Asal Usul Kerajaan Islam Daerah PaTTani, LEGEH, KELANTAN dan TeRENGGANU

Lukisan lama milik Belanda menunjukkan perarakkan 
kerabat Kedah Merong Maha Wangsa 
dari Jammu Kashmir bersama askar 
Upahan Portugis yang berkhidmat dengan 
tentera Kedah Merong Maha Wangsa,
 manakala askar Islam Kedah Merong 
Maha Wangsa berjubah
Sejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh Ali pada tahun 1546M.

Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia). Dalam hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. DYMM Sultan Syburi Kaifa Tabim Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis @ Bugis telah meluaskan empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara Mynmar hingga ke selatan Mynmar. Nang Che Yam merupakan anak saudara Zahiruddin Bahadur Shah. Nang Che Yam telah dihantar ke wilayah baru untuk menjadi Ratu Pattani, beliau memerintah di sana dan bapa saudaranya telah menghantar anak saudaranya seorang putera Raja Jammu Kashmir India, yang bernama Raja Ismail untuk dikahwinkan dengan Nang Che Yam. Wilayah Pattani telah menjadi maju selepas adanya pemerintah di sini.
Jammu Pattani perkataan bahasa Melayu Siam bermaksud seperti berikut, Jammu maknanya beg tangan dan Pattani bermakna kain corak ini. Perkara tersebut berhubung dengan perkahwinan Ratu Nang Che Yam dengan putera Raja Jammu Kashmir India yang bernama Raja Ismail Jammu Pattani @ Thunag Pa dan bahasa Melayu Siamnya bermaksud Raja Ismail bawa kain dengan tunda kapal kain yang berat.

Raja Kedah Syburi DYMM Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) ini telah melantik menantunya Raja Ismail menjadi Raja Pattani. Maka Raja Ismail dan Isterinya Nang Che Yam telah membina kota di Chabang Tiga negeri Pattani.


DYMM Sultan Sheikh Ali dan puterinya Ratu Hijau Nang Che Yam pernah melawat adindanya Raja Siam Ayuthia ke-15 yang bernama Raja Yaakub Jalil Syah Raja Langkasuka Kedah di Pulau Langkawi. Kesan sejarah peristiwa tersebut digelar Teluk Ewa, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Malaysia.

Sultan Sheikh Ali digelar Ewa kerana baginda Sultan ialah Putera Sulong Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (Rama Tibodi II) tahun 1491M.

Semasa peristiwa kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Akhirul Zaman yang bergelar Sri Sutammaraja pada tahun 1668 di Istana Syah Alam Selangor dan di makamkan di Kota Beruas, pihak musuh tentera Belanda telah menyerang masuk Istana Syah Alam dan Istana Jugra milik DYMM Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Selangor.
Di bawah ini ialah salasilah Ratu Hijau (Nang Che Yam)

Nang Kemuning permaisuri kerajaan Kedah kepada Almarhum Sultan Mahmud Akhirul Zaman terpaksa berundur ke Bukit Kemuning, Mukim Perang Besar @ Putrajaya, Malaysia pada tahun 1668M. Selepas peristiwa itu beliau terpaksa kembali ke negeri Pattani bersama puteri-puterinya. Permaisuri Kedah berkenaan terpaksa meninggalkan Istana Chabang Tiga, Jammu Pattani oleh kerana kekandanya Raja Madzafar Syah bersemayam di istana tersebut, jadi beliau terpaksa pula membina istana baru di daerah Kota Bharu Kelantan, beliau bersemayam dan memerintah dari situ dan digelar sebagai Ratu Jembal yang bermaksud Raja berpisah dari kampungnya.

Makam Nang Kemuning seorang Permaisuri Kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang mana suaminya bernama Sultan Mahmud Akhirul Zaman berada di kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Istana Jugra, Selangor yang dibina 
oleh DYMM Sultan Muhyidin Mansor Syah
Kerajaan Pattani telah diambil alih oleh Ratu Biru setelah kemangkatan Ratu Hijau. Ratu Biru merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Di dalam hikayat Pattani, Ratu Biru dikatakan telah membuat meriam-meriam yang besar daripada tembaga kuning, kerana baginya meriam-meriam yang dijual oleh orang Eropah tidak sesuai dengan keadaan tempatnya. Dalam masa pemerintahannya rakyat jelata tidak dibenarkan memiliki tembaga dan seluruh rakyat jelata yang ada menyimpan tembaga kuning hendaklah dibawa kepada baginda.

Serta ditegah sekelian mengirim atau menjual tembaga kuning selama 3 bulan. Barang siapa melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh. Setelah beberapa lama maka terkumpul banyaklah tembaga kuning dan dibuat meriam besar yang menjadi sejarah dalam kerajaan Islam Pattani.
Dalam hikayat Pattani juga menceritakan setelah beberapa bulan, Ratu Biru telah berjaya membuat 3 pucuk meriam yang terlalu besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali pancangnya 3 depa 1 hasta sejengkal 2 jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya 5 hasta sejengkal 9 jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk meriam yang besar digelar oleh Ratu Biru sebagai meriam Seri Negara dan meriam Seri Pattani dan yang kecil pula digelar meriam Mahalela. Ketiga-tiga pucuk meriam raksaksa itu diletak diatas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama dalam kerajaan Pattani pada masa itu.

Setelah kemangkatan Ratu Biru, beliau digantikan oleh Ratu Ungu. Ratu Ungu juga merupakan adinda kepada Ratu Hijau. Selepas kemangkatan Ratu Ungu, beliau digantikan oleh Ratu Kuning. Ratu Kuning dikatakan seorang pemerintah yang gemar bercucuk tanam dan berniaga. Seorang pengembara Inggeris bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Pattani pada masa itu dan beliau berkata, "Negeri Pattani pada masa itu mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan".



Ratu Kuning tidak mempunyai ramai zuriat lelaki 
maka DYMM Sultan Kedah Syarif Abu Bakar 
yang berpusat di Nambang atau Air Teluk di Ligor
 telah mengambil alih semua wilayah pantai timur 
dan menyerahkan kepada keturunan
 Raja Nik Muhammadiah mentadbir Pattani 
dengan nama Negeri Legeh pada tahun 1778M 
di bawah pemerintahan Long Putra anak saudara
 DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Syah

Selepas kemangkatan Ratu Kuning dikatakan beliau tidak mempunyai waris yang layak maka dengan itu negeri Pattani telah diambil semula oleh kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Setelah kemangkatan baginda maka habislah raja daerah Pattani yang berketurunan dari Merong Maha Wangsa iaitu raja awal yang membuka negeri Pattani. Maka Raja Bakar ( DYMM Sultan Syarif Abu Bakar Syah ) telah mengambil semula kerajaan Pattani dan diserahkan pemerintahan Pattani kepada keturunan Nik iaitu Raja Long Putra yang mana digelar sebagai Datuk Seri Raja Putra, Raja Legeh pada tahun 1199H bersamaan dengan tahun 1778M, rujuk ms 43 Undang Undang Kedah.

Maka lenyaplah kerajaan Pattani yang digantikan dengan negeri baru yang bernama LEGEH yang mana diperintah oleh Raja-raja Jembal yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.


Kerajaan Islam LEGEH, PATTANI BARU, KELANTAN, TERENGGANU dan JOHOR-RIAU.


Kerajaan Islam Legeh dibuka oleh Tuanku Long Putra anak kepada Nang Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Serisultan Muhammad Jiwaz bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka ini. Beliau merupakan anak saudara kepada DYMM Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.

Ratu Kemuning telah menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai. Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup sejarahnya oleh musuh-musuh dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.

Kemunculan Kelantan dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan negeri Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821 yang mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama permaisurinya Dato' Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani. 
Dato' Nai Mariam digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir DYMM Sultan Jaafar Muadzam Shah. Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @ Raja Iskandar Syah. 
Baginda Permaisuri Legeh inilah yang memelihara Nai Badlishah ketika beliau dihalau dari istana Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral Manjalara.
 Queen Elizebeth II bersama suaminya

Anak angkat Permaisuri Negara Islam Legeh Dato' Nai Riam dan suaminya Raja Daerah Legeh Tuanku Nik Muhammadiah @ Tak Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga berangan-angan menjadi raja negeri baru Kelantan Darul Naim. Semasa pemerintahan Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini diketahui oleh bos mereka ( Thai dan British ) maka lanun Kampung Laut telah diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok. Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja Siam-Thai lalu pihaknya telah menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.
Kebetulan pula ketika itu kerajaan Kedah Tua yang telah kalah teruk pada musuh-musuh Allah telah dibahagi dua. Seperti peristiwa Germany telah dibahagi kepada dua wilayah, begitulah juga Kedah, kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus kewujudan kerajaan Ahlul-Bait Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani Baru. Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya adalah wilayah Syburi kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar orang sebagai Sultan Muhammad dan disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran didalam negeri baru itu terletak dibawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.
Di sebelah wilayah bawah pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad juga setelah keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja Buddha Sukuthai Siam-Thai. Maka Long Senik Mulut Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai Kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan Darul Naim dan beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti Sultan-Sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah palsu untuk menunjukkan kepada dunia yang sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah-darah raja keturunan beliau, bagi membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja kononnya berdaulat dahulukala.

Begitu jugalah dengan negeri dibawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran dan penghapusan kerajaan Melayu Legeh yang berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah menamakan negerinya sebagai Terengganu sempena nama sungai yang mengalir di tengah-tengah daerah negeri ini dan mewujudkan salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga berketurunan raja-raja bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran Sultan yang memerintah. Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman. Padahal Terengganu dan Kelantan sebenarnya ialah berasal dari kerajaan Melayu Pattani. Manakala di daerah Syburi pula di wujudkan negeri Pattani Darus Salam yang asalnya ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu peperangan diantara juak-juak lanun Long Senik Mulut Merah dan juak-juak lanun Tengku Besar lanun Kampung Laut. Sebagai menghargai kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja kafir Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.

Fenomena yang berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja Daerah Johor-Riau yang terakhir yaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, setelah kemangkatan beliau, Temenggung Hussin telah mengambil alih kerajaan Johor itupun selepas menghapuskan Raja-Raja Daerah Johor yang berpusat di Muar.

Beliau yang berpusat di Tanjung Puteri atau bandar Johor Bahru bagi nama barunya telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan kafir British yang telah membantunya menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat pengiktirafan terus dari kerajaan Ahlul-Bait Kedah Tua Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan beliau, anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim.  
Selepas Gabenor Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan-Sultan Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar Hilir Melaka dan Singapura. Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti jejak langkah Terengganu dan Kelantan.

 Arca Rukun Negara di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Star 
yang mengandungi simbol topi kerajaan kafir British Empire

 Sesungguhnya kewujudan negeri-negeri baru ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W. sejak tahun 700 masihi lagi. Begitu juga dengan simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. 

Dalam kita tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang mengandungi topi raja-raja kafir British Empire. Arca ini digelar sebagai kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.

 Jika lambang Union Jack diletakkan di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca, bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan. 



Masih belum terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople secara mudah. Beliau Raja Turki Monggol Usmaniyyah Raja Muhammad Khan al-Fatih Atau Muhammad al-Fatih telah menghancurkan kerajaan empayar kafir Rom ini pada usia 21 tahun. 

Mafhum hadis Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya "Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera". 

Raja Daerah Turki ini dan merangkap Penjaga Ribat umat Islam di Barat iaitu Raja Muhammad al-Fatih ( 1432-1446 ) telah menggunakan lambang bulan dan bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba'al, freemason dan sebagainya. Kita mesti faham yang Raja Muhammad al-Fatih adalah Raja Yang Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W.

No comments:

Post a Comment