CERITERA SEORANG GURU BERNAMA MUNSYI ABDULLAH DAN PERISTIWA PENGEBOMAN KOTA-KOTA DI BANDAR HILIR

PENULISAN MUNSYI ABDULLAH DIBUAT UNTUK  MENUTUP SEJARAH TUAN PUNYA 
(SEMENANJUNG) MELAKA IAITU EMPAYAR 
KEDAH TUA YANG PERNAH BERSEMAYAM DI KOTA LUKUT, NEGERI SEMBILAN  YANG BERADA TAK JAUH 
DARI BANDAR HILIR
Mari kita melihat dan menyelongkar sejarah silam yang telah dirosakkan oleh seorang tokoh kesayangan British dan kawan baik pemberontak Kedah Tua, Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka. 

Namanya Munsyi Abdullah dilahirkan di Kampung Pali pada tahun 1796m di Bandar Hilir dan merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradiknya.

Nama asalnya adalah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah dianugerahkan oleh pihak Inggeris sebagai "Tokoh Penulisan Moden" selepas menterjemahkan kitab Bible Matius ke Bahasa Melayu dan membantu memudahkan pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian di Bandar Hilir dan Singapura.

Padahal pada zamannya terdapat ramai tokoh-tokoh penulisan besar yang junior dan senior di alam Melayu pada zaman itu yang menghasilkan banyak kitab-kitab yang bernilai tinggi seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Daud Pattani, Raja Haji, Abdul Samad Palambangi dan lain-lain.

Paderi C.H. Thomsen dan paderi W.Milney di tahun 1819,1825 dan 1830 telah belajar Bahasa Melayu dengan guru mereka Munsyi Abdulllah, ini menyebabkan mereka menjadi mudah membawa orang -orang tempatan ke agama Kristian. Inggeris juga mencanangkan beliau sebagai " Tokoh Yang Melampau Abadnya ". Ini kerana beliau merupakan penafsir dan jurutulis bukan sahaja kepada Stamford Raffles bahkan kepada pegawai-pegawai British, tentera-tentera upahan British seperti askar-askar Hindu Gurkha, askar-askar kafir Sikh Punjabi dan golongan-golongan gereja Kristian.

 Beliau dikatakan berperanakan Tamil dan Arab, ibunya berbangsa Tamil tetapi ayahnya dipertikaikan keturunannya. Dikatakan ayahnya Arab dari Yaman tapi berbangsa Turki dan ada mengatakan ayahnya berperanakan Tamil campuran Arab, ini menunjukkan kesimpulannya mudah, iaitu ayahnya berketurunan Yahudi seperti kes presiden pertama Republik Turki. Yang mana Kamal Atarturk yang mana ayahnya tidak berapa jelas keturunannya, rupa-rupanya ayahnya merupakan seorang berketurunan Yahudi.

Tokoh yang tidak jelas keturunannyalah yang selalu menjadi pilihan musuh-musuh Allah, kerana golongan jenis ini selalunya telah diaturkan kewujudan dari mula lagi. Didalam penulisannya Munsyi Abdullah banyak menghina bangsa Melayu kerana mengikut arahan bossnya. Ini disebabkan sejarah silam menunjukkan yang bangsa Melayulah menerima kedatangan ahlul-bait ke alam ini dari Timur Tengah dan melantik mereka menjadi raja atau pemerintah Melayu di nusantara.

Antara kritikan beliau keatas orang-orang Melayu ialah dia megatakan orang-orang melayu itu "BODOH" kerana tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris, kerana pada masa itu anak-anak kita dihantar ke Madrasah. Beliau juga mencela orang-orang Melayu kerana tidak berminat belajar Bahasa Inggeris, kerana pada masa itu mereka menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Arab.

 Beliau merupakan sasterawan abad ke-19 dan mahir berbahasa Melayu, Tamil dan Arab. Pada tahun 1840m selepas kematian isterinya seorang yang berbangsa Tamil, beliau telah berhijrah ke Singapura. Ini kerana ditempat kelahirannya beliau dipulaukan oleh orang-orang tempatan kerana tidak suka dengan tabiatnya suka bergaul rapat dengan penjajah-penjajah Inggeris.

Beliau menjadi pujaan bangsa Inggeris dan Belanda kerana memudahkan musuh -musuh Allah ini menunaikan cita-cita Kolonialisme Barat. Beliau pernah mempelajari kitab Bible Matius daripada Dr. Marrison semasa di Singapura. Sebagai P.A kepada Stamfford Raffles, beliau diarahkan mencari buku-buku Hikayat tua Melayu dimana sahaja berada untuk di serahkan kepada kerajaan Inggeris.

Selain menyunting kitab tua Sejarah Melayu mengikut selera dan agenda kerajaan Britain beliau juga antara orang yang bersubahat dan dalang menghasilkan cerita hantu-hantu Melayu diantaranya ialah watak Hantu Penanggal.
 Seorang pegawai kerajaan yang bernama Faizal pernah menceritakan tentang Munsyi Abdullah ini sewaktu menerima kehadiran bertugas Stamfod Raffles (1781-1826) dari England. Munsyi Abdullah mengatakan yang bossnya ini sudah fasih berbahasa Melayu ketika hari pertama bertemu dengannya.

Ini terjadi apabila Munsyi Abdullah megatakan " how are you sir? ", Stamfford Raffles menjawab " Khabar baik". Ketika menerima undangan kenduri, gabenor Inggeris ini juga hadir dan membuka kasut ketika memasuki rumah Munsyi Abdullah. Dan yang lebih menghairankan beliau lagi ia bersalam-salaman dengan orang-orang kampung dan duduk bersila seolah-olah dia sudah biasa dengan adat di tempat itu. Padahal pada masa itu tuan rumah sibuk mencari kerusi yang pada kebiasaannya orang-orang inggeris tidak faham dengan adat istiadat orang-orang Melayu ketika itu.

Ketika tuan rumah sibuk pula mencari sudu dan garfu mereka dapati si Inggeris ini sudah makan dengan tangannya sahaja. Faizal memberi tahu orang-orang Melayu di zaman itu dan Munsyi Abdullah tidak perlu takjub dan hairan tentang kearifan orang-orang inggeris tentang Adat Istiadat Melayu kerana setiap pegawai Inggeris yang akan bertugas di jajahan-jajahan mereka seperti di India, Afrika dan Nusantara perlu mempelajari adat resam orang-orang tempatan di Universiti mereka bahagian Fakulti School of Oriental and African Studies (SOAS) di London.



SIFAT KEBINATANGAN MUNSYI ABDULLAH TERSERLAH APABILA BELIAU MENYOKONG PENGEBOMAN KOTA-KOTA ARTIFAK NEGARA OLEH KERAJAAN BRITAIN DENGAN TERHASILNYA BUKU HIKAYAT BINATANG KARANGAN BELIAU

Beliau pernah mengikut bossnya ke negeri-negeri Melayu sekitar jajahan British dan Belanda di Indonesia juga sekitar wilayah Pantai Timur Semenanjung Melaka ( Kelantan dan Terengganu ). Hasil dari lawatan itu beliau mengatakan orang Melayu ini pengotor, malas, tidak bertamadun dan hidup atas ihsan orang lain. 
Sikap benci beliau terhadap Bahasa al-Quran dapat dilihat seperti kata-kata beliau seperti berikut, "Maka belum pernah aku melihat,baik orang Melayu ,baik peranakan atau barang yang lain-lain menggunakan Bahasa Arab dalam pekerjannya. Baik dari hal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim salam atau membalas surat, melainkan sekelian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melain dalam sembahyang dan berdoa itulah sahaja." 
Padahal nabi s.aw bersabda : Kebencian kepada Bani Hasyim dan orang-orang Ansar adalah kufur. Kebencian kepada orang-orang Arab pula adalah nifak. ( Hadis Riwayat Tabrani )
 Sebagaimana pemberontak dari Kuala Muda iaitu Ahmad Tajudin al-Marhum Melaka mendapat gelaran dari British sebagai "Penaung Penulisan Sejarah" selepas berjaya menghasilkan Hikayat Hang Tuah dan cerita dongeng "Kesultanan Melayu Melaka" . Munsyi Abdullah (1796-1854) pula di beri gelaran "Bapa Kesusasteraan Moden" kerana jasanya menafsir kitab Hindu Kuno dan juga merupakan guru bahasa kepada Persatuan Mubaligh Kristian. Semasa Musuh Bisik 1821m beliau berada di Bandar Hilir untuk meyambut ketibaan pemberontak kerajaan Kedah Tua yang bernama Ahmad Tajuddin al-Marhum Melaka. Beliau yang telah berjaya membawa masuk tentera Siam-Thai ke Kota Star, telah diselamat dan dilarikan oleh bossnya ke Bandar Hilir selepas di kejar oleh tentera Kedah Tua di bawah pimpinan Panglima Bukit Gantang Maharaja Melayu Sultan Syed Alang Alauddin (1824-1862) yang bersemayam di Istana Kuning, Kota Star. 
Al-Marhum Melaka ini adalah musuh dalam selimut bagi Empayar Kedah Tua Merong Maha Wangsa dan merupakan aset yang penting bagi kerajaan Britain untuk agendanya dimasa depan dan beliaulah yang telah berganding bahu dengan Munsyi Abdullah untuk menulis buku dongeng Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan Hikayat Hang Tuah yang isinya penuh dengan dongeng, khurafat, tahyul dan metos.


GERBANG YANG TELAH DI 'CONVERT' GEROMBOLAN KEDUA PORTUGIS KAFIR DAN GEREJA BELANDA ATAS BUKIT SAHAJA YANG DIBIAR WUJUD SEHINGGA SEKARANG, MANAKALA YANG LAIN DI BOM. HARINI BRTISH MENUNJUKKAN BUKTI KONONNYA KOTA INI BUKAN MILIK ORANG-ORANG ISLAM

Semasa British menguasai Bandar Hilir (kononnya Melaka) gabenornya ialah Major Cook kemudian diganti pula tidak lama selepas itu oleh Colenail William Farquhar. Semasa zaman inilah Kota Portugis Islam dan kota-kota sekitar bandar hilir telah dibuang dan dimusnahkan oleh pihak British sebelum musuh-musuh Allah ini menjarah kota-kota yang lainnya di luar bandar Hilir seperti Kota Lukut, kota-kota di Johor Lama, Muar , Kota Mengkuang dan lain-lain. 
Peristiwa pengeboman Kota Islam Potugis ini berlaku pada masa Munsyi Abdullah berada disana. Didalam Hikayat Abdullah, sila rujuk muka surat 42, beliau menceritakan tinggi Kota Islam Potugis itu kira-kira 10 depa sampai keatas dan di dasar tanahnya. Beliau menulis, " Lebarnya pula ialah 13 depa dan disitu lah diaturnya meriam berkeliling dan tebal sepanjang kota itu adalah setengah 3 depa dan dibawah kota ini di tiap-tiap katlumnya ada rumah bawah tanah lengkap dengan perigi dan kandang kuda dan beliau memberitahu kota itu berbentuk empat segi. Kota ini mempunyai empat pintu dan satu pintu besar dengan mempunyai jambatan yang besar. Didalamnya mempunyai pintu yang besar dan terdapat satu pintu kecil. Maka dari pintu itulah orang keluar dan masuk."
 PETA SEBAGAI BUKTI BETAPA BESARNYA KOTA ISLAM PORTUGIS DI BANDAR HILIR UNTUK MENJAGA TUANNYA DI LUKUT IAITU MAHARAJA MELAYU SULTAN MAHMUD KHALIFAH AKHIRUL ZAMAN

Semasa pihak kafir William Farquhar (1770-1839) hendak meroboh kota ini, mereka cuba mengorek dan menggali hingga ke tujuh delapan depa dalamnya masih tidak bertemu dengan kakinya. Selepas tidak berjaya dengan cara itu pihak British telah mengupah orang ramai memecahkan kota dengan tangan dari sebelah hulu Bukit Cina . 

British yang tidak putus asa telah mengerahkan kuli-kuli mereka memecah sekeping batu disitu tiada lah mampu selama dua atau tiga hari. "Ini kerana mereka telah diserang berbagai penyakit ada yang muntah darah lalu mati," sila rujuk Hikayat Abdulah m.s. 45. "Maka upah memecah batu kota ini menjadi semakin mahal dari hari ke hari. 

Apabila William Farqular melihat pekara yang semakin rumit ini beliau menyuruh sekali lagi menggali kaki kota itu untuk mencari dasarnya untuk dirobohkan, juga tidak berjaya. Maka beliau mengarahkan sekali lagi memecahkan kota itu dari sebelah laut pula, maka beberapa jenis perkakas digunakan seperti cangkul, penggali, alabangka dan beberapa jenis perkakas habis binasa. Maka pekerjaan itu pun dengan bersakit-sakit. Maka upahnya pun makin naik. Maka terlalulah susah memecahkan kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s.46. 
 

KASIHAN ! BERSUSAH PAYAH KERAJAAN KITA MENCARI SAKI BAKI KOTA-KOTA YANG HILANG, AKIBAT DI BOM DAN DI KAMBUS OLEH BRITISH SEKITAR BANDAR HILIR UNTUK TATAPAN GENERASI BARU KITA YANG TERCINTA

Selepas 3 bulan cubaan mereka gagal, maka gabenor Inggeris laknatullah itu pun telah memerintahkan orang-orangnya menggali lubang yang dalam dikota sebelah laut dan dimasukkan ubat bedil (gun powder) didalamnya. Setelah itu dimasukkan sumbu yang didalamnya yang panjang nya diriwayatkan kira-kira 10 depa. Kemudian diiklankan pada jam 8.00 pagi esok hari, tiada sesiapa pun dibenarkan berjalan-jalan di seberang kota ini dan diminta menjauhi kawasan kota sejauh yang boleh.

 "Keesokan harinya datanglah tuan Farquhar berkuda serta memegang murang ditangannya. Maka disuruh orang naik kekota untuk menghalau orang di seberang. Maka orang pun larilah sara-bara. Maka dicucuhnya sumbu itu maka setelah itu digertak kudanya kira-kira 10 minit meletuplah ubat bedil itu seperti petir, maka terbongkarlah batu bata itu sebesar besar rumah dan yang ada sebesar gajah berterbangan ke dalam laut.

Maka ada batu yang terbang sampai ke seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut orang semuanya sebab mendengar bunyi itu serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka belum pernah mendengar bunyi yang demikian dan sebab melihatkan bagaimana besar kuasa ubat bedil itu sampai boleh ia mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu," sila rujuk Hikayat Abdullah m.s 46 dan 47.

 
 CUBA LIHAT KOTA ISLAM PORTUGIS ASKAR UPAHAN MERONG MAHA WANGSA INI YANG MEMPUNYAI MENARA MASJID TAPI KONONNYA MENARA SANTIAGO TINGGAL KEPALA KOTA SAHAJA HASIL PENGKHIANATAN MUSUH-MUSUH ALLAH


Setelah pihak British berjaya mengebom Kota Islam Portugis barulah mereka menpunyai pengalaman untuk mengkhianati kota-kota yang lain pula. Selepas enam atau tujuh hari peristiwa pengeboman Kota Islam Portugis tentera Britian ini semakin ghairah untuk memusnah artifak-artifak sejarah negara seterusnya. Kali ini mereka berangkat pula ke Kota Kampung Keling.

Seperti biasa selepas mereka memukul canang untuk memberi arahan kepada orang ramai menjauhi kawasan kota itu, penjarahan kota ini pun berlaku seperti kerajaan Saudi Arabia pada masa sekarang memusnahkan kota-kota Turki Usmaniyyah di Mekah dan Madinah atas arahan dari boss orang-orang Saud dari London, England. Semenjak itu apabila ada iklan untuk memecah dan pembakaran kota-kota yang lain maka ketakutan akan menyelubungi mereka dan segala anak-anak isteri mereka akan dibawa sejauh yang boleh.

 "Maka di cucuh oranglah sumbu itu serta berlarilah orang semua. Maka sebentar itu juga meletuplah ubat bedil itu dengan bunyi yang besar. Maka datanglah batu itu berterbangan bergumpal-gumpal, seperti gajah besarnya...Maka orang-orang yang bersembunyi itu pun habislah di tindih batu dan di timbus pasir itu. Maka sebentar lagi riuhlah orang berteriak mengatakan ada empat lima orang sudah mati di timpa batu kota itu," sila rujuk Kitab Abdullah m.s. 48.

Maka apabila setiap kali tentera British disiapkan untuk menjahanam dan melupuskan mana-mana kota artifak negara di kawasan jajahannya maka tiap kali itulah rakyat jajahan British ini akan mengalami ketakutan. Di m.s. 49 di dalam Hikayat Abdullah menceritakan "Maka apabila hendak dibakarnya kota itu, maka larilah orang-orang semuanya habis kemana-mana meninggalkan rumah dan segala budak-budak dihalaukanlah jauh-jauh adanya.

Hatta maka oleh hal yang demikianlah Raja Farquhar itu memecahkan kota itu dengan mudahnya." Segala kerjabuat kerajaan Britain ini pula mendapat restu darinya bila beliau mengatakan " Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah. Itulah alamat dunia ini tiada kekal, yang ada di tidakkan dan yang tidak diadakan berubah-berubah adanya ", rujuk Hikayat Abdullah m.s. 47.

Pada tahun 1854m Munsyi Abdullah meninggal dunia di Jeddah ketika ia hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji ketika berumur 58 tahun. Ada kenyataan mengatakan beliau mati kerana penyakit Kolera. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau di racun oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang beliau keluar dari kawasan jajahan empayar Britain.

Pada ketika itu semenanjung tanah Arab berada dibawah pengaruh empayar Usmaniyyah manakala kawasan Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif pula dibawah seliaan Kerajaan Keluarga Syarif Hussein Ahlul-Bait. Kematian beliau merupakan suatu rahmat bagi orang-orang Islam, jika tidak mungkin beliau akan mencerca dan menghina orang-orang Arab pula didalam penulisannya kerana sesuai dengan pendapat bossnya yang membenci orang-orang Arab dan agama Islam. 

No comments:

Post a Comment