh masyarakat. Masyarakat yang menjadikan dia berada di tempat yang begitu istimewa. Tanpa masyarakat dia hanyalah seorang manusia biasa yang tidak dikenal oleh siapapun. Kalau begitu, maka tidak boleh seorang profesor melupakan masyarakatnya.

Murid-murid juga penting bagi seorang profesor. Muridnyalah yang menyebabkan dia jadi guru yang terkenal dan diminati. Muridnyalah yang membust dia dapat berjasa dan menjadi mulia. Tanpa murid, kepada siapa ilmu, nya hendak disalurkan? Hasil karya seorang profesor juga memerlukan pembaca, pembeli, pengedar, pencetak, pembuat kertas, tinta dan lain-lain. Mustahil seorang profesor dapat menguruskan semua itu seorang diri. Bagaimana kalau tidak ada kertas, tidak ada tinta, tiadak ada pencetak, penjual, pembeli dan pembaca? Akan berhargakah buah fikiran profesor itu? Tentu tidak! Kalau begitu, seorang profesor harus sadar bahwa ia tidaklah terlalu istimewa dari manusia yang berada di bawahnya. Tanpa orang-orang itu dia sendiri tidak berharga apa-apa.

Selain itu perlu disadari bahwa gelar profesor itu hanya untuk satu sudut yang kecil dari keperluan hidup. Sedangkan hidup ini banyak keperluannya. Yakni makan minum, kesehatan, tempat tinggal, kendaraan, pakaian, pengawalan keselamatan dan lain-lain. Yang semua itu kita perlu dapatkan dari orang lain. Kita sendiri tidak dapat mengadakannya. Seorang profesor tentu tidak bisa membuat roti. Maka untuk makan roti dia memerlukan pembuat roti. Demikianlah dalam keperiuan kesehatan, tempat tinggal, kendaraan dan lain. Kita memerlukan jasa dan pengorbanan orang lain. Artinya kita saling memerlukan.

Pengajaran atau hikmah yang boleh diambil ialah:

1. Sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah, setiap orang pasti memerlukan bantuan. Baik bantuan itu datang dari Allah atau dari manusia. Hanya Allah yang tidak memerlukan apa-apa dari siapa pun.

2. Dalam hidup ini, kita telah banyak menerima budi dan bantuan dari manusia lain. Kadang-kadang orang yang berbudi itu ialah orang yang kita tidak kenal dan kita anggap tidak bemilai.

3. Adanya orang kaya dan orang miskin, orang besar dan orang kecil, orang pandai dan orang bodoh adalah rahmat Allah untuk menjadikan kita saling bantu-membantu dan saling memerlukan supaya wujud jemaah atau masyarakat. Hidup tidak akan sempurna kalau semua orang pandai dan kaya. Keseimbangam serta keindahan hidup itu hanya akan terjadi kalau ada orang besar dan ada juga orang kecil. Ada bos, ada kuli, ada orang kaya dan ada orang miskin. BaruIah segala keperluan masyarakat akan terisi dan dipenuhi dengan sendirinya.

4. Perbedaan keahlian bukan untuk dipertandingkan
atau untuk menyombongkan diri atau untuk berbangga-bangga dan berkecil hati serta berhasad dengki. Ia adalah untuk saling mengisi, saling menyumbang, saling memberi dan menerima dan seterusnya agar masing-masing merasa dirinya diperlukan, dihormati dan dikasihi.

5. Kehidupan manusia yang bermula dari satu ibu dan ayah ini (Adam dan Hawa) sebenarnya umpama satu keluarga yang besar. Antara satu dengan yang lain berhubungan dan terikat baik sadar atau tidak, mau atau tidak mau. Misalnya pembuat ban mobil di| Eropa berkait dengan penoreh getah di rancangan tanah Felda, Malaysia. Kalau hal ini dihalusi oleh bos ban itu, tentu dia akan mengunjungi penoreh getah dengan rasa terhutang budi. Seterusnya bos ini akan membela penoreh tadi agar tidak hidup miskin dan tersisih. Penghuni istana di Kuala Lumpur juga akan menziarahi nelayan. Demikianlah seterusnya manusia akan saling membela dan mengunjungi karena mereka sebenarnya adalah satu keluarga.

6. Sehebat apapun seseorang itu, pasti dia memerlukan jasa orang lain. Sehina mana pun seseorang, pasti dia sudah
berhutang budi kepada orang lain. Artinya, setiap orang ada nilai dan harga dirinya disisi orang lain, maka tidak seharusnya timbul saling menghina dan berpecah belah.
Seorang raja, presiden, perdana menteri, menteri, ulama, profesor, saudagar kaya atau kepala tentara atau apa saja kebesaran yang dimilikinya, dia pasti tidak bisa hidup bersendirian.

Apalagi kalau manusia itu seorang rakyat biasa, petani, nelayan, buruh kasar dan mereka yang tidak kaya, tidakpandai, tidak mulia dan tidak berjabatan memang sangat memerlukan jasa dan sumbangan orang lain yang lebih mampu darinya. Artinya manusia memang memerlukan orang lain. Mereka saling berkait dan tidak dapat berpisah, seolah-olah terikat dalam satu ikatan keluarga yang besar.

Oleh karena itu tidak sepatutnya kita membiarkan adanya kasta-kasta atau kelas-kelas dalam sistem hidup bermasyarakat di dunia ini. Tidak sepatutnya raja terpisah dari rakyat jelata, orang besar terpisah dari orang kecil, si kaya mengasingkan diri dari orang miskin. Dan orang pandai tidak bisa hidup tanpa orang bodoh. Bos tidakbisa hidup tanpa buruh begitulah seterusnya.

Kalaulah hal ini diinsafi dan disadari dengan sebenar-benarnya oleh setiap manusia, maka tidak ada seorang pun akan berbuat sombong kepada orang lain. Sebaliknya masing-masing merasa rendah diri dan memandang orang lain dengan rasa hormat dan kasih sayang.

Raja akan menghormati rakyatnya, karena dengan adanya rakyatlah maka dia naik menjadi raja. Rakyat pun memuliakan rajanya karena merasa raja adalah penaung hidup mereka. Bos-bos besar akan menyayangi kuli-kulinya karena dari titik peluh merekalah dia bisa menjadi bos. Kuli juga akan sayang pada bosnyakarena atas jasa bosnyalah mereka dapat mencari sumber kehidupan.

Orang pandai menghormati orang bodoh, karena dengan adanya orang bodohlah dia bisa menggunakan kepandaiannya. Sebaliknya si bodoh akan sangat hormat pada si pandai karena atas jasa si pandailah dia mendapat ilmu. Demikianlah seterusnya.

Alhasil manusia akan hidup bersatu padu dalam satu susunan hidup bermasyarakat yang sama rata dan hormat-menghormati serta merasa saling memerlukan antara satu sama lain. tidak ada lagi istilah masyarakat super scale, first class, second class, third class dan no class, semuanya senasib. Senasib artinya masing-masing tidak lepas dari menerima dan mengharap bantuan orang lain. Senasib juga artinya tidak terlepas dari kekuasaan Allah SWT, tidak terlepas dari dimatikan oleh Allah, tidak terlepas dari alam Barzakh dan alam akhirat serta dari syurga dan neraka. Maknnya manusia semuanya jadi satu kelas, satu hati dan benar-benar bersatu.

Hari ini kesadaran seperti ini belum wujud dalam masyarakat kita. Tidak banyak yang faham kenapa Allah jadikan orang besar, orang kecil, orang pandai, orang bodoh, orang kaya, orang miskin, bos, kuli dan lain-lain. Karena itulah manusia tidak sadar kalau mereka saling memerlukan, saling berkait dan saling mempunyai kaitan yang penting antara satu dengan yang lainnya. Apabila hal ini tidak disadari, terjadi suatu keadaan ketika masing-masing merasa dirinya lebih dari orang lain.

Manakala yang kurang merasa hina diri dan hasad dengki. Lalu manusia hidup berantakan, berpecah belah dan saling tekan. Tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi. Kehidupan menjadi begitu tegang dan meruncing. Kebahagiaan di dunia sering terancam, di akhirat lebih-lebih lagi.

Menyadari hakikat ini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir untuk mengubah sikap, membaiki keadaan dengan masing-masing memulai untuk memiliki sikap menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.

Sayidina Muaz pernah bertanya kepada Rasulullah,"bagaimana untuk selamat di hari hisab nanti?"

Jawab Rasulullah,"Engkau kasihi orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri.


KOMUNITI KASIH SAYANG
1 MALAYSIA

Sumber ilmu itu ialah,mendengar, melihat, berfikir, Membaca dan dari hati.

Sudahkah Umat Islam Bersatu Hari Ini?
 Hakikatnya, perpecahan orang Melayu kepada tiga kumpulan akan mengakibatkan bangsa Melayu lemah dan terpaksa bergantung kepada pihak luar. Kesan daripada perpecahan berkenaan, orang Melayu menjadi semakin lemah dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu tidak boleh bertegas.

Dr Mahathir berpendapat, kekuatan dan kegemilangan orang Melayu hanya boleh dibina kembali menerusi perpaduan. 

Inilah Jalan Kita 

Takrif Jamaah Islamiah
Hukum Membangunkan Jamaah Islamiah
Tujuan Membangunkan Jamaah Islamiah
Konsep Bersatu Menurut Islam

Titik Permulaan Transformasi Ekonomi Bersama Pertubuhan-pertubuhan Melayu 

21 Mei 2013 - Bertempat di Seberang Jaya, Pulau Pinang telah berlangsung perjumpaan kali pertama di antara wakil dari KKS1M, syarikat AMG International dan Ayahanda-ayahanda dari pelbagai pertubuhan.

Antara yang hadir ialah Dato' Fauzi (AMG INTERNATIONAL),DP Ayahanda Soria (KKS1M), Ayahanda Megat (Presiden Gagasan Nusantara Bersatu), Paduka Ayahanda Z.U.,Datuk Paduka Abu Karim Hj. Saad (S/U Per. Warisan Adat Melayu Malaysia (ADAT)) , Dato' Khairul, Chup Tungkat (Taiko Networking Utara), Ayahanda Long dan tetamu kehormat yang lain.

Bagaimana Membangunkan Jamaah Islamiah

Sebagai langkah untuk menyatukan seluruh umat Islam sedunia, maka tindakan kita yang pertama ialah membangun Toifah atau jemaah-jemaah kecil. Bermula dan bertolak dari itulah kita mencoba menghidupkan dan membangunkan cara hidup Islam di kalangan anggota-anggota toifah itu serta memupuk dan memperkuat tali silaturrahim (ukhuwah Islamiah) yang benar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. 

Asas Kekuatan Jemaah

 Untuk membangun sebuah jemaah kita perlu tahu, apakah asas atau tapak untuk membina kekuatan dan ketahanan asas pada sebuah jemaah. Sebagaimana juga kita hendak membina rumah, hal utama yang perlu kita fikirkan ialah sebidang tanah yang mantap, tiang kayu serta batu yang kuat dan tahan lama. Tanpa perkara penting itu, dinding dan atap cantik yang dibina dari luar itu tidak akan dapat menjamin rumah itu dapat ditegakkan dengan kukuh dan mampu menghadapi pukulan angin ribut dan taufan.

Tujuan Perjuangan

Setelah tapak-tapak perjuangan dibina kukuh, barulah layak dan dapat kita mengayunkan langkah menuju tujuan perjuangan yang sebenarnya. Maknanya dengan tiga kekuatan asas tadi yaitu iman, ukhuwah dan kesamaan, keseragaman, barulah perjuangan dapat dimulai.

Sebab Sebab Perpecahan Dalam Jemaah Islamiah

Sesuatu yang paling ditakuti oleh anggota-anggota sebuah jemaah ialah terjadinya perpecahan dalam jemaah tersebut. Bila perpecahan terjadi keadaan selalu tidak dapat dikendalikan, maka itulah permulaan runtuh dan matinya sebuah jemaah. Dalam menganalisa sebab perpecahan itu banyaklah anggota-anggota fikir yang telah memberi pendapat.

Hikmah Dalam Berdakwah

Kemenangan hidup yang sebenarnya hanya dapat dicapai dengan melakukan jihad fisabilillah. Jihad yang dimaksudkan ialah menyeru (berdakwah) kepada manusia supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Bila kerja itu dilakukan dengan betul,sebagaimana yang ditunjukkan ALLAH dan Rasul, maka sebagai hasilnya akan diperoleh kejayaan dan kemenangan hidup.

MADAH ILMU

1 Berfikir taraf tinggi itu
ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.
Hasil fikirannya bak mutiara
2 Orang yang belajar dengan kehidupan
mendapat pengalaman,
Orang yang belajar dengan buku dan guru
mendapat ilmu.
3 Apa saja yang kita lihat di dunia ini
boleh mengajar kita, dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan
berhubung hati dengan Tuhan.
4 Tiga perkara yang orang tidak akan puas-puas memburunya,
ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak
dengan dunia, lelaki atau perempuan dengan seks.
5 Ilmu adalah panduan, harta adalah alat.
Keduanya adalah untuk menegakkan kebenaran.
Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh
sekali dari kesombongan dan k
kebanggan.
6 Apabila ilmu dan amal ibadah tidak
membuahkan akhlak yang mulia
artinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya
disisi Allah dan manusia.
7 Ilmu yang memberi manfaat,
ibarat kawan yang verdik lagi setia,
ia senantiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan kita,
tapi kita tidak nampak akan adanya.
8 Membawa harta menyusahkan kita
untuk menjaganya, membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab
siapapun tidak dapat mencurinya,
kalau dibagikan kepada orang
ia akan bertambah. Ilmu tidak usah dikawal dan dijaga seperti harta.
9 Air manakala tidak mengalir akan rusak dan
busuk. Begitlah orang yang duduk diam dan
tidak berjuang, ia sebenarnya merusakkan
dirinya sendiri.
10 Ilmu yang diperoleh melalui otak adalah kasbi (usaha), dinamakan ilmu nadri,
ilmu yang dijatuhkan ke dalam hati adalah
wahbi (anugerah), dinamakan ilham atau laduni.
11 Alim lisan pandai berbicara, tidak berbakti
alim hati kurang berbicara, banyak berbakti
alaim lisan dan hati berbicara dan beramal
sama seiring.
12 Buah akal adalah ilmu pengetahuan,
buah jiwa atau hati ialah iman,
buah fisikal adalahkemajuan.
Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota
ini melahirkan buah didalam kehidupan.
13 Biar sedikit berbicara, banyak amalan.
biar sedikit berbincang tapi membuahkan
kesepakatan. biar sedikit ilmu asalkan jadi panduan.
14 Sumber ilmu itu ialah,mendengar, melihat, berfikir, Membaca dan dari hati.


 

Hikmah Dalam Berdakwah

ALLAH SWT berfirman :
surat:3 ayat:104
"Hendaklah(wajiblah) ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang memperoleh kemenangan (kebahagiaan)."
(Ali Imran : 104)

Jelas dalam ayat di atas bahwa kemenangan hidup yang sebenarnya hanya dapat dicapai dengan melakukan jihad fisabilillah. Jihad yang dimaksudkan ialah menyeru (berdakwah) kepada manusia supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Bila kerja itu dilakukan dengan betul,sebagaimana yang ditunjukkan ALLAH dan Rasul, maka sebagai hasilnya akan diperoleh kejayaan dan kemenangan hidup.

Sebaliknya kalau jihad itu dikerjakan tapi tidak mengikuti syarat dan peraturan yang dikehendaki Islam maka bukan saja tidak memperoleh kemenangan, tapi akan rugi dan sia-sia. Jadi kita mesti berhati-hati. Kita mesti tahu bagaimana caranya hendak berdakwah.

Untuk itu ada sepotong ayat Al Quran yang dapat dijadikan panduan :

surat:16 ayat:125
"Serulah(semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan antah(berbahaslah) dengan mereka dengan cara yang paling baik. "
(An Nahl : 125)

ALLAH memerintahkan kita bersikap hikmah dalam berdakwah. Dan dalam mempraktekkannya Rasulullah telah melakukan perintah itu sepenuhnya. Apa dan bagaimanakah hikmah yang dimaksudkan oleh ALLAH dan Rasul-Nya itu?


Ada orang yang berkata, hikmah ialah pandai mengambil hati. Untuk itu kita mesti mengikuti lebih dahulu apa kemauan mereka. Kalau mereka suka main bola kita main bola juga. Kalau mereka gemar menonton, kita ikut juga. Konon lama kelamaan orang itu akan ikut pada Islam. Betulkah cara demikian? Bagaimana kalau orang yang hendak didakwahi itu gemar minuman keras dan main perempuan? Apakah kita boleh ikut minum dan berzina?
wal'iyazubillah.



Sebenarnya hikmah mempunyai pengertian yang tersendiri dan mencakup banyak bidang, seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Secara ringkas kita petik sepotong hadist untuk menjelaskan maksud keseluruhan dari perkataan hikmah itu.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Hai Mu'adz, saya berwasiat padamu, agar kamu bertakwa kepada ALLAH, benar dalam berkata-kata, menepati janji, menunaikan amanat, meninggalkan khianat, menjaga tetangga, belas kasihan kepada anak yatim, manis dalam berbicara, menyebarkan salam, bagus dalam bekerja, sedikit berangan-angan, mempertahankan keimanan, berusaha untuk menjadi pandai (dalam memahami) Al Quran, cinta akhirat, takut hari hisab (perhitungan amal pada hari kiamat) dan merendahkan diri.
Saya melarang mu memaki-maki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang benar, mengikuti orang yang berdosa, melawan pemimpin yang adil atau membuat kerusakan di bumi.
Saya berwasiat lagi padamu supaya kamu bertakwa kepada ALLAH dengan menjauhkan diri dari menyembah batu, pohon dan benda apapun.
Hendaklah kamu memperbaharui taobat setiap melakukan dosa. Dosa yang rahasia hendaklah bertaobat dengan rahasia dan dosa yang terang-terangan, hendaklah bertaobat secara terang-terangan.
"
(Diriwayatkan oleh Abu Na'im dan Baihaqi)

Secara terperinci, hikmah sebenarnya perlu dipraktekkan dalam berbagai peringkat dakwah. Di antaranya ialah hikmah dalam :
  1. Berbicara/berdakwah/ berceramah.
  2. Memilih judul.
  3. Memahami kedudukan masyarakat.
  4. Mengamalkan Islam.
  5. Bergaul dengan masyarakat.
Supaya satu bidang itu dipahami dan dapat dilaksanakan dengan betul, rasanya perlu diuraikan secara ringkas :


1. Berbicara

Ketika berdakwah kepada manusia, baik dalam bentuk berbicara, berceramah atau bertanya jawab tentang Islam maka sikap hikmah yang mesti ada ialah:

Bahasanya jelas, mudah, lembut, lancar dan enak didengar. Elakkan dari perkataan yang kotor, keras dan kasar. Bagaimanapun kita diperbolehkan menegur atau mengajar dengan nada yang kasar, terutama pada orang fasik yang suka mentertawakan, mempermainkan atau menentang kita. Itu pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim pada kaumnya. Ucapannya itu diabadikan ALLAH dalam Al Quran :

surat:anbiyaa ayat:67
"Cis, kamu semua ini, mengapa menyembah sesuatu selain ALLAH. Apakah kamu tidak mempunyai akal fikiran?"
(Anbiyaa' : 67)

Jangan melaknat (mengutuk), memarahi atau mengumpat seorang individu atau suatu kelompok sekalipun jelas bersalah. Pernah terjadi seorang khalifah bernama Ma'mun dinasehati dengan keras dan kasar sekali. Dengan tenang beliau menjawab, "Berlemah lembutlah wahai kawan. Sebenarnya ALLAH telah mengutus seorang yang lebih baik darimu kepada orang yang lebih buruk kelakuannya dari kelakuanku ini."
ALLAH berpesan:

surat:20 ayat:44
"Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat dan takut. "
(Thaha : 44)

Dalam berdakwah kita hendaknya menyebut kabar gembira (surga) dan kabar duka (neraka) serta kubur dan hari kiamat. Juga menyebut tamsil (kiasan). Dalam Al Quran ALLAH sering menyebutkan tamsil, di antaranya Kalimah Tayibah dikiaskan sebagai pohon. Orang yang mengambil pemimpin selain ALLAH dikiaskan seperti laba-laba membuat rumah, yakni terlalu lemah. Sebutkan juga cerita-cerita yang sesuai, sebagaimana Al Quran juga banyak bercerita. Tinggalkan soal-soal khilafiah.


2. Hikmah dalam memilih tajuk (judul) yang sesuai untuk berdakwah 

Kita dapat memahami dan dapat menyampaikannya sesuai dengan fikiran dan alam kehidupan pendengar. Isi mesti tepat dan sesuai dengan tajuk dan Islam. Jangan sampai bertentangan dan menyalahi syariat.


3. Hikmah dalam memahami kedudukan masyarakat

Caranya ialah mengetahui psikologi masyarakat, yakni tahu kegemaran, kebencian, kelemahan, keistimewaan dan lain-lain tentang keadaan lahir batin masyarakat yang kita hadapi. Tahu penyakit masyarakat sebagai sasaran utama untuk kita mengobatinya.


4.Beramal

Satu sikap yang mesti ada pada setiap pendakwah ialah beramal dengan apa yang dikatakan dan yang dikehendaki lslam. Seorang yang ikhlas berdakwah karena ALLAH, tidak akan berkata sebelum ia sendiri melaksanakannya. Sebaliknya seorang yang berdakwah karena suka-suka, itulah yang bersikap, 'bicara tidak serupa dengan perbuatan'. Hal itu akan mendapat kemurkaan dari ALLAH SWT. Firman-Nya dalam Al Quran bermaksud:
surat:61 ayat:2
"Hai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan."
(As Shaf: 2)

Karena itulah Rasulullah SAW memperingatkan Sayidina Ali dengan sabda baginda:

"Hai Ali, apabila seorang alim itu tidak bertakwa, bicaranya di hati manusia bagai air hujan yang jatuh ke atas batu yang licin atau ke atas telur burung kasuwari (tidak berbekas )."
Karena itu setiap pendakwah mesti memastikan bahwa dia telah beramal. Jika tidak, hendaklah ia bimbang dan takut akan kemurkaan ALLAH.


5. Bergaul dengan masyarakat

Hikmah bergaul ialah berakhlak, yakni sopan-santun, lemah lembut, dan ramah-mesra. Untuk menawan hati orang, bukan dengan kelakuan jahat, perangai buruk, bengis dan marah-marah. Orang akan benci dan menghina kita, sekalipun banyak ilmu dan kuat ibadah. 

Sebaliknya dengan kasih sayang, kemesraan, budi bahasa dan akhlak mulia, kekerasan, keangkuhan dan kemungkaran akan tunduk, mengalah dan menyerah. Rasul dan nabi semuanya dihias dengan akhlak dan budi pekerti, sebagai senjata untuk mematahkan kekerasan umat. Sebab itu kita juga mesti mengikuti jejak langkah mereka.


Sebagai panduan untuk mengingatkan kita tentang sikap dan perkataan Rasulullah SAW ketika baginda berjuang menghadapi kaumnya.

Dalam satu medan perjuangan seorang musyrikin mendapat peluang untuk membunuh Rasulullah. Dia berdiri tepat di atas kepala Baginda Rasul dan dengan pedang terhunus. Kemudian dia mengejek, "Siapa lagi yang dapat menghalangi aku dari membunuh engkau?" Rasulullah dengan tenang menjawab, "ALLAH!" Gemetar tangan musuh ALLAH itu ketika mendengar jawaban Rasulullah hingga terlepaslah pedang yang dipegangnya. Rasulullah mengambil pedang itu sambil berdiri, baginda bertanya, "Siapa yang akan menyelamatkan kamu sekarang?" Dengan penuh ketakutan lelaki itu menjawab, "Bunuhlah aku!" Rasulullah membalas, "Katakan olehmu Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan rasulullah." "Tidak!" jawab lelaki itu. "Tetapi percayalah mulai hari ini aku tidak akan memerangi tuan dan tidak akan membantu orang-orang yang memerangi tuan".
Dengan kasih sayang Rasulullah melepaskan orang itu. Dia pergi pada kaumnya yang menyaksikan kejadian itu. Ketika dia dikerumuni, lahirlah kata-kata ini dari mulutnya, "Tuan-tuan, saya baru saja bertemu dengan seorang manusia yang paling baik di antara seluruh manusia."

Itulah pengakuan musuh. Dengan perkataan itu saya kira kaum muslimin telah mendapat dukungan moral yang besar nilainya. Hati musuh telah diganggu dengan persoalan, "Kenapa aku mesti memusuhi dan membunuh orang-orang yang sebaik mereka?" Itu sebenarnya akan melemahkan kesungguhan berperang, dan akan manjadi satu sebab kekalahan mereka.


Demikianlah peranan akhlak. Merupakan kekuatan utama yang ketajamannya melebihi mata pedang. Sebab itu Rasulullah membawa dan menggunakannya dimana-mana dan kapan saja. Bukan hanya sekali baginda diancam, dihina, dan diperlakukan secara kasar oleh musuh. Dan setiap kali itu terjadi, baginda sabar. 

Sahabat yang menyayangi baginda mau membelanya dan selalu minta izin untuk bertindak, "Izinkan kami ya Rasulullah untuk memenggal leher mereka." 

Apa jawab baginda? "ALLAH merahmati saudaraku Musa. Karena dia lebih banyak disakiti dari yang ku alami ini, tapi dia tetap bersabar. "

Sebab Sebab Perpecahan Dalam Jamaah Islamiah





Sesuatu yang paling ditakuti oleh anggota-anggota sebuah jemaah ialah terjadinya perpecahan dalam jemaah tersebut. Bila perpecahan terjadi keadaan selalu tidak dapat dikendalikan, maka itulah permulaan runtuh dan matinya sebuah jemaah. Dalam menganalisa sebab perpecahan itu banyaklah anggota-anggota fikir yang telah memberi pendapat.


Pendapat-pendapat mereka di antaranya ialah:
  1. Perpecahan terjadi karena anggota jemaah tidak paham tujuan perjuangan. Ketidakpahaman itu bagi mereka akan menyebabkan perselisihan paham dan petentangan tindakan antara masing-masing anggota. Akhirnya akan membawa perpecahan.

  2. Pendapat kedua mengatakan sebab-sebab perpecahan ialah terjadinya kesalahan-kesalahan pribadi oleh anggota jemaah. Kesalahan akibat kelemahan-kelemahan manusia biasa yang tidak boleh tidak akan memaksa mereka mencari jalan keluar yang sering membawa perpecahan.

  3. Pendapat yang juga sering diketengahkan ialah perpecahan terjadi karena tekanan musuh dari dalam dan luar. Musuh mengatakan mereka menghasut dan menfitnah anggota- anggota dengan berbagai cara. Bila ada di antara anggota yang termakan umpan musuh maka dia akan bertindak merusak kestabilan jemaah dan terus memecahbelahkan jemaah itu.
Kita setuju dengan pendapat-pendapat itu karena memang nyata kebenarannya. Tapi saya tidak dapat menerima sebagai kebenaran mutlak sebab sebenarnya masih ada satu sebab yang lebih penting, yang mendahului sebab-sebab lain dalam mengawali keretakan dan perpecahan sebuah jemaah Islam. 

Saya katakan begitu karena kalau kita teliti tiga sebab yang diuraikan di atas, semuanya tidak terlalu serius, karena semuanya masih dapat diatasi dan diselesaikan. Sedangkan satu faktor yang saya maksudkan itu, sungguh terlalu rumit untuk dihadapi, bahkan mungkin mustahil untuk diobati. Laksana penyakit, kalau ringan mudah saja diobati, sedangkan kalau berat dan kronis, sukar sembuhnya.

Misalnya perpecahan terjadi karena anggota tidak paham. Itu dapat diatasi dengan usaha memberi kepahaman pada mereka. Orang yang melakukan kesalahan karena tidak paham, pasti tidak akan mengulangi lagi kesilapannya bila ia sudah paham. Kalau kesalahan itu karena kesalahan pribadi anggota jemaah, hal itu dapat juga diselesaikan bila kesalahan itu dibetulkan dan dijelaskan pada pribadi itu dan anggota jemaah seluruhnya. 

Selanjutnya bila perpecahan terjadi karena musuh, juga masih dapat diatasi dengan menggunakan kepahaman dan kesatuan anggota hingga musuh tidak ada ruang untuk memecahbelahkan jemaah. Jemaah Islam yang padu, tidak pernah dapat dipecahkan oleh musuh. Musuh mendapatkan kesempatan hanya bila perpecahan telah dimulai oleh pendukung dan pejuang jemaah itu sendiri.

Jadi sebab sebenarnya perpecahan jemaah yang sering terjadi, yang menyebabkan kelemahan dan lenyapnya kekuatan dan kehebatan jemaah itu, bukan disebabkan oleh faktor yang disebutkan di atas. Ada faktor lain yang dengan dukungan 3 faktor di atas, dapat menimbulkan pukulan maut pada sebuah jemaah. Faktor itu ialah sifat mazmumah yang ada dalam hati tiap individu. Dengan kata lain, anggota jemaah tidak berjiwa sufi (tasawuf). Tegasnya perpecahan itu berawal dari jiwa yang kotor dan jahat.

Dengan hati yang jahat atau dengan sifat mazmumah seorang manusia sangat sukar untuk diperbaiki. Bukan saja sukar untuk memberi kepahaman kepadanya tentang apa-apa yang dia kurang mengerti, juga sukar untuk membetulkan kesalahan yang dibuatnya bahkan dia sanggup memihak musuh kalau dirasakan musuh lebih simpati pada kejahatan atau mazmumah yang ada dalam hatinya itu.

Di sini akan saya uraikan beberapa masalah yang selalu timbul dalam jemaah yang anggotanya masih mempunyai sifat-sifat mazmumah:
  1. Dengan mazmumah, seorang anggota yang bersalah enggan merendahkan diri untuk memohon maaf. Sebaliknya anggota yang tidak bersalah, sombong untuk memberi maaf. Akibatnya salah paham dan perselisihan sukar untuk diselesaikan dan akan terus menyebar dan berjangkit kepada anggota-anggota lain.

  2. Dengan mazmumah anggota yang tidak aktif dan serba kurang, akan iri hati pada anggota yang aktif dan maju. Sebalikuya anggota yang aktif dan maju memandang hina dan mengenepikan anggota yang lemah. Akibatnya timbul jurang antara kedua kelompok dalam sebuah jemaah itu.

  3. Dengan mazmumah, anggota yang banyak berkorban benci pada yang kurang berkorban. Sedangkan yang kurang berkorban menuduh pihak lain mencari kemegahan, mencari publisitas dan lain-lain. Benci dan tuduh menuduh itu seterusnya akan menyebabkan perselisihan yang sukar untuk didamaikan.

  4. Anggota yang pemarah selalu bertindak tergopoh-gopoh hingga keluar dari syariat. Ditambah dengan hasutan orang, dia mungkin akan dihinggapi jahat sangka dan bertindak jahat pada anggota yang lain. Sebaliknya anggota yang kena marah akan dendam dan sakit hati. Hal itu akan berkepanjangan dengan saling mencaci, sindir-menyindir dan saling mengumpat.

  5. Anggota yang lemah jiwa akan cepat putus asa dan tidak sabar ketika berhadapan dengan ujian. Dia akan selalu bertindak keluar dari jemaah sambil mengaitkan dan mengikutsertakan anggota yang lain.

  6. Anggota yang agak cerdik, berada dan memiliki kebolehan dalam satu atau banyak bidang dipenuhi rasa riya' dan ujub. Sebaliknya anggota yang kurang kebolehan (tapi tidak sadar akan kekurangan dirinya) ingin sebanding dengan orang 1ain dan tidak puas hati serta tidak mau mentaati dan susunan pemimpin. Dia merasa dan berharap untuk sebanding dengan orang-orang yang memiliki kebolehan.

  7. Anggota yang cinta dunia selalu tamak dengan nikmat dan dengki dengan kejayaan orang lain. Maka terjadi fitnah dan hasutan yang melibatkan banyak anggota. Terjadi pertentangan dan pergeseran antara satu sama lain.

  8. Anggota yang ego tidak dapat taat pada pimpinan atau teguran. Kalau dia pemimpin, akan banyak anggota yang tersinggung dan dibiarkan. Hal itu menyebabkan sikap suka membantah, berdebat dan bertengkar yang akan menyebabkan pecahnya ukhuwah.
Itulah sebagian dari sifat mazmumah yang menyebabkan perpecahan sebenarnya suatu jamaah. Kalau seorang anggota memiliki hanya satu sifat mazmumah, itupun sudah menyebabkan mereka saling berselisih paham dan berpecah. Apalagi kalau tiap anggota memiliki segala sifat mazmumah yang kotor dan jahat, bukan orang lain yang akan menjerumuskan jemaah tapi pendukung dan pejuang itu sendirilah yang akan melakukannya baik mereka sadar atau tidak.


Dari itu menjadi tugas tiap-tiap orang dari kita untuk mengikis kekotoran di hati masing-masing. Tidak ada dokter dan tidak ada obat yang dapat digunakan untuk tujuan itu. Dan juga tidak ada seorang manusia pun yang dapat kita harapkan untuk membantu kita melaksanakan tugas tersebut. Itu adalah tugas kita masing-masing. 


Hati yang tidak memiliki iman, karena dipenuhi mazmumah, pasti tidak diterima oleh ALLAH sekalipun dia berilmu dan beramal, apalagi kalau tidak memiliki ilmu sama sekali dan tidak beramal. Apa yang dapat dibuat untuk mengikis mazmumah adalah dengan melakukan mujahadatunnafsi, yakni melawan hawa nafsu. Riadah itu dibuat melalui tiga tahap :
  1. Takhalli
  2. Tahalli
  3. Tajalli
Saya tidak mau menguraikan maksud satu persatu karena telah saya uraikan dengan terperinci dalam buku IMAN DAN PERSOALAN. Di sini saya hanya mau mengulang janji yang ALLAH janjikan pada orang-orang yan mau dan sanggup melakukan mujahadah.

Firman-Nya:


surat:29 ayat:69 "Mereka yang bermajahadah pada jalan Kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan Kami itu !"
(Al-Ankabut : 69)

Yakinlah akan kepastian tertunainya janji ini dan kemudian berusahalah untuk membersihkan hati yang masih kotor. Hanya itulah caranya yang dapat menyelamatkan jemaah dari penyakit perpecahan. Kalau kita lalai melaksanakan tugas, itulah tanda kita rela menjadi alat perpecahan pada jemaah yang telah sama-sama kita bangun !


Untuk penutup bab ini mari kita ikuti ayat-ayat Al Quran dan hadist yang dapat menuntun kita dalam mengenal dan menghapuskan mazmumah.

Firman ALLAH SWT:

1. surat:49 ayat:11

"Janganlah satu kaum mencerca satu kaum karena boleh jadi kaum yang dicerca lebih baik dari kaum yang mencerca. Dan janganlah wanita mencerca wanita lain karena boleh jadi wanita yang dicerca lebih baik dari wanita yang mencerca. "
(Al Hujuraat : ll)

2.

"Dan janganlah sebagian kamu mengumpat sebagian yang lain. Apakah suka kamu memakan daging saudaramu yang telah mati?"
(Al-Hujuraat : 12)

3. surat:48 ayat:26

"Ingatlah telah dijadikan oleh ALLAH SWT dalam hati orang kafir itu sifat pemarah. Dan diturunkan ketenangan ke atas Rasul-rasul-Nya dan orang-orang mukmin. "
(Al Fath : 26)

4. surat:2 ayat:177

"Bukanlah menghadapkan wajah kamu ke timur atau ke barat itu satu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah beriman kepada ALLAH, hari kemudian, Malaikat- malaikat, Kitab-kitab, Nabi-nabi dan memberi harta yang dicintai kepada kerabat-kerabatnya, anak-anak yatim, orang- orang miskin, musafir(yang memerlukan pertolongan), dan orang-orang yang meminta-minta, dan(memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan, mereka itulah orang yang benar(imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. "
(Al Baqarah : 177)

5. surat:alanfaal ayat:46

"Dan taatilah kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya ALLAH beserta dengan orang-orang yang sabar. "
(Al Anfaal : 46)

6. surat:35 ayat:5

"Hai manusia, sesungguhnya janji ALLAH adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdaya kamu dan janganlah sekali-kali orang yang pandai menipu, memperdaya kamu tentang ALLAH. "
(Faathir : 5)


7. surat:17 ayat:71 surat:17 ayat:72


"Ingatlah suatu hari(yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun, dan barang siapa yang buta(hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat nanti ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan yang benar. "
(Al Isra' : 71,72)


Sabda Rasulullah SAW :


1. "Tidak akan masuk surga orang yang membawa kata- kata dengan niat jahat. "

2."Yang paling handal di antara kamu ialah orang yang dapat melawan hawa nafsunya ketika marah. Dan yang paling lemah lembut ialah orang yang dapat memaafkan ketika berkuasa. "

3."Sesungguhnya seorang lelaki muslim itu akan mendapatkan sifat lemah lembut itu sama derajatnya dengan orang yang berpuasa siang hari dan bangun malam karena beribadah. "

4. "Sifat hasad dengki itu akan memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu. "
5."Tidak akan masuk surga orang yang bakhil dan orang sombong. "

6."Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kamu ialah syirik kecil(riya'). "