Keputusan PRU13 yang diselesaikan pengumumannya lewat malam tadi sudah tentu menimbulkan rasa sedih yang tidak terungkap oleh kata. Lalu biarlah kesedihan itu tersimpan diam menjauhi bicara. |
Namun keputusan malam tadi, tidak menimbulkan rasa malu atau terhina. Sebaliknya ia mencetuskan rasa bimbang yang mendalam. Keputusan berbentuk politik malam tadi, apabila diterjemahkan kepada kemasyarakatan dan dakwah, ia amat menakutkan. Keangkuhan, kesombongan, termasuk juga pembohongan, dinormalisasi untuk diterima sebagai alat-alat mencapai matlamat kehidupan. Ertinya, kebejatan akan menjadi amat sistemik. Ahli politik akan bekerja seperti biasa. Pendakwah menerima tugasan berlipat kali ganda.
Al-Shahid Sayyid Qutb pernah berkata:
الظلم قد يطول ولكنه ﻻ يدوم، والحق قد يضعف ولكنه ينتصر.
Kegelapan, adakalanya berpanjangan. Namun ia tidak akan berterusan selamanya. Kebenaran adakalanya lemah. Namun ia menang sepanjang masa.
6 of 228
Lihat komen terdahulu
Al-Shahid Sayyid Qutb pernah berkata:
الظلم قد يطول ولكنه ﻻ يدوم، والحق قد يضعف ولكنه ينتصر.
Kegelapan, adakalanya berpanjangan. Namun ia tidak akan berterusan selamanya. Kebenaran adakalanya lemah. Namun ia menang sepanjang masa.
6 of 228
Lihat komen terdahulu
DP Ayahanda Soria Ramli 4.50 pagi (5.05.2013) berhampiran Kuala Lumpur (Sebelum Pengundian berlangsung PRU 13) DEMOKRASI SUDAH BERAKHIR! |
Baginda Rasulullah SAW, Sayidi Syeikh Imamul Mahdi dan Abuya Putra Bani Tamim adalah merupakan 3 pemimpin akhir zaman yang sedang memimpin dan mencatur Kebangkitan Islam kali ke 2.
Masa zahirnya Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim dan berlakunya Daulah Islamiyah merupakan rahsia Allah. Janji Allah pasti berlaku pada tarikh yang dijadualkanNya akan berlaku, tanpa sesaat pun tertunda. Jadual Akhir Zaman untuk kebangkitan Islam kali ke 2 ini merupakan Jadual Allah yang dibuka rahsianya kepada kita sedikit demi sedikit agar kita terus mengekalkan rasa-rasa kehambaan seperti rindu, takut, taat, cemas, resah gelisah, mengharap, malu sebagai memenuhi syarat untuk menjadi Ikhwan dan Asoib.
Dua berita terkini yang menghuraikan lagi skrip jadual akhir zaman yang membuatkan kita bertambah rasa-rasa kehambaan iaitu rasa sangat malu ke hadrat kebesaran dan kemuliaan Allah SWT. Berita yang membenarkan lagi Jadual Allah bahawa sedang berlakunya kemenangan Islam di Malaysia.
“RSA sedang sangat mencatur dan memimpin Malaysia.”
1) Pada 26 Nov (12 Muharram 1434H), dalam Forum Antarabangsa 2012 sempena Perhimpunan Agung UMNO (27 Nov - 1 Dis), Tun Dr Mahathir mengisytiharkan bahawa sistem demokrasi sudah tidak boleh dipakai lagi dengan mengatakan sistem demokrasi tidak menjamin keselamatan malah menjadi penyebab kepada berlakunya keganasan dalam sesebuah negara.
2) Pada 27 Nov (13 Muharram 1434H), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung 3 sayap UMNO - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah membidas pemikiran sistem demokrasi iaitu sekuler liberal yang telah membuahkan perjuangan gaya hidup songsang seperti memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender dan perjuangan hak kebebasan beragama termasuk orang Islam (murtad). Muhyiddin berkata, inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba merungkaikan asas-asas agama Islam.
RSA sedang sangat mencatur dan memimpin ke arah Daulah Islamiyah di Malaysia secara kasih sayang dan fitrah. Sistem demokrasi diruntuhkan dan ditolak sendiri oleh pendokong-pendokongnya. Sistem Allah dan Rasul sedang dicorakkan.
Percaturan RSA sedang berlaku dalam Perhimpuan Agung UMNO. Bila mereka menolak sistem demokrasi kerana menjadi penyebab kepada berlakunya kerosakan-kerosakan dalam negara, mereka tiada pilihan melainkan memilih Islam sebagai jalan penyelesaian dan keselamatan negara. Maka mereka mesti mengisi negara dengan Islam tetapi mereka tidak akan mampu mengisinya sebab mereka bukanlah pejuang-pejuang Islam sebaliknya pejuang-pejuang demokrasi yang akan pupus bersama pupusnya sistem demokrasi.
Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin adalah percaturan RSA melalui negara untuk menaikkan Abuya dan GISB bagi mengisi Islam dan memimpin Daulah Islamiyah di Malaysia. Ia berlaku dengan campurtangan Agong dan teamnya yang bertanggungjawab mengangkat Abuya dan GISB sebagai pemerintah pada masa yang dijadualkan nanti samada;
1) Selepas pilihan raya dengan BN menang tipis
2) Selepas pilihan raya dengan Pakatan Rakyat menang tipis
Namun dalam mana-mana keadaan sekalipun Abuya dan GISB akan memenanginya dan akan memimpin Daulah Islamiyah di Malaysia.
Bagaimana perinciannya Jadual Allah ini?
Tunggu panduan dan arahan seterusnya dari RSA. Kemenangan demi kemenangan akan terus berlaku.
InsyaAllah rahsia perincian Jadual Allah bagi skrip Kebangkitan Islam kali ke 2 buat Daulah Islamiyah di Malaysia akan dibuka sedikit demi sedikit, sesuai dengan roh Al-Qur'an itu difahamkan secara praktikal, bertahap-tahap dan berperingkat-peringkat.
“Berita gembira buat pejuang-pejuang kebenaran, penegak keagungan Allah dan Rasul. Kitalah pembela-pembela AlQur'an di akhir zaman.”
Persiapan kita adalah melonjakkan roh, dari kurang taat kepada lebih taat, dari kurang rasa kepada lebih rasa dalam operasi abid dan pejuangnya kita. Islam pasti menang!
tks.
ReplyDeletemenyeru kebaikan mencegah kemungkaran 1 dunia.///tq insyaallah
ReplyDeleteALHAMDULILLAH...BERSATU,BERSAMA...YA ALLAH LAPANGKAN DADA KAMI,SEJUKAN ANGGOTA BADAN KAMI,TETAPKAN IMAN KAMI,JAUHI BALA BENCANA TERHADAP DIRI KAMI DAN KAMI SERAH DIRI KAMI KEPADA ALLAH...AMIIN YA RABBAL ALAMIIN...TQ///.
ReplyDelete