Jemputan Kehormat Untuk Semua Wakil Rakyat Yang Telah Memenangi Dan Termasuk Wakil Calon Yang Kalah PRU 13 Sebagai Penasihat Kehormat KKS1M

Surat  Jemputan Kehormat ini adalah di tujukan untuk pemimpin2 dari pelbagai Parti Politik di Malaysia yang telah terpilih sebagai wakil rakyat peringkat DUN dan PARLIMEN pada PRU 13. Jemputan Kehormat ini juga di tujukan kepada pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih menjadi wakil Rakyat dalam PRU 13.

Untuk fasa 1 ini jemputan hanya untuk pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Kami dari KKS1M ini dengan berbesar hati dan amat harapkan para pemimpin semua dapat bersama sebagai Penasihat Kehormat.

Realiti pada ketika ini, sudah tiba masa dan ketikanya semua pemimpin-pemimpin Melayu tak kira dari Parti PAS, UMNO dan KEADILAN wajib bersatu. Semoga pada peringkat permulaan ini bersama dengan KKS1M sebagai satu titik permulaan kepada satu penyatuan yang lebih kuat dan kukuh.

Hakikat yang sebenarnya dalam Jadual Tuhan, kini sedang berlaku satu perubahan yang besar di Bumi Daulah ini.  Rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan ugama kini punyai kesedaran yang kuat untuk bersama bersatu .  Bangsa Melayu pula yang beragama Islam terutamanya golongan muda ramai yang berilmu dan amat rindukan satu masyarakat yang di segani dan di hormati .  Kesan ledakan terhebat teknologi maklumat kini memberi satu kesan yang baik pada semua.

Hari ini, semua pemimpin-pemimpin Parti Politik akan bersetuju dan akui bahawa Sistem Demokrasi melalui undi pilihanraya yang di pratikkan selepas merdeka terbukti kini adalah punca kepada segala masalah yang melanda masyarakat.  

Kemenangan yang sedikit setakat ini yang dikurniakan oleh Allah kepada Islam di Tanah air tercinta kita pada hari ini adalah fajar yang menyingsing menandakan matahari kemenangan Islam yang dijanjikan oleh Allah akan terbit semula setelah sekian lama dihimpit dengan pelbagai penganiayaan. Kemenangan ini akan menimbulkan pelbagai pandangan…pendapat…dan spekulasi oleh manusia – manusia sekalian.

Mereka yang kafir akan mencemuh akan kemenangan ini kerana mereka akan terhalang daripada menjalankan kerja – kerja mungkar dan kemahuan – kemahuan yang salah apabila dilaksanakan sifat – sifat Islam dan hukum – hukum Allah SWT. Pelik ? apa yang peliknya wahai saudara seugama sekalian…tidak sesuatu yang pelik kerana golongan Munafiqin dizaman Rasulullah SAW juga pernah mempersenda – sendakan kemenangan Islam pada ketika itu. Dan kini akan ada golongan yang akan bertanya seolah – seolah mereka percaya kepada Islam sedangkan mereka tidak mempercayainya. Mereka bertanya “Bilakah lagi Islam akan dilaksanakan …bilakah syariat Islam akan diamalkan? Kami mahu melihatnya…malah ada yang disertai dengan senyuman sinis syaitan…mereka sering menyampaikan ucapan untuk mencabar…bukan untuk yakin dan percaya sebagaimana golongan munafiqin dizaman Rasulullah apabila ditegakkan Negara Islam Madinah lantas mereka bertanya…

“Bilakah lagi Parsi dan Rom akan dijatuhkan?”.

 Dan mereka bertanya pelbagai pertanyaan tetapi bukan atas dasar percaya dan yakin…pertanyaan atas dasar mempersenda – sendakan dan melemahkan semangat golongan – golongan Islam. Golongan yang beriman adalah golongan yang yakin…yakin yang tidak berbelah bagi…yakin yang mutlak…yakin dengan iman…yakin bahawa menegakkan Syiar Islam adalah suatu tanggungjawab hamba kepada yang esa. Tidak kira walau bagaimana keadaan sekali pun…alasan kita berada dalam masyarakat majmuk maka Islam tidak dapat disyiarkan merupaka alasan 34 waktu seminggu bergurukan syaitan disetiap tingkatan dan kelas – kelas iblis yang ada.

 Sebagai hamba kepada yang Esa kita tidak seharusnya mencari alasan untuk menegakkan Syariat Islam…kita seharusnya melaksanakan perintah Tuhan setiap masa walau punya kuasa…atau tidak….tetapi kita sentiasa kearah itu…kearah perintah Tuhan kita…Tuhan yang Maha Kuasa….lagi Maha Perkasa….marilah kita bersama – sama dengan arus kebangkitan Islam yang berlaku sekarang…sesiapa yang tidak bersama dengan arus ini…akan tenggelam bersama arus ini dan ia akan ditumbangkan oleh gelombang kebangkitan Islam yang mendapat pertolongan Allah SWT…marilah jua kita menyambut fajar kelahiran kemenangan Islam diabad ini dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT dengan memohon dikuatkan Iman…keyakinan dan ditetapkan pendirian kita didalam menghadapi cabaran dan ujian…semoga kita bersama dengan kemenangan ini yang kita namakan……

““Menyambut kelahiran fajar kemenangan Islam”

Kebangkitan Islam Bersama Cinta dan Akhlak

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka.Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih.


Kalaulah mereka tidak mengutamakan sifat-sifat terpuji (mahmudah) lebih daripada sifat-sifat terkeji (mazmumah) tentulah mereka bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun.
Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai,apa logiknya untuk tawan hati orang lain? Lebih-lebih lagi apa logiknya untuk tawan hati manusia dalam satu empayar? Bukankah fitrah hati itu akan jatuh hati hanya dengan orang yang mempunyai akhlak terpuji?
Hakikat yang berlaku ialah bila mereka cintakan Allah dan cintakan Akhirat, di waktu itulah mereka mengorbankan hidup dan mati mereka untuk Allah. Seperti orang bercinta, dia sanggup beri apa saja demi menunaikan hajat cintanya. Begitulah hati mereka dengan Allah.
Hati, jantung, kaki, tangan serta seluruh anggota mereka gementar bila disebut nama Allah dan bila mendengar ayat-ayat-Nya. Mereka sangat cinta, rindu dan kasih kepada Rasul-Nya.
Bahkan hidup mati mereka diserahkan kepada Allah. Hati mereka sedikit pun tidak terpaut dengan dunia. Sedangkan di waktu yang sama, mereka mengurus dan mentadbir serta memerintah tiga perempat dunia.
Sesama mereka sangat berkasih sayang, bertolong bantu, bertolak ansur, berkorban apa saja, pentingkan orang lain, tenang dan damai serta hidup aman makmur. Dengan kehidupan yang beginilah mereka dapat tegakkan masyarakat yang baik selama 300 tahun. Itulah yang dikatakan masyarakat salafussoleh sepertimana yang Allah kehendaki dalam Firman-Nya:
Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba’: 15)
Bilamana umat Islam sudah tidak mengikut kaedah ini lagi,yakni selepas umat Islam tidak mengamalkan Islam melalui proses pembersihan hati daripada sifat mazmumah, empayar Islam telah jatuh ke tangan  musuh-musuhnya.
Bila musuh datang, bukan musuh yang diperangi, tetapi sebaliknya yang berlaku. Kawan dianggap musuh maka mereka bermusuh sesama sendiri. Hati penuh dengan cinta dunia, hasad dengki, sombong, bakhil, penakut, pemalas, pemarah, gila pangkat, gila nama dan bermacam-macam gila lagi. Di waktu itu, dunia yang sudah ada di tangan, terlepas semula.

Kemuncaknya adalah pada PRU 13, di mana Parti PAS, UMNO dan KEADILAN menjadi pengemis kepada golongan minoriti.  Maka selepas pilihanraya, bagaimana kita saksikan bagaimana rakyat Malaysia sudah tidak yakin dan percaya pada Sistem Demokrasi ini.

Bagaimanakah penyelesaiannya?   Tiada pilihan pada kita orang Melayu, hanya kembali Islam dan mencintai Allah lebih dari cinta pada dunia.  Amat mudah di tulis, tetapi di mana titik mula....

Apakah hari ini kita masih leka dan terus membiarkan keadaan menjadi semakin tenat dan parah? 
 Allah berfirman maksud:

[12]
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
[13]
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.[14]
Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
[15]
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

(Surah 13:12-13)

Untuk pemimpin-pemimpin semua,  hargai dan jadikan sejarah yang lalu sebagai satu pengajaran masa kini.  Betapa pengorbanan besar pejuang-pejuang dulu yang berjuang untuk kita pada hari ini.  
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama bersatu dalam KKS1M ini
 
Riwayat Sang Pendeta



Kembaraku jauh dari Hindi ke Langkasuka
Kira-kira tahun 1349 menemui Raja Bharubhasa
Semuanya itu atas urusan Allah Taala
Demi menyampaikan amanah-Nya yang Maha Mulia
Supaya ditinggal puja dewi dan dewa
Menyembah Allah, tuhan seluruh alam jagat raya

Namaku Jamaluddin al-Hussein digelar al-Kubra
Bertujuh saudara menuju ke Nusantara
Meredah gelombang badai bergelora
Meninggalkan tanahair, keluarga, pangkat serta harta
Yang kesemua itu teman, rakan jua kemewahan dunia semata
Jika tidak dimanfaatkan, akhiratlah balasannya

Takdir Allah Taala melangkaui niat di hati
Karam kapalku, syukur nyawa dan jasadku dipelihara-Nya lagi
Deruan ombak menghantarku ke tepi
Di sebuah negeri yang mudah-mudahan diberkati
Bersama-sama adinda bongsuku Thanauddin yang dikasihi

Yang janji bersama sehidup semati
Dalam menyebarkan seruan agama suci
Berjalan lalu ke Kota Jiddah
Di Empayar Chermin yang cukup indah
Dengan rakyatnya yang ramah tamah
Bertemu rajanya ku datang bersembah dakwah
Sehinggalah baginda mendapat kurnia hidayah

Bharubhasa ku ganti namanya Sultan Mahmud Syah
Ku tabalkan baginda bersama amanah
Suburkan Islam, kasihkan rakyat meskipun payah
Sebelum kepada-Nya kita berserah
Dikahwinkan daku dengan Puteri Linang Cahaya
Adinda Sultan Mahmud Syah tercinta dan manja
Puteri Mariam nama indah ku beri padanya

Nama yang elok, merdu dan manis di dalam syurga
Daripadanya ku perolehi dua cahaya mata
Si Aishah puteri dan Malik Ibrahim putera
Kelak keturunannya tersebar di Nusantara
Ramai darinya adalah pendidik agama, pendakwah dan ulama
Sebagai penyambung usaha setelah ku pejam mata

Matlamat utama kembara ku tidak lupa
Menyebar Islam serta berdakwah di negeri Champa
Negeri yang disebut Kembayat Negara
Sebuah negeri Melayu tua serta bermula
Di dalamnya masyhur dongengan si naga
Menjadi lambang negara serta jata

Sebagai bekal juang semangat waja
Mengadap dakwah Che Bo Nga si Raja terbilang
Handal dan pintar berilmu perang
Pedangnya dihayun pasti ada nyawa yang melayang
Che Bo Nga garang di luar di hati penyayang

Rakyatnya dikasih, dijaga serta ditatang
Che Bo Nga si Raja tersenyum seraya memandang
Melihat pedang ku sandang dipinggang dan belakang
Kerana tahu tujuan ku datang bukan untuk berperang
Melainkan menyampai amanah kepada pejuang
Supaya sedar hayat hidup tidaklah panjang
Di negeri Akhirat segala amal dihitung serta ditimbang

Menangis hiba Che Bo Nga menerima cahaya Islam
Jiwanya cerah yang dahulu kelam
Sultan Zainal Abidin , Raja Melayu dari ethnik Cham
Nama baru Islamnya ku beri bersama doa mendalam
Supaya keimanan manusia memenuhi alam

Kasihnya Sultan Zainal Abidin terhadapku tidak terperi
Dikahwinkan daku dengan puterinya Ramawati sebagai isteri
Lahirlah putera Ibrahim, Asmarakandi gelar diberi
Menjadi bapa dan datuk beberapa wali
Wali Songo gelaran mereka dijoloki

Berdakwah menyebar agama tugasan mereka hakiki
Masa berlalu usiaku semakin meningkat
Permaisuri hatiku Mariam dan Ramawati sudah lama pun mangkat
Kekosongan hati ku penuhi dengan ratib ibadat
Semoga hidup hambanya ini dilimpahi hikmah dan juga berkat
Untuk dibuat bekalan akhirat

Allah Taala maha luas rahsia-Nya
Dengan umurku yang semakin lanjut usia
Lapan puluh tahun bukan lagi muda remaja
Jika diibarat harikan dah benar senja
Dijodohkan pula dengan puterinya oleh sang raja

Puteri Selindung Bulan, itulah nama
Anakanda bongsu Sultan Baki Syah, puteri yang jelita
Puteri Syahirah juga nama ku beri, molek lagi maknanya
Maklumlah bonda kepada sultan, raja, panglima serta ulama
Puteri Syahirah melahirkan putera berkulit putih berseri
Ali Nurul Alam nama diberi jua doa yang ku iringi
Ali Alam dan Ali Nur Alam juga nama dikenali

Gelar panjangnya Syeikh Ali al-Masyhur al-Laqihi
Pateh Arya Gajah Mada nama gelaran jawatan diberi
Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II disandangi
Pabila kemangkatan berlaku negeri tidak dirajai
Sultan Melaka dan Orang Kaya Patani setuju Alilah layak sekali
Sultan Qunbul raja besar Patani, Kelantan dan Terengganu dijawati

Ali Nurul Alam nama diberi jua doa yang ku iringi
Dari turunannya menjadi ulama dan merajai beberapa negeri
Wan Abdulah menjadi Raja Champa, anak cucunya Raja Kelantan dan Patani
Kerisik di Patani didakwah pula oleh puterannya, Wan Hussein as-Senawi
Ulama dan hulubalang masyhur dari keturunan Syeikh Wan Muhammad Salleh al-Laqihi
Hulubalang bergelar Laksamana Bentan pula puteranya, Wan Demali
Cucunya, putera Wan Abdullah adalah Wali Songo bergelar Sunan Gunung Jati

Aku Jamaluddin al-Hussein juga digelar al-Yamani al-Jarimi
Keturunanku jua merajai Kerajaan Jembal Kelantan dimulai Raja Sakti
Anak cucu ku jua keturunan Datu Nik Mustafa merajai Patani
Long Yunus, Long Ghaffar, Long Nuh itu anak cucu yang ku kasihi
Tok Bendang Daya, Syeikh Daud al-Fathoni juga Fakih Ali al-Malbari

Pak Cu Keling dan Panglima Guntur juga aku ingati
Rama lagi yang banyak jasanya tidak sekali dilupai
Keturunan kalian semuanya berdarah Syeikh Ali al-Masyhur al-Laqihi

Mempunyai amanah menjaga agama yang penting sekali
Buanglah riak, tamak dan mementing diri
Bersultan di mata beraja di hati

Ingatlah Mahsyar, tiada yang terlepas semuanya diadili
Turunanku yang lain usahlah berkecil hati
Tidak aku lupa kalian hanya Allah Maha Mengetahui
Insya Allah ku tinta lagi dilain kali

Andainya ku lupa tapi ada yang memerhati
Pahala dosa tetap dicatat setiap hari
Oleh Allah terhadap malaikat amanahnya sentiasa dipatuhi
Ini pesanku buat diri sendiri
Akan amanah Allah jangan dicabuli

Namaku Jamaluddin al-Hussein digelar al-Kubra
Bertujuh saudara menuju ke Nusantara
Meredah gelombang badai bergelora
Ke mari daku bukan untuk bersuka ria
Bukan pula merebut tahta kuasa istana
Supaya anak cucu berfoya-foya
Sehingga lupa dunia ini adalah fana

Tujuan ku datang kerana agama
Amanah dari Yang Maha Esa
Supaya dunia aman dan sentosa
Sebelum digulung dengan tiupan sangkakala

Di akhir zaman ramai yang mengaku berketurunanku
Ada yang benar ada yang pula palsu
Apakah mereka bersandar pada nawaitu
Menjaga bangku empuk atau saat kebangkitan yang ditunggu
Semuanya itu hanya Allah sahaja yang tahu
Bilakah kiamat akan berlaku

No comments:

Post a Comment