Titik Permulaan Transformasi Ekonomi Bersama Pertubuhan-pertubuhan Melayu


21 Mei 2013 - Bertempat di Seberang Jaya, Pulau Pinang telah berlangsung perjumpaan kali pertama di antara wakil dari KKS1M, syarikat AMG International dan Ayahanda-ayahanda dari pelbagai pertubuhan.

Antara yang hadir ialah Dato' Fauzi (AMG INTERNATIONAL),DP Ayahanda Soria (KKS1M), Ayahanda Megat (Presiden Gagasan Nusantara Bersatu), Paduka Ayahanda Z.U.,Datuk Paduka Abu Karim Hj. Saad (S/U Per. Warisan Adat Melayu Malaysia (ADAT)) , Dato' Khairul, Chup Tungkat (Taiko Networking Utara), Ayahanda Long dan tetamu kehormat yang lain.

Dari kiri Datuk Paduka Abu Karim  (ADAT)),Paduka Ayahanda Z.U.,Dato' Fauzi (AMG INTERNATIONAL)
Dari kiri, Ayahanda Megat dan Dato' Kairul
Transformasi Ekonomi dalam Pertubuhan-pertubuhan Melayu amat penting sekali di ke Arah Menjadi Komuniti Maju Dan Berpendapatan tinggi bagi Melahirkan Ahli-ahli yang Perkasa dan Dinamik.
Kerjasama pelbagai pihak telah di buat sebagai kunci kejayaan usaha menyeluruh yang akan merubah komuniti-komuniti menjadi sebuah komuniti berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Usaha ini telah di maklumkan pada Perdana Menteri Malaysia serta pemimpin-pemimpin semua melalui laman sosial facebook.

Puji dan puja kita persembahkan pada ALLAH, karena kemuliaan dan kebesaran-Nya. Doa keselamatan bersama kita utuskan khusus pada Rasul termulia, Muhammad SAW yang mati-matian bekerja untuk Islam. Demikian juga seluruh keluarga dan sahabat baginda. Semoga ALLAH juga menyelamatkan kita semua di dunia dan di akhirat.

Kegairahan umat nampaknya bertambah dalam menyatakan dan memperjuangkan Islam. Dan kalau trend ini dibenarkan terus berjalan, kita akan sampai ke satu era kehidupan yang mulia dan agung, yakni terbinanya jemaah dan ummah Islamiah, sebuah masyarakat yang rakyatnya tunduk patuh dalam menerima dan mempraktekkan Islam. Namun satu hakikat mesti diakui, bahwa untuk mencapai hal itu tidak semudah yang kita rasakan dan gambarkan. Di samping penentang dan musuh yang pasti tidak akan mengalah dengan kita, juga genggaman paham sekulerisme yang kuat dalam sanubari umat. Kita sendiri sebenarnya kabur tentang jalan-jalan yang dapat menyampaikan kita kesana.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya di akhir zaman (termasuk zaman kita), umat Islam senantiasa berpecah dan berselisih. Oleh karena itu, perpaduan sangat sukar untuk ditegakkan. Bila perpaduan tidak ada, bagaimana jemaah dapat kuat dan tahan?

Apakah yang menjadi sebab perselisihan dan perpecahan yang terjadi di kalangan umat Islam?

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah perpecahan dan perselisihan itu?

Dua persoalan itulah yang gagal dijawab oleh pencinta-pencinta Islam dengan jawaban yang tepat. Masing-masing bersandar pada teori masing-masing. Maka terjadilah berbagai cara dalam usaha menyelesaikan masalah perpecahan umat itu. Tanpa ingin membuat komentar, di sini kita uraikan sebuah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Hampir tiba masanya kamu akan diserbu beramai-ramai oleh musuh-musuh kamu sebagaimana orang menyerbu makanan dalam suatu hidangan. Seorang sahabat bertanya, "Apakah disebabkan jumlah kami ketika itu sedikit?" Rasulullah SAW menjawab,"Bahkan jumlah kamu banyak. Tapi kamu tidak ubahnya seperti buih-buih di permukaan air sewaktu musim banjir. Ketakutan akan dicabut dari hati musuh-musuhmu, sebaliknya akan dicampakkan ke dalam hatimu penyakit Al wahan. Seorang sahabat bertanya, "Apakah Al wahan itu ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, "Yaitu cinta dunia dan takut mati " (Riwayat Abu Daud dari Sauban).

Ya, sebab utama terjadi perselisihan di kalangan umat Islam ialah karena jiwa mereka telah diserang penyakit cinta dunia dan takut mati. Dengan penyakit itu umat Islam bukan saja telah berselisih sesama mereka, tapi kemiskinan dan kehinaan melanda di mana-mana! Musuh-musuh pun telah menyerbu umat Islam sekehendak mereka.

Umat Islam hari ini telah menjadi suatu umat yang paling lemah, paling miskin dan paling hina. Kenapa? Sebabnya tiada lain adalah karena umat Islam telah melupakan ALLAH, karena itu ALLAH melupakan mereka dan membiarkan mereka dipermainkan oleh musuh.

Kalau penyakit-penyakit jiwa umat Islam dapat diobati, kemudian diganti dengan jiwa yang cinta akhirat dan cinta ALLAH serta sanggup mati, saya kira itulah satu penyelesaian untuk masalah yang dihadapi umat Islam. Dan detik itu adalah detik awal dimulainya perpaduan dan kekuatan umat Islam, yang mencatat satu era baru bagi kehidupan mereka.

Mudah-mudahan kita akan tergolong dalam golongan yang dimaksud oleh Rasulullah SAW dalam hadist baginda:

"Senantiasa ada satu golongan yang dapat melahirkan kebenaran, orang-orang yang menentang tidak akan memberi mudharat kepada mereka, hingga datanglah perintah ALLAH Kita berkeyakinan bahwa di zaman kerusakan ini, rusak akidah, rusak akhlak, rusak pergaulan dan tegangnya krisis nilai di kalangan ilmuwan-ilmuwan yang berkaliber, maka keutamaan perjuangan hendaklah diarahkan pada pembentukan jiwa dan pembinaan perpaduan di kalangan umat Islam. Kepahaman, keyakinan dan sikap umat Islam hendaklah diarahkan kepada cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Keselarasan dalam bagian-bagian itu adalah modal terbesar untuk lahirnya Toifah atau 'golongan' yang dimaksudkan dalam hadist di atas.

Usaha yang julung kali pertama ini melibatkan gabungan pelbagai pihak ini diharapkan dapat menjadi contoh dan model dalam usaha titik permulaan Transformasi Ekonomi Bersama Pertubuhan-pertubuhan Melayu! Meski kekurangannya banyak dan nyata, karena sebagai perintis permulaan ini namun usaha perlu di lakukan . Kita yakin bahwa dalam mempraktekkannya nanti  akan bertemu dan dapat memperbaiki atau menambah kekurangan yang ada kerana usaha ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak.

Atas kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH, kemudian bercita-cita sungguh-sungguh untuk menunaikannya, maka INILAH JALAN KITA.


Jadi marilah kita daki tangga kejayaan itu dari anak tangga yang pertama, kedua dan seterusnya. Biar lambat asal metodenya benar, daripada cepat tapi caranya salah. Apa artinya cepat kalau tidak berhasil, bukankah lebih baik lambat tapi hasilnya besar?

Sempena titik permulaan yang penuh bersejarah pertemuan kali pertama yang telah berjaya di adakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, alangkah eloknya bersama kita kongsi sejarah yang lalu berhubung,

BUNGA TERATAI & KESULTANAN MELAYU
MUKADIMAH:

Apakah kaitan bunga teratai dengan kesultanan melayu?

Seni khat dan bunga teratai pada kitab-kitab lama
Sejak dari dahulu lagi, penggunaan bunga teratai telah menjadi lambang kepada ajaran islam di alam melayu.

Seterusnya ianya dikaitkan keseniannya bersama konsep Ketuhanan dan Nur Muhammad di dalam sesebuah kerajaan beraja di alam melayu.


Seni bunga teratai pada bumbung masjid kampung laut 
Konsep bunga teratai dan peranan kesenianya di alam melayu:
  • Melambangkan Syiar islam di bumi timur
  • Menjelaskan Simbol dan Identiti sesebuah kerajaan kesultanan melayu
  • Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang tubuh kesultanan melayu
  • Dijadikan cop mohor rasmi kesultanan melayu
  • Pengaruh lukisan teratai bersama tulisan khat di dalam dakwah islam di alam melayu
  • Motif seni ukiran pada alat kebesaran diraja,hiasan istana,masjid dan batu nisan
  • Dijadikan pelbagai kod rahsia yang perlu dibongkar pewaris kesultanan yang hak
Seni ukiran bunga pada batu nisan kubur lama

KOD RAHSIA :BUNGA TERATAI MELAYU


Penerangan simbolik bunga teratai di dalam islam:

Bunga teratai melambangkan konsep Ketuhanan
Bunga teratai dihuraikan bersama konsep 7 (tujuh) tingkat: 

Keratan bunga teratai dan maksudnya: 
  1. Tingkat Zat Allah
  1. Tingkat Nur Muhammad
  1. Tingkat Hakikat
  1. Tingkat Alam Ghaib lagi Ghaib
  1. Tingkat Alam Ghaib
  1. Tingkat Alam nyata
  1. Tingkat manusia sempurna
Bunga teratai juga melambangkan saat Paduka Baginda Nur Muhammad s.a.w dikelilingi oleh Nur-nur (cahaya) makhluk yang lain.
Seni rekaan bunga bintang berbucul lapan
Bunga bintang berbucul 8 (lapan) bermaksud:

Merupakan gambaran Nur Muhammad s.a.w dikelilingi Nur 4 sahabat utama iaitu:
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
  • Sayidina Umar Al-Khattab R.A
  • Sayidina Uthman Bin Affan R.A
  • Sayidina Ali bin Abu Talib R.A K.W.J
Menjelaskan gambaran Nur Muhammad s.a.w dikelilingi Nur 4 pemimpin Ikhwan iaitu:
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Abuya Al Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Harris Al-Harras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J
Dengan peristiwa Nur Muhammad dikelilingi para nur sekalian makhluk ibaratnya seperti sekuntum bunga yang bercahaya terang benderang.




(Sila klik video ini)
"Lotus Flower Images (Photographs)"






(Sila klik video ini)
"Teratai versi okestra"

No comments:

Post a Comment