Kita Saling Memerlukan --- Kelab Veteran MAYC Malaysia

Dalam melayari internet dan melihat laman sosial FB , tertarik dengan kiriman
Taib Wahab pada wall Datuk Nasir Safar II .  Petikan tulisan beliau, "Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama-sama Datuk Nasir Safar II telah mengilhamkan kerjasama diantara Veteran Mayc dan Alumni 4B. Program PRU13 telah pun selesai dan diharapkan banyak lagi program-program pembangunan dapat dijalankan dalam rangka kerjasama ini. 

Berikutnya,
Assalamualaikum wr wb

Kelab Veteran Mayc Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan Datuk Seri sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka (SEAC). Perlantikan ini jelas membuktikan keinginan rakyat negeri Melaka untuk Datuk Seri terus memimpin kemajuan negeri ini dalam semua bidang.

Kelab ini dan anggota-anggota MAYC umumnya akan terus memberi sokongan kepada Datuk Seri dalam apa kapasiti sekalipun dan bersedia memberi khidmat untuk terus memajukan negeri Melaka.

TAIB WAHAB
Setiausaha Agung
Kelab Veteran MAYC Malaysia
Selanjutnya kita juga dapat mengetahui lebih lanjut berhubung Kelab ini melalui laman web Kelab Veteran MAYC Malaysia 
Tertarik dengan ,PROGRAM KDB & GMBO yang di siarkan dalam laman web kelab;


Program ini akan dilancarkan sebaik-baik sahaja Kelab Veteran Negeri memberi tarikh dan tempat yang akan diadakan.

SKMM telah bersetuju pada dasarnya untuk menganjurkan program ini bersama Kelab Veteran Negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Kedua modul ini merupakan initiatif SKMM untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat dalam bidang penggunaan internet.

KDB ( Klik Dengan Bijak ) dan GMBO ( Get Malaysia Business Online) dijangka akan memberi faedah kepada semua pengguna internet sama ada untuk tujuan sosial atau bisnes.

Taib Wahab, Setiausaha Agung KVMM yang mengadakan perbincangan dengan SKMM Wilayah Selatan hari ini berkata, Johor adalah negeri pemula bagi program multi media ini dan akan dianjurkan seterusnya dinegeri-negeri arah utara sehingga Perlis dan Kelantan.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada veteran MAYC   tentang pentingnya menggunakan internet untuk kebaikan dan melonjakkan pasaran produk mereka dengan membina website yang interaktib dan mempunyai kemampuan jual beli.
Program ini diharap dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini, ujar Taib Wahab lagi.

..

Berikut ialah maklumat Organisasi Kelab

Kelab Veteran MAYC Malaysia didaftarkan pada 13 September 2007 dengan nombor pendaftaran   1798-07-SEL.

Presiden
Tan Sri Sanusi Junid

Naib Presiden
Datuk Nasir Safar

Setiausaha
Mohd Taib Wahab

Bendahari
Senator Datuk Akhbar Ali

Jawatankuasa
Dato’  Mohd Rozali Isohak
Dato’  Mohd Yusof Hamid
Dato Johar Rusi

Ruslan Zainal Abidin


Langkah pertama akan di ambil oleh pihak kami dari KKS1M untuk jalinkan silaturrahim dengan Kelab Veteran MAYC Malaysia. Semoga jalinan silaturrahim antara kedua pihak ini dapat memberi manafaat pada semua.

KITA SALING MEMERLUKAN

Sekalung Penghargaan untuk Tuan yang di hormati
TAIB WAHAB
Setiausaha Agung
Kelab Veteran MAYC Malaysia
di atas usaha beliau siarkan maklumat semasa berkenaan
Kelab di laman sosial FB. Semoga kerjasama yang bakal terjalin di antara KKS1M dan Kelab bakal melakar satu
sejarah penting untuk kepentingan bersama.

2 comments:

  1. Kelab Veteran MAYC Malaysia menyambut baik saranan untuk mengadakan perjumpaan bersama KKS1M dalam masa terdekat. Kami yakin usaha saperti ini bukan sahaja akan dapat menjalin saliturahim sesama kita malah dapat mewujudkan kerjasama dalam berbagai bidang.

    Setiausaha Agung KVMM, Taib Wahab akan berhubung tidak lama lagi. Salam hormat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesudian pihak Tuan. Semoga usaha ini dipermudah dan mendapat pertolongan dari Allah.

    ReplyDelete