Sistem ekonomi menurut kehendak Tuhan ini bukan mudah untuk dicapai. Tidak semua orang boleh dan mampu menegakkannya.Pendokong-pendokongnya mestilah orang-orangyang mempunyai peribadi yang agung iaitu orang-orang yang kenal, cinta dan takut dengan Tuhan.
Mereka mestilah orang-orang yang bertaqwa,khusyuk dan mempunyai jiwa tauhid yang sangat mendalam. Kalau tidak, mereka tidak akan mempunyai kekuatan dan Allah tidak akan membantu mereka.
Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung ini. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat merekayang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka. Mereka itu agung kerana mereka:
1. Bangsa yang berjiwa besar.
2. Berwibawa.
3. Bertamadun.
4. Disegani.
5. Dihormati.
6. Maju.
Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung ini. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat merekayang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka. Mereka itu agung kerana mereka:
1. Bangsa yang berjiwa besar.
2. Berwibawa.
3. Bertamadun.
4. Disegani.
5. Dihormati.
6. Maju.
7. Mengatur.
8. Banyak memberi khidmat kepada bangsa lain.
Bangsa-bangsa yang lemah dan mundur mempunyai ciriciri dan sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka itu tidak boleh maju dan ketinggalan dari bangsa-bangsa lain. Di antara ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:
1. Pemalas.
2. Berjiwa kecil.
3. Penakut.
4. Suka meminta-minta (bantuan dan subsidi).
5. Lemah jiwa. Mudah putus asa dan kecewa.
6. Tidak ada keyakinan diri.
7. Tidak ada cita-cita untuk bangsanya. Mereka hanya ada cita-cita peribadi, untuk hidup senang dan untuk makan sendiri sama ada pemimpin dan orang besarnya ataupun rakyatnya.
Bangsa-bangsa yang kuat dan agung pula mempunyai ciriciri dan sifat-sifat yang jauh berbeza. Mereka sebaliknya mempunyai berbagai-bagai sifat positif yang dapat memberi kekuatan kepada mereka. Sifat-sifat itu termasuklah:
1. Rajin.
2. Berjiwa besar.
3. Berani.
4. Tidak suka meminta-minta dan sangat berdikari.
5. Kuat jiwa. Tidak mudah putus asa atau kecewa.
6. Yakin diri.
7. Ada cita-cita untuk bangsanya, sama ada cita-cita itu pada pemimpin, pada orang besarnya atau pada rakyatnya.
Di samping sifat-sifat di atas, ada lagi sifat-sifat positif yang sangat meneguhkan dan menguatkan peribadi mereka. Ini termasuklah sifat-sifat:
1. Berdisiplin
Bangsa-bangsa yang lemah dan mundur mempunyai ciriciri dan sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka itu tidak boleh maju dan ketinggalan dari bangsa-bangsa lain. Di antara ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:
1. Pemalas.
2. Berjiwa kecil.
3. Penakut.
4. Suka meminta-minta (bantuan dan subsidi).
5. Lemah jiwa. Mudah putus asa dan kecewa.
6. Tidak ada keyakinan diri.
7. Tidak ada cita-cita untuk bangsanya. Mereka hanya ada cita-cita peribadi, untuk hidup senang dan untuk makan sendiri sama ada pemimpin dan orang besarnya ataupun rakyatnya.
Bangsa-bangsa yang kuat dan agung pula mempunyai ciriciri dan sifat-sifat yang jauh berbeza. Mereka sebaliknya mempunyai berbagai-bagai sifat positif yang dapat memberi kekuatan kepada mereka. Sifat-sifat itu termasuklah:
1. Rajin.
2. Berjiwa besar.
3. Berani.
4. Tidak suka meminta-minta dan sangat berdikari.
5. Kuat jiwa. Tidak mudah putus asa atau kecewa.
6. Yakin diri.
7. Ada cita-cita untuk bangsanya, sama ada cita-cita itu pada pemimpin, pada orang besarnya atau pada rakyatnya.
Di samping sifat-sifat di atas, ada lagi sifat-sifat positif yang sangat meneguhkan dan menguatkan peribadi mereka. Ini termasuklah sifat-sifat:
1. Berdisiplin
2. Sabar
Agungnya peribadi itu pula dapat dilihat pada:
1. Akhlaknya.
2. Imannya.
3. Keyakinannya.
4. Disiplin hidupnya.
5. Kebersihan hatinya.
6. Jauhnya mereka daripada melakukan maksiat dan dosa.
7. Kemas syariatnya.
Bukan mudah untuk mengubah bangsa yang lemah dan mundur supaya menjadi bangsa yang kuat dan agung. Segala ciri dan sifat-sifat mereka itu perlu diubah. Sifat pemalas mesti diubah menjadi rajin. Jiwa yang kecil mesti diubah menjadi jiwa yang besar. Sifat suka meminta-minta dan sentiasa mengharapkan bantuan dan subsidi, mesti dikikis dan dibuang.
Mesti ditanam sifat berdikari. Jiwa yang lemah mesti dikuatkan. Tidak boleh ada kecewa dan putus asa. Sifat penakut mesti ditukar kepada sifat berani. Mereka mesti kuat keyakinan. Cita-cita bangsa perlu ditanam di dalam hati sanubari setiap anak bangsa. Sifat suka mementingkan diri dan bekerja hanya untuk kesenangan diri sendiri mesti dihapuskan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT:
PENDIDIKAN ITU MELALUI IBADAH
Untuk mendapatkan sifat-sifat yang agung ini bukanlah sesuatu yang senang. Perlu ada pemimpin yang mendidik ke arah itu.
Kalau tidak ada pemimpin yang mendidik, ia mustahil boleh berlaku. Pemimpin itu pula tidak boleh sebarang atau calang-calang pemimpin. Pemimpin yang hendak menjadikan bangsanya kuat dan agung mestilah mempunyai segala ciri-ciri dan sifatsifat yang agung itu pada dirinya terlebih dahulu. Kalau tidak, bagaimana dia hendak mendidik bangsanya supaya mempunyai ketujuh-tujuh ciri dan sifat yang agung tadi. Dia mesti mempunyai mandat dari Tuhan. Dia juga mesti mampu mendidik hati-hati manusia sepertimana para nabi dan rasul mendidik. Dia mesti faham perjalanan hati dan roh manusia. Dia mestilah orang yang sangat bertaqwa dan mempunyai wibawa yang tinggi. Manusia mudah memberi hati, mencintai dan taat kepadanya.
Pendidikan bangsa mestilah melalui ibadah. Itulah sebabnya Tuhan perintahkan kita supaya beribadah sama ada ibadah pokok mahupun ibadah sampingan atau sunat. Kalau ibadah yang Tuhan perintahkan itu kita buat bersungguhsungguh maka dari situ akan lahirlah kekuatan sesuatu bangsa. Ibadah pokok atau ibadah asas ialah solat atau sembahyang lima waktu. Ibadah-ibadah lain adalah sampingan atau sunat. Ibadah pokok atau ibadah asas mesti ada. Ia menjadi syarat. Namun, kalau ibadah pokok atau asas ini tidak cukup untuk memberi kekuatan, ia boleh ditampung dan dicukupkan oleh ibadah-ibadah sampingan yang lain.
Kekuatan yang timbul atau yang boleh diperolehi dari setiap ibadah itu pula tertakluk dan berkait rapat dengan tiga perkara iaitu:
1. Ilmunya
2. Faham
3. Dihayati
Setiap ibadah yang dibuat mesti mempunyai ketiga-tiga perkara ini. Ilmunya sudah tentu penting kerana tanpa ilmu kita tidak tahu cara yang sebenar untuk beribadah dan ibadah kita pasti akan tertolak. Tuhan tidak terima ibadah yang dibuat tanpa ilmu. Faham lebih lagi penting. Faham itulah hikmahnya. Faham itu ialah ilmu dalam ilmu. Sebab itulah ada Hadis yang bermaksud:
“Barangsiapa yang hendak dijadikan baik, maka dia diberi faham tentang agama.”
Dalam doa kita pun selalu kita minta kepada Tuhan begini:
“Ya Allah, bagikanlah aku ilmu dan rezekikanlah aku kefahaman.”
Kemuncak daripada ilmu dan faham itulah penghayatan. Penghayatan itu ialah apabila ilmu dan faham itu betul-betul menjadi roh kita, otak kita, hati kita dan sikap kita. Apabila sesuatu ibadah itu ada ilmunya, faham dan dihayati maka akan jadilah ibadah itu satu sumber kekuatan.
KENAPA SELAMA INI IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA
Pertama, kerana selama ini kita diberi ilmu tentang ibadah, sama ada ibadah asas mahupun ibadah sunat, yang hanya bersangkut-paut dengan hukum-hakam iaitu tentang syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya. Oleh itu dalam beribadah, itulah yang kita jaga iaitu syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya dan tidak lebih dari itu.
Dalam solat, itulah empat perkara yang ditekankan. Begitu juga dalam ibadah puasa dan haji. Ilmu lain termasuk falsafahnya tidak diajar. Kefahaman tidak diajar. Penghayatannya tidak diajar. Kalau begitu keadaannya bagaimanalah ibadah itu dapat dihayati. Kalau ibadah penting seperti solat yang menjadi tiang agama dan ibu segala ibadah pun hanya diajar syarat, rukun, sah dan batalnya sahaja, tetapi ilmu falsafah, kefahaman dan penghayatannya tidak diajar, maka rugi sungguhlah kita.
Fenomena ini sudah berlaku selama tujuh ratus tahun semenjak jatuhnya empayar Islam. Ilmu ibadah yang kita belajar selama ini sangat terbatas. Ilmu ibadah yang diajar tidak langsung menyentuh tentang roh ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah dan banyak bersolat pun, solat mereka tidak memberi apa-apa kesan pada diri dan hati mereka. Akhlak mereka tidak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah menjadi lebih beku, tidak aktif, tidak produktif dan sangat pasif.
Ibadah tanpa penghayatan dan penjiwaan ini tidak memberi apa-apa kekuatan. Ibadah seperti ini tidak dapat melahirkan bangsa yang kuat dan yang mempunyai peribadi yang agung. Dalam perintah Tuhan supaya kita beribadah itu terkandung ubat bagaimana kita boleh melahirkan bangsa yang gagah dan agung yang dapat menguasai dunia. Tetapi disebabkan ibadah kita itu hanya ibadah lahir, tidak ada jiwa, tidak ada roh dan tidak dihayati, kita bersolat atau tidak bersolat, kita ibadah atau tidak ibadah, sama sahaja kesannya kepada kita.
Kedua, kerana solat atau sembahyang itu di antara tujuannya ialah untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan. Bukan untuk mengajar manusia tetapi untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia. Kerana manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan di luar sembahyang. Hanya manusia atau insan itu sifatnya adalah pelupa. Walaupun manusia itu ada ilmu dan faham tentang Tuhan di luar sembahyang tetapi mereka tetap akan lupa. Itulah sifat manusia. Istilah insan itu sendiri adalah dari istilah ins dalam bahasa Arab yang maksudnya pelupa.
Solat atau sembahyang akan hanya memberi kesan pada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Hanya dalam sembahyang, dia diingat-ingatkan dan disedarkan lagi. Lima kali sehari semalam, Allah ingat-ingatkan dia tentang Tuhan untuk menampung sifat pelupanya itu. Supaya dia jangan terus lupa. Itulah rahmat dan kasih sayang Tuhan.
Sembahyang hanya boleh menyedarkan orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Tetapi kebanyakan umat Islam; di luar sembahyang pun dan dalam kehidupan seharian, tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan. Kalau di luar sembahyang sudah jahil, tidak ada ilmu dan tidak faham, bagaimana untuk mengingat Tuhan dalam sembahyang. Bagaimana dapat kita mengingat perkara yang kita tidak pernah tahu dan tidak pernah faham. Ini perkara mustahil. Orang yang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan sangat susah hendak disedarkan. Orang macam ini, sembahyang tidak ada makna baginya. Terpekik terlolong dalam sembahyang pun tidak jadi apa-apa. Dia tidak ubah seperti orang gila.
Inilah juga sebab kenapa ibadah terutama solat atau sembahyang tidak mendidik kita. Umat Islam rata-rata tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan dan sifat-sifat Tuhan. Sembahyang tidak membawa mereka kepada Tuhan jauh sekali mengingatkan mereka tentang Tuhan. Mereka tidak kenal Tuhan yang mereka sembah.
BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN
Solat atau sembahyang itu Tuhan yang menetapkan rukun- rukunnya. Ia bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembah- yang itu hebat. Kita akan dapat rasa bahawa Tuhan itu hebat.
Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan macam mana wujudnya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kuasa-Nya. Terasa kita kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya.
Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar- benar dijiwai dan dihayati.
Berikut adalah beberapa contoh bagaimana solat dapat membina sifat-sifat yang positif:
1. Rajin
Sifat yang berlawanan dengan rajin ialah pemalas. Pemalas sangat dibenci Tuhan. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita kena rajin. Sifat rajin tidak boleh dilakon-lakon atau dibuat- buat. Mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah.
Dalam sembahyang kita memuja dan memuji Tuhan. Kita kata Tuhan Maha Besar. Kita akui Tuhan Maha Suci. Kita akui Tuhan pentadbir dunia dan Akhirat. Hati kita rasa bertuhan, rasa Tuhan itu besar. Kita rasa Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita. Kita juga membuat janji dan ikrar bahawa semua solat, ibadah, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan. Solat dan ibadah dipisahkan walhal solat pun ibadah juga. Itulah tandanya solat itu ibadah yang penting, utama dan pertama dari ibadah-ibadah yang lain sama ada yang wajib atau yang sunat.
Kita bertungkus-lumus membuat semua ibadah. Hidup dan mati itu pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan. Boleh jadi ianya perkara ibadah, boleh jadi tidak. Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadah ataupun tidak. Kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita jadikan ibadah. Jadi mana boleh rehat-rehat. Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Inilah dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. Segala macam perkara yang jadi ibadah kita buat.
Perkara yang harus pun kita jadikan ibadah. Maknanya solat itu membunuh kemalasan. Kalau sesuatu kelompok itu ibadahnya banyak, baca Quran banyak, wirid dan zikir banyak, kita kata mereka hebat. Itu sebenarnya satu salah tafsir. Kita sangka mereka baik sebab mereka tidak tegur orang dan hanya beriktikaf sahaja.
Tapi mereka tidak rajin dan tidak berkhidmat kepada masyarakat. Di sini konsep ibadah itu sudah silap. Itu menunjukkan mereka hanya ada ilmu tetapi tidak faham dan ilmu itu tidak dihayati. Pada orang ramai, mereka orang baik. Ini satu kesalahan yang besar. Orang yang baik itu bukan setakat boleh beribadah dan tidak mengganggu orang. Orang yang baik itu, selepas ibadah mesti aktif dan mesti berkhidmat kepada orang lain dengan tenaganya, nasihat dan wang ringgit.
Ada Hadis yang bermaksud:
“Yang paling baik di antara kamu ialah kamu yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.”
Sebab itu para salafussoleh, kerana ibadah mereka dihayati dan berperanan pada diri mereka, kalau selepas waktu Subuh, walaupun mereka tidak ada kerja yang khusus, mereka sengaja keluar cari-cari pasal (untuk buat kebaikan) dan cari-cari kerja. Mereka pergi tolong petik gandum, tolong mencangkul tanpa disuruh atau diminta. Kalau mereka melihat ada rumah yang bumbungnya bocor, mereka minta izin tuan rumah untuk membaikinya. Inilah solat yang melahirkan orang yang aktif.
Tapi hari ini, orang banyak solat, banyak ibadah, tetapi mereka jadi beku dan jumud. Bahkan nasib mereka pun di- tentukan oleh orang lain. Bukankah ini satu kesilapan yang besar. Hanya kerana mereka itu nampak lembut, tidak ganggu orang, kuat ibadah, maka orang anggap itu baik dan bagus. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, dia mesti banyak berhubung dengan manusia.
Orang yang banyak berkhidmat dengan Tuhan mesti banyak berkhidmat dengan manusia. Kalau betul takut dan cinta Tuhan, akan bertambah cinta kepada manusia. Itulah sepatutnya natijah atau hasil dari solat.
2. Berjiwa Besar
Hasil dari solat ialah rasa beriman dan bertaqwa. Kalau itulah yang kita rasa maka akan timbullah rasa berjiwa besar. Sebab
orang yang beriman dan bertaqwa itu Tuhan kata, “Dia orang Aku.” Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya berbagai-bagai perkara dan Tuhan tidak mungkir janji. Janji Tuhan pasti Tuhan tepati.
Apakah janji Tuhan kepada orang mukmin, orang bertaqwa dan orang yang sudah menjadi orang Tuhan? Tuhan janjikan kepadanya:
a. Keselamatannya
b. Kewangannya
c. Kehidupannya
d. Kepandaian
e. Kemenangan
f. Tuhan bertanggungjawab dan akan mengalahkan musuh-musuhnya
Tuhan mempunyai ramai rijal yang ghaib. Angin, air dan bermacam-macam lagi adalah tentera-tentera Tuhan. Tuhan boleh arah mereka bertindak. Kalau begitulah keyakinan kita hasil dari solat, maka dari solat itulah kita akan beroleh jiwa yang besar.
Orang yang sudah jadi orang Tuhan, ada sesuatu yang paling besar pada dirinya yang tidak ada pada ciptaan lain. Orang tengok gunung, tidak ada yang masuk Islam. Orang tengok laut, tidak ada yang menangis kerana merasa insaf dengan kebesaran Tuhan. Tetapi dengan melihat orang Tuhan dan orang yang bertaqwa, manusia boleh masuk Islam tanpa banyak hujah. Bila tengok sahaja orang bertaqwa, tergerak hati mereka hendak bertaubat kepada Allah.
Orang bertaqwa itu adalah ciptaan Tuhan yang paling hebat. Orang boleh terpukau dengannya. Dia pemaaf, berkasih sayang, suka mengutamakan orang lain, belas kasihan dan kalau ada orang buat jahat padanya, dibalasnya dengan kebaikan. Dia tidak boleh tengok orang susah. Pasti dibantunya.
Orang yang berjiwa besar sentiasa mahu melahirkan tanda kebesaran Tuhan pada dirinya. Tuhan Maha Pemurah, dia pun mahu jadi pemurah. Tuhan buat baik pada orang yang buat jahat pada-Nya, dia pun mahu buat baik pada orang yang buat jahat padanya. Betapa tidak, orang sekutukan Tuhan, maki Dia, mengata Dia, tolak suruhan-Nya, tidak solat, berjudi, minum arak tapi Tuhan tetap layan mereka. Tuhan tetap bagi makan minum, anak dan isteri kepada mereka. Maha Besar Tuhan yang menghadiahkan solat. Siapa yang menghayatinya, dia akan berjiwa besar. Bangsa yang menghayatinya akan menjadi bangsa yang berjiwa besar.
3. Berani
Dalam solat, ada ubat atau pil untk menjadikan orang penakut itu berani. Malahan sebelum mengangkat takbir solat pun, sudah dirasakan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan dan betapa lemahnya makhluk ini. Datang kesedaran bahawa makhluk tidak ada kuasa langsung. Malaikat, jin, harimau dan manusia lain semuanya setaraf, setitik pun tidak ada kuasa dan kekuatan. Cuma kalau ada perbezaan antara satu sama lain adalah kerana Tuhan bagi sedikit kelebihan kepada dia. Tuhan bagi kelebihan tidak sama kepada setiap makhluk.
Yang kuat dan berkuasa itu Tuhan, bukan makhluk. Bukan malaikat, bukan jin, bukan manusia dan bukan harimau. Yang patut dan layak ditakuti ialah Tuhan. Bila Tuhan sebenar- benarnya ditakuti, maka akan lenyaplah takut dan akan timbullah rasa berani terhadap sesama makhluk.
Ini termasuk juga takut kepada miskin, sakit, hilang pangkat dan jawatan, hilang pengaruh, mati dan sebagainya. Kalau kita sedar semua itu adalah dari Tuhan, maka takut kita itu akan berpindah dari perkara-perkara tersebut kepada Tuhan. Begitu juga rasa takut kepada bencana alam seperti banjir besar, gunung berapi, gempa bumi dan wabak penyakit. Tuhan kata jadi maka jadilah. Tuhan kata tidak maka tidaklah. Akan datang rasa takut kepada Tuhan lebih dari takut kepada bencana alam itu. Takut pada Tuhan itu adalah takut yang hak dan mesti dikekalkan. Takut pada makhluk adalah takut yang batil. Ia mesti dibuang.
4. Disiplin
Dalam sembahyang kita berikrar dan berjanji bahawa hidup dan mati kita pun untuk Tuhan. Kalau pengakuan macam ini boleh dibuat dan dihayati dengan sepenuh hati, kita akan jadi seorang manusia yang penuh disiplin. Kalau satu bangsa boleh buat pengakuan yang seperti ini, maka bangsa itu akan menjadi satu bangsa yang berdisiplin.
Bila disebut mati, semua orang yakin akan mati. Bila mati ertinya kembali kepada Tuhan. Kembali ertinya pulang ke tempat asal. Maksudnya, asal kita adalah dari Tuhan. Datang dari Tuhan, kembali pun kepada Tuhan. Maka perlulah kita hidup dan mati kerana Tuhan.
Bila datang dari Tuhan dan kembali pun kepada Tuhan maka mesti ada jalan dari dan kepada Tuhan. Bila hidup dan mati kita ikrarkan untuk Tuhan maka sudah tentu kita akan ikut jalan ini. Jalan ini ialah syariat Tuhan. Kita akan ikut syariat Tuhan. Taat dan patuh kepada syariat ini ialah disiplin. Disiplin termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sebaliknya, bangsa yang tidak berdisiplin, siapa sahaja yang melihat akan mentertawakan bahkan akan memperlecehkan mereka. Tidak ada disiplin di sudut manapun akan jadi bahan kelakar bagi orang Yahudi. Ini dapat kita lihat pada bangsa yang di Timur Tengah. Mereka sungguh tidak berdisiplin. Naik baspun berebut-rebut, tidak tahu hendak beratur. Itu sebab bangsa Yahudi tidak hormat, tidak takut dan tidak gerun dengan mereka. Itu sebab Yahudi berani memperkotak katik dan menzalimi mereka.
5.Sabar
Sabar juga termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sifat sabar lebih utama bagi pemimpin. Oleh itu sifat sabar yang tertinggi dihadiahkan Tuhan kepada pemimpin, kepada para rasul terutamanya yang Ulul ‘Azmi. Sabar adalah syarat utama bagi seorang pemimpin.
Dalam sembahyang ada ubat dan pil untuk menjadikan seseorang itu penyabar. Sebelum kita mulakan sembahyang pun sudah ada didikan untuk kita bersabar sama ada kita sedar ataupun tidak, sebab hendak sembahyang bukannya senang, lebih-lebih lagi bagi orang yang belum khusyuk. Hendak sembahyang pun satu ujian. Bukan senang hendak bangun tidur di waktu pagi untuk sembahyang Subuh. Sebab itu, sesetengah orang dia duduk-duduk dulu. Dia menung dulu. Mengenangkan terpaksa ke bilik air. Kalau tidak sabar, kita tidak akan boleh buat. Kalau tidak sabar, boleh jadi kita akan tidur semula. Sebelum sembahyang pun sudah perlu banyak sabar.
Dalam sembahyang lebih-lebih lagi. Bila kita sebut: “Maliki yau middin” yang bermaksud: “Tuhan yang memerintah di hari Akhirat” ia jadi pemangkin untuk kita bersabar. Bersabar melaksanakan segala suruhan Tuhan. Bersabar meninggalkan segala larangan Tuhan kerana takutkan Neraka dan inginkan Syurga-Nya. Biarlah bersusah-susah sedikit. Biarlah sakit sedikit. Biarlah tidak dapat mengikut kehendak nafsu asalkan di Akhirat kita selamat. Dengan itu ia memudahkan kita untuk bersabar. Samalah dengan orang yang mengejar dunia. Hendak sekolah bukan seronok. Hendak belajar bukan senang. Hendak masuk universiti bukan mudah. Tetapi demi untuk menjadi pandai, supaya dapat kerja dan jawatan yang tinggi, bersusah payah pun dibuat juga. Orang boleh bersabar menghadapi apa yang dia benci, apa yang dia tidak suka dan apa yang menjemukannya, asalkan matlamat dan cita-citanya tercapai.
PEMANGKIN BAGI KEKUATAN BANGSA
Sesuatu bangsa yang ingin maju mestilah berjiwa besar dan mempunyai cita-cita yang besar. Sesuatu bangsa yang berjiwa besar dan bercita-cita besar adalah hasil dari didikan, bukan suatu kebetulan. Ia tidak berlaku dengan sendiri dan secara tiba-tiba. Ia adalah hasil didikan dari kecil.
Sesuatu bangsa yang berjiwa besar, kalau kita lihat dalam sejarah, adalah bangsa yang ada pegangan dan cita-cita sebagai pemangkinnya. Di antara satu bangsa dan satu bangsa yang lain, pemangkin ini tidak sama. Walaupun tidak sama, ianya tetap dari hasil didikan. Perkara yang menjadi pemangkin itu pula berbagai-bagai. Negara Sebagai Pemangkin Ada bangsa yang berjiwa dan bercita-cita besar kerana negara- nya, misalnya bangsa Itali di bawah pimpinan Musollini. Sebab itu, walaupun penduduk Itali tidak ramai, tetapi disebabkan ada cita-cita besar terhadap negara, banyak negara lain dapat dijajahnya.
Bangsa Sebagai Pemangkin
Ada bangsa yang berjiwa dan bercita-cita besar kerana bangsa- nya, misalnya bangsa Jerman di bawah pimpinan Hitler. Bangsa Jerman ini menganggap mereka berasal dari keturunan bangsa Arya yang mulia dan tidak patut duduk di bawah telunjuk bangsa lain. Fahaman ini membuatkan bangsa Jerman mempunyai jiwa yang besar yang mencetuskan satu perjuangan yang besar iaitu perjuangan bangsa (Facism) di bawah pergerakan Nazi. Disebabkan bangsa Yahudi juga meyakini mereka dari keturunan bangsa Arya yang dianggap mulia, maka berlaku persaingan di antara bangsa Jerman dan bangsa Yahudi untuk menjadi bangsa yang termulia di dunia. Oleh sebab itulah bangsa Jerman membunuh berjuta-juta orang Yahudi di negara Jerman dan negara-negara lain di Eropah yang ditawannya dalam Perang Dunia Kedua demi untuk menghapuskan persaingan ini. Pergerakan Nazi Jerman ini berjaya menawan sebahagian besar kawasan Eropah sebelum ditewaskan oleh Negara-negara Bersekutu dan Rusia.
Ideologi Sebagai Pemangkin
Ada bangsa yang cita-citanya lebih besar dan bersifat sejagat iaitu yang berdasarkan fahaman dan ideologi. Contohnya, ideologi sosialis dan komunis. Satu ketika dahulu, banyak negara di dunia menjadi komunis. Rusia dan China jadi komunis. Eropah Timur hampir semua jadi komunis seperti Albania, Yugoslavia, Jerman Timur dan lain-lain lagi. Negara Cuba di Amerika Selatan sampai sekarang masih komunis. Malahan Malaysia dan Indonesia hampir-hampir jadi komunis.
Kemuliaan Bangsa Sebagai Pemangkin
Ada bangsa yang mencapai jiwa besar kerana banyak pemang- kinnya, bukan satu sahaja. Banyak keyakinan yang menjadi pegangan bangsa tersebut. Contohnya ialah bangsa Yahudi.
Sekurang-kurangnya ada empat pemangkin yang mendorong mereka berjiwa dan bercita-cita besar iaitu:
1. Mereka menganggap bangsa mereka adalah anak Tuhan. Mana boleh anak Tuhan duduk di bawah bangsa lain yang bukan anak Tuhan. Inilah yang diajar kepada anak-anak bangsa Yahudi dari peringkat Tadika lagi.
2. Mereka berkeyakinan bahawa mereka berasal dari ketu- runan nabi-nabi dari Bani Israil. Ini kita tidak dapat nafikan. Hanya Rasulullah, Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim yang bukan dari kalangan Bani Israil. Justeru itu mereka rasa mereka berketurunan mulia. Tidak layaklah keturunan para nabi duduk di bawah orang lain. Keyakinan ini ditanam dari kecil lagi.
3. Bangsa Yahudi mengaku mereka berasal dari bangsa Arya iaitu satu bangsa yang menganggap bangsa mereka paling mulia dari bangsa-bangsa lain di dunia. Bangsa-bangsa selain itu dianggap hina. Mana mungkin bangsa yang mulia duduk di bawah bangsa yang hina. Maka timbullah jiwa yang besar dan cita-cita perjuangan yang besar bagi bangsa Yahudi ini.
4. Bangsa Yahudi mempunyai keyakinan bahawa semua bangsa masuk Neraka kecuali bangsa Yahudi. Mereka yakin bangsa Yahudi kalau masuk Neraka pun hanya selama enam hari sahaja. Walaupun ini karut, tetapi ianya ditanam sebagai satu keyakinan.
Banyak lagi pemangkin bagi bangsa Yahudi ini tetapi empat perkara di atas adalah yang terpokok. Dengan pemangkin- pemangkin ini, mereka menjadi bangsa yang berjiwa dan bercita-cita besar. Dengan cita-cita inilah mereka berjuang selama beribu-ribu tahun.
Bangsa Yahudi adalah bangsa yang tua. Oleh itu, pengalamannya banyak, ilmunya banyak dan mereka itu cerdik. Namun bilangan mereka sedikit. Yang ada di negara Israil sekitar tiga hingga empat juta orang sahaja. Kalau dikumpulkan kesemuanya yang bertabur di Jerman, Britian, Amerika, Rusia dan lain-lain negara lagi, jumlah mereka sekitar sepuluh juta. Walaupun demikian, mereka mampu mengalahkan 100 juta umat Arab. Mereka mampu mengawal, melemahkan, memanipulasi dan memecah belah bangsa-bangsa lain di dunia demi keselamatan dan kemajuan bangsa mereka. Mereka menguasai sistem kewangan dunia. Mereka menguasai sistem ekonomi dunia. Mereka menguasai akhbar, media cetak dan agensi berita dunia. Mereka menguasai industri perfileman dunia dan berbagai-bagai lagi.
Tuhan Sebagai Pemangkin
Orang yang paling berjiwa besar dan bercita-cita besar adalah orang yang memperjuangkan Tuhan. Sebab Tuhan Maha Besar dan tidak ada yang lebih besar dari Tuhan. Kalau ini dididik dari kecil, iaitu kalau umat Islam benar- benar dididik mengikut Islam, maka mereka akan jadi bangsa yang paling bercita-cita besar dibanding dengan bangsa dan penganut agama-agama yang lain. Sebab umat Islam akan mendapat sesuatu yang paling besar iaitu cita-cita untuk mendapat dan memperjuangkan Tuhan. Tentu umat Islam akan berkorban habis-habisan untuk cita-citanya yang di dorong oleh keyakinannya pada Tuhan.
Di waktu ini, tidak ada pemangkin untuk mendorong umat Islam menjadi besar. Tuhan telah dilupakan dan ditinggalkan. Oleh itu, macam mana umat Islam hendak bersatu, macam mana hendak berkasih sayang, hendak rasa bersama dan hendak bekerjasama. Jiran pun terbiar dan tidak diambil peduli. Kadang-kadang jiran pun disakiti dan dikhianati.
Pemikiran ini mesti diubah. Umat Islam mesti berhijrah kepada satu pemikiran yang paling besar iaitu memperjuangkan Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Tuhan yang menghidup dan mematikan kita dan yang memiliki dunia dan Akhirat. Keselamatan kita dalam tangan Tuhan. Kita mesti perjuangkan Tuhan. Kita mesti promosikan Tuhan. Kita mesti ajak manusia yang lain mengenal Tuhan dan cinta pada Tuhan.
Bila manusia sudah cinta Tuhan, tidak kira apa bangsa dan etniknya, akan berlakulah satu anjakan perasaan dan sikap iaitu manusia akan berkasih sayang sesama manusia. Tuhan adalah pemangkin yang terhebat dan terbesar. Memperjuangkan Tuhan bukan memperjuangkan ideologi. Bukan memperjuangkan bangsa. Bukan memperjuangkan negara. Tetapi berjuang di atas nama Tuhan itu sendiri. Iaitu Tuhan yang memiliki dunia dan Akhirat dan Tuhan yang me miliki kita. Orang yang ada keyakinan seperti ini akan berjuang mati-matian dan akan berkorban apa sahaja.
Kita sedih kerana umumnya umat Islam telah tersalah didik. Dari kecil umat Islam ditanam rasa cintakan individu. Cintakan diri sendiri. Berjuang untuk kepentingan diri dan untuk mendapatkan kebendaan. Berjuang untuk mendapatkan habuan di dunia semata-mata.
Umat Islam sudah melupakan Tuhan. Malahan hendak sebut Tuhan pun malu. Semua mereka sibuk dan berebut-rebut hendak jadi pensyarah, doktor, jurutera, pilot, peguam dan sebagainya. Tidak ditanam cita- cita untuk membela agama, bangsa dan negara. Tidak ditanam cita-cita untuk memperjuang dan mempromosikan Tuhan.
Cita-cita umat Islam kecil sangat. Tidak ada cita-cita yang global dan bersifat sejagat. Semuanya bercita-cita lepas sekolah hendak bekerja dan dapat gaji. Sudah bekerja hendak kerja lagi. Tidak ada cita-cita besar. Tidak ada cita-cita hendak memperolehi jiwa yang besar.
Sesuatu bangsa yang ingin maju mestilah berjiwa besar dan mempunyai cita- cita yang besar. Sesuatu bangsa yang berjiwa besar dan bercita-cita besar adalah hasil dari didikan, bukan suatu kebetulan. Kita sedih kerana umumnya umat Islam telah tersalah didik. Dari kecil umat Islam ditanam rasa cintakan individu atau diri sendiri. Berjuang untuk kepentingan diri dan untuk mendapatkan kebendaan, untuk mendapatkan habuan di dunia semata-mata. Umat Islam sudah melupakan Tuhan.
No comments:
Post a Comment