AMG UNITED & BELIA : Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan





AMG UNITED bersama dengan pihak kerajaan membantu belia untuk bersama dalam ledakan terhebat revolusi ekonomi pada abad 21 ini.  Peluang keemasan yang di tawarkan oleh AMGINT - KSMB dalam Jihad Ekonomi kini mula memberi tumpuan kepada golongan belia.

Dari kanan Ayahanda Dato'  Paduka Fauzi, Yan Qiara, DJ FY dan DJ Azwan

Usaha permulaan untuk menjayakan usaha ini, pada 6 hb. Julai 2013 pihak AMG United membuka Pusat Maklumat pada FESTIVAL RAKAN MUDA 1M4U DAERAH PETALING 2013 di KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG.
Usaha ini di ketuai oleh  Mohd Faezan Bin Nordin (Yan Qiara).
 Pendaftaran secara percuma akan di buat pada hari tersebut untuk jalinkan silaturrahim dengan belia-belia.
melalui Laman Sosial MYAMG.BIZ.


KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG JADI PUSAT IM4U

 
PUTRAJAYA , 28 MEI 2013 – “ Kerajaan adalah fasilitator untuk merealisasikan hasrat dan impian golongan belia menjadi realiti,”  kata Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak.

Beliau berkata, kerajaan yang sentiasa menganggap golongan belia penting, melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan golongan berkenaan namun ia dilakukan bukan berdasarkan arahan dari atas ke bawah, sebaliknya datang daripada golongan itu sendiri.

" Apa yang dihasratkan dan apa yang diminati golongan belia, kerajaan merupakan fasilitator untuk memungkinkan segala impian dan minat golongan belia menjadi kenyataan dan realiti," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman ( MoU ) antara IMalaysia For Youth (iM4U) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), 1Malaysia For Youth ( iM4U) dan Kementerian Belia dan Sukan ( KBS) di Bangunan Perdana Putra  di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertahanan,  Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan,  YB Encik Khairy Jamaluddin.

Beliau menyaksikan pemeteraian MoU antara KBS dan iM4U bagi menyerahkan Kompleks Rakan Muda Puchong kepada iM4U untuk ditransformasikan sebagai Pusat iM4U.

MoU ditandatangani Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid  Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif iM4U,  Datuk Seri Farid Ridzuan, diikuti penyerahan replika kunci Kompleks Rakan Muda Puchong kepada iM4U.
Pusat iM4U diwujudkan untuk belia dan sukarelawan berkumpul serta berkongsi pengalaman masing-masing dan melibatkan diri dalam kegiatan dan aktiviti yang diminati mereka.
Hasrat ini hampir menjadi realiti apabila Kompleks Rakan Muda Puchong di bawah KBS ditransformasikan menjadi Pusat iM4U. Kerja pengubahsuaiannya akan dijalankan oleh sukarelawan yang terlibat dalam iM4U.Kepakaran pelajar universiti akan digunakan untuk menyumbang terhadap reka bentuk dan pembinaan semula pusat berkenaan.

“ Pusat ini adalah untuk orang muda, bukan sahaja daripada segi penggunaannya tetapi dari segala aspek, kita akan menjadikan pusat ini milik sepenuhnya  orang muda tanah air, jelas Perdana Menteri.

Beliau juga percaya melalui program iM4U yang diwujudkan di universiti dan pusat outreach, akan dapat menarik minat pelbagai belia dan sukarelawan dalam bidang seperti muzik, sukan, teater, kelas agama, pusat internet, bazar hari minggu, studio foto dan sebaga

No comments:

Post a Comment