Rakyat Malaysia Genius...Pujian Dari Warga British

Kesungguhan rakyat Malaysia berbilang kaum bersatu bersama membina Negara Malaysia yang kita saksikan dan nikmati pada hari ini bukannya mudah setelah begitu lama dijajah dan mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

Sajak Perjuangan Belum Selesai yang disampaikan oleh Tun Mahathir cukup jelas sekali bagaimana apa yang dikecapi pada hari ini hasil dari pengorbanan semua pihak pelbagai kaum di Malaysia。  Keamanan dan kemakmuran hari ini yang kita kecapi pada hari wajar sekali menjadikan kita insan yang bersyukur。



 "Perjuangan Belum Selesai"

Sesungguhnya tidak ada yang
lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak
mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?
sehingga bangsa ku
berasa kecil dan rendah diri.
Apakah angkara penjajah
lalu bangsaku mulai melupakan
kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad 
( Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
.。。。


Revolusi Ekonomi Abad 21

Ledakan terhebat pada abad 21 dalam era Internet telah banyak memberi kesan dalam urusan kehidupan manusia。Dunia di hujung jari dan umpama sebuah kampung。

Jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin dulu dan kini amat besar sekali。
 Creating Geniuses: In Malaysia?
by Clive Kessler
December 12, 2011
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has recognised that a country’s intellectual capital is its primary asset. Its “brainpower”, he understands, is the major determinant of its international standing, of its prospects of achieving success and prosperity (Melissa Chi, “PM says intellectual capital determines success of a country”, The Malaysian Insider, December 10, 2011).  More。。。

Industri Perniagaan berdasarkan rangkaian berkembang pesat dan melangkaui sempadan negara。  Kini Malaysia menjadi pusat untuk pelbagai syarikat di dunia untuk mengembangkan jaringan rangkaian ke seluruh dunia memilih Malaysia sebagai permulaan untuk ke peringkat global。

Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia menjadi faktor penting。 Bangsa Melayu yang beragama Islam, mempunyai adab sopan, budipekerti yang baik, bertolak ansur dan mengetuai dalam politik. Bangsa China yang punyai pelbagai kelebihan terutamanya dalam bidang perniagaan secara tak langsung berlaku perkongsian ilmu.

Program Transformasi yang telah di laksanakan oleh pemerintah telah memberi banyak manafaat pada rakyat.

Gagasan 1 Malaysia yang di lancarkan juga memberi kesan yang besar pada perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

Pohon Kasih Sayang

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (Surah Ibrahim: 24,25)
 Kekuatan yang ada pada setiap kaum di Malaysia kini telah di satukan dan berasaskan ikatan akal dan jiwa.  
Komuniti Kasih Sayang 1 Malaysia ini di tubuhkan secara online.Fasa permulaan untuk mantapkan jaringan secara online dan juga offline dan akan di kembangkan keseluruh dunia.  Dalam usaha ini, serentak dengan itu pada peringkat permulaan satu syarikat dari Malaysia yang di milikki bersama oleh pengarah syarikat dari pelbagai kaum. Syarikat yang di pilih ialah AMG International. 

Satu konsep baru dalam dunia perniagaan rangkaian global telah diperkenalkan. Ilmu Hikmah Bijaksana yang telah Allah anugerahkan pada rakyat Malaysia dalam syarikat ini bakal menjadi satu ledakan terhebat di seluruh dunia.Terbukti sudah kini, dalam masa singkat sahaja telah berjaya melebarkan sayapnya ke luar negara.  Pada 16 April 2013, mula di sertai oleh rakyat British.

Keyakinan dan kepercayaan mereka terbukti apabila pada peringkat awal telah mengeluarkan modal 20% iaitu 20,000 pound dan baki 80% iaitu 80,000 pound telah di beri kemudahan pinjaman oleh pihak syarikat AMG International.

Konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh AMG International adalah pertama di dunia.
Ini di akui sendiri oleh rakyat British yang telah menyertainya dan secara jujur dan ikhlas memberi pujian pada rakyat Malaysia yang cipta konsep dalam AMG International.Satu konsep yang bijak dari
cetusan pemikiran rakyat Malaysia。 Rakyat Malaysia “GENIUS".

Antara konsep yang baik ialah ”konsep memberi pinjaman tanpa syarat dan tiada dikenakan faedah (riba).

Sistem online dan serba canggih yang diperkenalkan selari dengan trend pada hari ini.




Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak
  mengenal erti takut dan kematian

No comments:

Post a Comment