Maksudnya: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah."
(Ali Imran : 103)
Tali ALLAH yang dimaksudkan oleh ALLAH dalam ayat ini ialah Agama ALLAH (Syariat Islam) sebagaimana yang telah digariskan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Rasul dalam Sunnahnya. ALLAH telah memerintahkan kita bersama-sama berpegang teguh dan bersatu kukuh dalam Islam dan Dia melarang kita berpecah-belah.
Ayahanda Megat Panji Alam, Presiden Gagasan Nusantara Bersatu telah di lantik sebagai Penasihat Kehormat Tertinggi oleh Jawatankuasa Penaja AMG United .
Usaha dalam Jihad Ekonomi yang di terajui oleh AMG International dan Koperasi Samudra Berhad telah di rancang dan kini dalam plan tindakan melalui gabungan pelbagai pihak untuk menjayakannya.
AMG United memainkan peranan utama dalam usaha untuk gabungkan Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia dan dunia untuk bersatu bersama bagi menjayakan Transformasi Ekonomi selaras dengan usaha pihak kerajaan Malaysia.
Perancangan dan tindakan dalam bidang ekonomi Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata untuk mencari duit dan untung. Kalau duit dan untunglah matlamatnya pasti akan ada rebutan. Krisis dan pergaduhan pasti tidak dapat dielakkan.
Ekonomi dan perniagaan Islam adalah
berteraskan kasih sayang.
"Asas ekonomi dalam Islam bukan wang atau duit atau aset, bahan mentah atau kekayaan semula jadi. Asas ekonomi dalam Islam adalah tenaga manusia. Ini kerana sebab yang hendak menggerakkan ekonomi itu adalah manusia."
Ada hadis yang maksudnya:
"Orang yang berekonomi mengikut syariat itu satu jihad seperti berjihad fisabilillah"
Berdiri 2 dari kiri:
Ayahanda Megat Panji Alam
Presiden GNB
| Jika kata-kata Tun Teja berbunyi" Tun Teja Putri Ratna Benggala ,
Pandai membelah lada sulah, jika tuan tidak percaya,mari bersumpah di
kalam Allah" Ini pula kata ... AMG United " AMG UNITED pemangkin Jihad Ekonomi, pandai merancang pembangunan ukhwah, jika tuan masih ragui, mari membentuk 1 Ummah" |
|
.
Takrif Jamaah Islamiah
Jemaah Islamiah ialah kesatuan umat Islam yang benar-benar menghayati Islam. Jemaah itu merupakan kelompok individu-individu muslim yang bersatu di bawah panji-panji Islam. Kalau jumlah individu-individu yang menjadi anggotanya agak kecil, kelompok itu disebut Toifah. Gabungan toifah-toifah itu akan membentuk Jemaah. Jemaah Islamiah yang banyak jumlah anggotanya disebut UMMAH ISLAMIAH.
Hukum Membangunkan Jamaah Islamiah
Membangun Jemaah Islamiah ialah mendirikan persatuan umat Islam. Hukumnya ditentukan oleh ayat-ayat Al Quran dan Al Hadist. Ayat-ayat Al Quran yang berhubungan dengan Jemaah Islamiah di antaranya ialah sebagaimana firman Allah :
"Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu(semasa jahiliah) bermusuh-musuhan maka Allah menjinakkan hati-hati kamu lalu menjadilah kamu dengan nikmat Allah orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang Neraka lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu."
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung. " (Ali Imran : 103-104)Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Wajib atas kamu bersama jemaah. Sesungguhnya jemaah (bersatu dan berpadu) itu adalah rahmat dan berpecah belah itu adalah azab. "
(Riwayat Muslim).
Sabda Nabi lagi, yang bermaksud:
"Barang siapa yang berpecah belah, maka ia bukan dari golongan kami (bukan umat Nabi Muhammad). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah. Dan sesungguhnya srigala hanya mau memakan kambing yang mengasingkan diri. "
(Hadis riwayat Imam Tabrani).
Sebuah hadist lagi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri dari Jemaah Kaum Muslimin, maka sesungguhnya ia mati sebagai mati jahiliah."
(Riwayat Imam Muslim)
Berdasarkan ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis tersebut di atas jelas bahwa perintah membangun Jemaah Islamiah itu hukumnya wajib, meninggalkannya berarti berdosa.
Perlu diketahui bahwa maksud wajib di sini adalah wajib kifayah. Artinya bila ada sebagian manusia muslim membangunnya maka akan gugur kewajiban dan dosa manusia muslim yang lain.
No comments:
Post a Comment