Tun Mahathir : UMNO DAHULU DAN SEKARANG

Berikut petikan tulisan Tun Mahathir dalam facebooknya.Sila klik.

Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

Kata seorang penulis sajak di zaman dulu,

“tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang
1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3.  Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4.  Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambil kira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7.  Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8.  Itulah UMNO enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.
 

12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”





Ulasan ini adalah pendapat peribadi yang lahir dari hati suci dan ikhlas setelah berumur 45 tahun.  Ayahanda DP Soria Ramli

Semenjak usiaku masih remaja lagi, yang di besarkan di sebuah kampung di Jertih, Besut, Terengganu.  Masih segar dalam ingatan bagaimana Allahyarham ayahku dulu (Petani) dikala musim pilihanraya menjadi penceramah kepada UMNO.
Semoga Allah rahmati roh ayahku.

Ayahku ada berkongsi denganku tentang perjuangannya dalam UMNO seperti yang tersirat dalam logo UMNO.

{Dalam web UMNO online di jelaskan tentang erti logo UMNO.
Erti logo UMNO ini adalah daripada ringkasan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dalam setiap huruf diberi makna berikut:

Pa – Pertubuhan
Kaf – Kebangsaan
Mim – Melayu
Ba-ra – Bersatu

Huruf ini disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafik secara simitrikal}

Berikut adalah rahsia tersirat dari logo UMNO hasil dari pelajaran dan ilmu yang di belajar dari ayahku dulu.

Pejuangannya dalam UMNO dulu adalah
JIHAD FISABILILLAH
APA ITU JIHAD FISABILILLAH?
Erti jihad
Takrif jihad
Isi jihad
Natijah jihad
Peringkat jihad

Maklumat lanjut sila:
Pesan Ayahku :

Setelah kita fahami tentang Jihad Fisabilillah, maka secara tak langsung apabila melihat Logo UMNO, jelas sekali kita faham tentang maksud tersirat di sebalik logo tersebut.

Saya bersetuju dengan tulisan Tun Mahathir pada perkara no. 3

3.  Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.



Dalam Islam, berpolitik dan berjuang bukan semata-mata untuk mendapat kuasa dan pangkat. Kalau kuasa dan pangkat matlamatnya pasti akan ada rebutan. Krisis dan pergaduhan pasti tidak dapat dielakkan.  

Politik Islam adalah berteraskan kasih sayang. 

Politik dengan Allah bermodalkan tiga perkara. Pertama, modalnya ialah beriman dengan Allah. Modal ke dua ialah beriman dengan Rasul S.A.W. Modal ke tiga pula ialah berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwa raga. Sebagai balasannya, Tuhan berikan empat ganjaran. Dua di dunia dan dua lagi di akhirat.

Ganjaran di dunia.
1. Bantuan Allah di dunia
2. Kemenangan di dunia
Ganjaran di akhirat.
3. Keampunan daripada Allah
4. Dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Seperti juga ibadah-ibadah yang lain, matlamat berpolitik adalah untuk mendapatkan Tuhan dan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan , bukan untuk mendapatkan kuasa,pangkat dan keuntungan material. Kalau kuasa,pangkat dan keuntungan material-lah yang menjadi matlamat dalam berpolitik, maka ia tidak boleh dan tidak layak dikatakan sebagai ibadah. Ia terkeluar dari syarat-syarat dan konsep ibadah. Ia tidak akan sampai kepada Tuhan. Tuhan juga tidak akan menerima usaha dan perjuangan kita itu sebagai satu ibadah atau pengabdian diri kepada-Nya. Kerana ibadah itu adalah apa-apa kebaikan yang kita buat dengan diniatkan kerana Allah. Allah adalah matlamat ibadah.
Maka inilah realitinya yang berlaku pada UMNO hari ini, seperti tulisan Tun Mahathir;
9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.
 

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

Inilah kehinaan yang di timpakan pada UMNO pada hari ini.  Kejayaan besar telah berlaku dalam PRU 13.  Apakah kejayaan besar tersebut untuk Bangsa Melayu?

Kejayaan besar yang dapat di ketahui oleh semua penduduk dunia.

Kejayaan tersebut ialah:

1. Melayu telah berpecah
2. Melayu menjadi jaguh kepada menikam bangsanya sendiri.Fitnah dan maki hamun sudah menjadi biasa.
3. 3 Parti Melayu menjadi pengemis kepada kaum minoriti. Kaum minoriti telah buktikan mereka BERSATU.

Bangsa Melayu kita kini telah dilanda penyakit yang amat parah iaitu:

CINTA DUNIA
TAKUT PADA KEMATIAN

Begitu hebat tarikan dunia, 


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Berikut tulisan Tun Mahathir;

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. 

Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. 

Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

JABAL UHUD, ANTARA JANJI DAN TAWARAN.

Sejarah Uhud cukup mengajarkan kita bahawa tarikan dunia yang mencengkam hati boleh merosakkan umat Islam, sekalipun ketika itu yang memimpin adalah fizikal Rasul S.A.W. itu sendiri. Uhud juga menyaksikan kehilangan besar buat umat Islam ketika itu, iaitu kematian Sayyidina Hamzah R.A., pakcik Nabi S.A.W. Begitu besar penyaksian yang dilalui oleh Jabal Uhud.



No comments:

Post a Comment