Persidangan Iblis


Persidangan syaitan, iblis dan jin


 
 
Pernahkah anda mendengar persidangan ini? Sedikit renungan dicelah kesibukan kita, sekadar saling mengingatkan. Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka ALLAH SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",

"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan ALLAH SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.
"Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada ALLAH SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu syaitan, dan jin.

Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sehingga 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai
tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan letih apabila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah."

"Pikat mereka untuk terus membunyikan radio atau kaset semasa mereka membawa kenderaan".

"Dorong mereka untuk memasang TV, VCD, CD dan PC di rumah.
"Sepanjang hari, bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahu pun kedai-kedai di dunia ini."
"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan ALLAH SWT dan Rasul-Nya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".

"Penuhi mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan dijalanan".
"Penuhi peti surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muat gambaran wanita yang cantik itu yang langsing dan berkulit cantik di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala". 

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka mereka akan mulai mencari di luaran".

"Hal inilah yang akan mempercepat retaknya rumahtangga sebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana ALLAH SWT menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, pertandingan-pertandingan, konsert muzik dan panggung wayang."

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." 

"Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang
soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak bermakna apa-apa.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak ada waktu untuk mengkaji kebesaran ALLAH SWT."

"DAN DENGAN SEGERA MEREKA AKAN MERASA BAHAWA KEBAHAGIAAN, KEKAYAAN, KEBAIKAN/KESIHATAN KELUARGA ADALAH MERUPAKAN HASIL USAHANYA YANG KUAT - DAN BUKAN ATAS IZIN ALLAH SWT."
"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."
"RANCANGAN YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENANG HURA-HURA".

"Dan hanya meninggalkan sedikit saja waktu buat ALLAH SWT sang Pencipta."

"Tidak lagi mempunyai waktu untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan akan ALLAH SWT dan RasulNya".

Sekarang pertanyaannya adalah, 

"APAKAH RANCANGAN IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

Ada cerita yang tidak didedahkan. Apa dia? Kita ikuti kisah seterusnya....

" Dan asaimen kita yang terakhir, ini adalah hidup mati kita. Kalau kita gagal, segala usaha kita yang dirancangkan tadi menjadi sia-sia. Segala khidmat yang kamu semua persembahkan pada ku, hanyalah habuk semata-mata ", tegas Iblis.

Semua hadirin dari kalangan jin dan syaitan dalam persidangan
Iblis sepi, cemas dan takut. Masing-masing tertanya-tanya apakah ada asaimen yang lebih utama dari menyesatkan manusia kepada Allah.'Ada.....' Kata Iblis seolah-olah dapat membaca apa yang terbuku di kalbu mereka. Menjadilkan mereka semakin takut terhadap ketua mereka.




"Ada satu gerakan yang sedang berlaku di kalangan manusia. Mereka juga sering mengadakan PERSIDANGAN dikalangan mereka. Mereka mempunyai TEKNOLOGI ROH yang MAMPU mengatasi teknologi kita" dengus Iblis.

Tercangak-cangak Jin-jin yang bodoh mendengar mandat ketua mereka. Apa tidaknya dikatakan bodoh, ramai dari kalangan bangsa mereka telah tunduk kepada Islam, telah menerima kerasulan Nabi Muhammad dan sedang menjadi pembantu kepada perjuangan Nur Muhammad, masih ada lagi jin yang taksub dengan Iblis yang memberikan janji-janji kosong kepada mereka. 


Dengan sedikit kesenangan duniawi, mereka lupa mereka juga tidak terlepas dari negara akhirat yang padahnya ialah neraka.

"Dengar sini betul-betul, jangan tidur. Mereka adalah dikalangan umat Muhammad. Mereka tidak pernah bertemu dengan Nabi mereka, namun sangat mencintai dan merindukannya. 


Gerakan Muhammad akhir zaman ini diwakili oleh Muhammad ke 2 dan pembantunya yang berasal dari Timur. Gerakan ini dijanjikan Tuhan kemenangan, NAMUN kita tidak boleh beri mereka menang 
tanpa bertanding. "



"Mereka sedang mengajak manusia kepada Allah dan Rasul. Dengan teknologi moden, mereka bergerak ke tengah masyarakat. Usaha kita mahu menyesatkan manusia sering digagalkan oleh program mereka. Kita ajak manusia adakan TV, Radio, Internet supaya manusia lalai, mereka datang dengan program-program yang lebih berwibawa supaya takut kepada Allah dan rindu kepada Rasul. Setiap usaha kita sering tewas kalau mereka ada bersama" ujar Iblis dengan panjang lebar untuk memahamkan ahli dewan persidangan serta para perwakilan.

"Jadi tuanku, apa yang perlu kami lakukan?" Tanya salah seorang General yang menjadi pengerusi pada persidangan tersebut.

" Kekuatan mereka ialah iman, ukhwah dan keselarasan.  Maka
kamu semua hendaklah melakukan sebanyak-banyak godaan dunia dan wanita kepada mereka. Lagakan dan timbulkan permusuhan dikalangan mereka. Bisikkan agar mereka meragui perjuangan mereka dan pemimpin mereka."


"Adakan team yang mendorong pihak berkuasa bertindak ke atas mereka seperti apa yang kita pernah buat kepada Muhammad dahulu sehingga dia dituduh gila, ingin kuasa, sesat. Gunalah apa jua teknologi bagi memberitahu mereka adalah dikalangan orang-orang yang sesat. Pastikan mereka juga menerima nasib seperti Muhammad. Dipulau, di halau. ".

"Aku sendiri akan mengetuai operasi untuk merosakkan pemimpin mereka ini. Kalau kamu fanatik dengan aku kerana takut, mereka sangat taksub kepada pemimpin mereka kerana cinta. Mereka sanggup mati kerana hidup mati mereka adalah Islam. Aku akan buat sehingga pemimpin mereka merana kesakitan atau kalau perlu, DIA  akan ku BUNUH ".

Bersorakan, bertepukan dan berpekikan dewan itu macam pasar setelah mendengar ucapan penggulungan ketua mereka Iblis. 


"Hidup iblis, hidup Iblis, hidup Iblis ". Berbunga-bunga Iblis mendengar sanjungan pengikutnya, bertambahlah kesombongannya. 


Namun di sudut hatinya, terdetik "aku tak mampu nak lawan kuasa Allah"
 

Sekianlah ceritanya...

No comments:

Post a Comment