Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya, titah Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV di Istana Negara pada 11 April 2012.
“Bangsa Melayu yang menerajui kuasa Pemerintahan di Malaysia, berkongsi kuasa dengan Kaum China,India dan lain-lain telah berjaya buktikan kemajuan, keamanan dan kemakmuran pada semua rakyat"
Bangsa Melayu Bakal Menempa Sejarah Besar Dunia
Syukur pada Allah Yang Maha Pemurah, Negara Malaysia ini berjaya melalui
pelbagai rintangan dari anasir-anasir luar.
Kekuatan Bangsa Melayu ialah Islam. Erti Kasih Sayang ialah, anak taat
pada ibubapa, isteri taat pada suami dan rakyat taat pada Pemerintah.
Jasamu di kenang. Perdana Menteri Malaysia kini yang menjadi pilihan
Allah hasil dari Taatnya pada Ibubapa yang lahir dari hati dan tidak
melanggar arahan Allah berhubung dengan Taat pada pemerintah sebelum
menjadi PM, akhirnya Petunjuk Allah pada PM terserlah dengan sumpah dan
ikrarnya bersama dengan bangsa Melayu...
”KEBENARAN ITU ADALAH PETUNJUK DARI ALLAH"
Limpahan Rahmat Kasih Sayang dari Allah untuk Malaysia tercinta ini Dalam Jadual Allah dan kita dapat saksikan kesungguhan pemerintah Malaysia yang di kuasai Bangsa Melayu, Ramai umat melayu mahukan Islam dan pelbagai bangsa mahukan keharmonian dan kemakmuran, maka kita sebagai Bangsa Melayu dan Islam marilah kita jadikan hujan,ribut dan petir yang melanda kini, PASTI timbulnya pelangi yang indah. Maka fahamlah kita kini, Allah Maha Bijaksana dalam jadualNya untuk Malaysia, dimana angka 13 itu satu petunjuk yang jelas dan nyata untuk mula kita fikir dan memahami. Angka 13 merujuk 13 tahun perjuangan Rasulullah untuk 1 perkara iaitu TAUHID.
Setelah merdeka, perubahan telah dibuat pada Jata Malaysia, kini Jata Malaysia jelas menunjukkan gambaran terkini berhubung negara Malaysia, pemerintah dan rakyat。Jata Negara Malaysia Dalam Jadual Allah。
Jadual Allah adalah satu dasar
yang dijadikan pedoman dan panduan dalam perjuangan kebenaran yang
dijanjikan buat kali kedua. Ianya merupakan satu kebangkitan
kesedaran untuk mendaulatkan dan merealisasikan Islam di atas muka bumi
ini setelah jatuh selama 700 tahun. Kali
ini Islam akan bangkit sekali lagi dan ianya takkan kalah lagi.
Kalau kita berjuang di waktu Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan di
dunia tetap Allah nilai dengan ganjaran pahala, dan jika mati
ketika membela Allah dan RSAW, dikira mati dalam kebaikkan.
Betapalah kita ditakdirkan berada di kurun yang dijanjikan, Islam
sekali lagi akan diberikan kemenangan sebagaimana di zaman
Rasulullah SAW dan salafussoleh. Tempoh masa zaman kegemilangan Islam
tersebut berlaku selama 700 tahun. Prinsip ketaatan menjadi pegangan
penting bagi umat ketika itu.
Maka kesetiaan atau ketaatan adalah prinsip paling penting
daripada setiap peribadi yang berada dalam sebuah jemaah untuk
merealisasikan tujuan tersebut.
Ketaatan dalam Islam adalah sangat penting, sebagaimana yang
Allah perintah di dalam Quran :
أطيع الله والرسول وأولى الامرمنكم
“Hendaklah kamu taat kepada. Allah,Rasul SAW dan pemimpin (orang yang diberi tanggungjawab) dikalangan kamu.”
An-Nisa:
59
Dalam Islam; selepas persoalan Iman atau keyakinan ialah ukhwah
Islamiah, kesefahaman dan keselarasan.
Jasamu Di Kenang: KETAATAN
Dalam tempoh empat tahun sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membawa banyak perubahan kepada rakyat walaupun terpaksa berdepan dengan keadaan sukar,tempoh yang singkat untuk membentuk sebuah kerajaan dan negara yang benar-benar mantap, tetapi Alhamdulillah DS Najib telah berjaya melakukannya dengan penuh konsisten.
Sebagai pemimpin dia juga adalah rakyat. Bagaimana mahu lahir pemimpin yang baik jika ketika menjadi rakyat dia seorang yang tidak baik. Kita nak orang patuh dan taat pada kita, sedangkan kita pun tidak patuh dan taat pada pemimpin kita.Sejarah lalu telah membuktikan bagaimana DS Najib telah tunjukkan contoh dan tauladan bagaimana peri pentingnya patuh dan taat pada pemimpin.
Hariini DS Najib sedang berhadapan dengan cabaran dan ujian yang amat getir dari pelbagai sudut samaada dalam dan luar negeri。 PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013 ini, amat penting untuk rakyat semua。
PASUKAN TRANSFORMASI
Isu-isu berhubung dengan KETAATAN ini, Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana telah memberi didikan pada rakyat Malaysia berhubung kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Firman Allah maksudnya:
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
(Surah Ar-Raad :12-15)
Betapa kita sebelum ini, melalui dan menempuh masa selepas kemerdekaan, sistem politik peninggalan penjajah sebagai satu Senjata yang amat berbisa "Penjajahan Minda". Akibatnya, ramai di kalangan kita yang tanpa disedari hari ini, menjadi manusia sangat mementingkan diri. Sanggup menjual atas nama Islam untuk mencapai kepentingan diri. Sangat bermain dengan politik nafsu, bahkan pijak kepala orang lain untuk mencapai matlamat yang dipendamkan. Menzahirkan penampilan baik tetapi sangat bawa kepada diri. Penyakit hasad dengki, iri hati, sangat tertonjol, tetapi untuk menutupinya dengan menjual nama Islam.
"Lebih mudah melihat kesalahan kelemahan orang lain sedangkan diri bergelumang dengan najis maknawi."
Demi merebutkan kedudukan dan suasana yang selesa untuk mencapai
kemahuan nafsu, mereka sanggup berkorban waktu, tenaga, dan bersusah
payah untuk mendapatkan kedudukan yang boleh mencapai kepentingan diri.
Kadang-kadang menggunakan berbagai-bagai cara yang menyinggung dan
menyakitkan hati orang lain untuk mencapai tujuannya.
Berbalik pada isu KETAATAN dan Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Rakyat Malaysia menyaksikan betapa Anggota Keselamatan, Polis dan Askar sanggup berkorban untuk negara dan ada yang telah terkorban nyawa untuk pertahankan negara tercinta。
Realitinya pada hari ini, jelas sekali majoriti rakyat Malaysia hari ini inginkan Islam dan kemakmuran。 Rakyat Malaysia hari ini sudah bijak dan matang untuk menilai sejauh mana usaha yang sungguh-sungguh pihak pemerintah yang di terajui oleh DS Najib dalam tempoh 4 tahun sebagai Perdana Malaysia.Renungkanlah。。。“Dalam tempoh 4 tahun DS Najib bersama pemimpin-pemimpin dalam kerajaan bekerja untuk negara dan rakyat, sedangkan ada segelintir rakyat yang mengetuai untuk mengajak rakyat derhaka,benci dan tidak taat pada pemerintah。 Apakah wajar kita sebagai bangsa Melayu dan Islam memandang ringan tentang perkara ini?
Kekuatan Bangsa Melayu ialah kerana Islam.
KEBENARAN ITU ADALAH PETUNJUK DARI ALLAH.
TIBA MASA DAN KETIKANYA, SEBAGAI RAKYAT YANG BAIK DAN PUNYAI IMPIAN BESAR UNTUK MENJADI PERKASA DAN DINAMIK.MARILAH KITA BERSATU HATI PADA KALI INI MENCIPTA SEJARAH DUNIA...BUAT SATU PILIHAN BERSAMA DAN SATU HATI.
Petunjuk Allah pada PM DS Najib terserlah dengan sumpah dan
ikrarnya bersama dengan bangsa Melayu...ISLAM.
Kekuatan dan kemajuan BARAT sudah hancur berkecai...Bersama kita dalam Era Kebangkitan Islam Kali ke 2 ...Mencari Jalan Pulang.
TIDAK UNTUK YAHUDI DAN USA.
KASIH SAYANG ADALAH KUNCI PERPADUAN SEJAGAT
GAGASAN 1 MALAYSIA.
CHINA ... USA
IKUTI KISAH MENARIK BAGAIMANA USAHA KOMUNITI KASIH SAYANG 1 MALAYSIA MELAKAR SEJARAH BESAR DALAM MEMERTABATKAN MALAYSIA KE PENTAS DUNIA. KALAU DULUNYA, KAPAL NAIRAJAPAHIT MERENTAS LAUTAN DENGAN TEKNOLOGI MEREDAH BADAI, KINI DALAM LEDAKAN TERHEBAT REVOLUSI IT , MEREDAH BADAI INTERNET INI UNTUK BERSAMA DALAM ERA KEBANGKITAN INI.
KISAH BENAR PADA 16.4.2013 BAGAIMANA RAKYAT BRITISH YANG TINGGAL DI LONDON TELAH MEMBERI PUJIAN PADA RAKYAT MALAYSIA...GENIUS
No comments:
Post a Comment