Raja Dr. Nazrin Shah bersama Rosmah
Mansor (kanan) dan Irene Natividad
ketika tiba untuk menghadiri
Sidang Kemuncak Global Wanita 2013
di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 8 Jun - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, masih banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan golongan wanita bukan sekadar menjadi pilihan kedua dalam sektor pekerjaan di Malaysia.
Baginda bertitah, ini kerana peranan golongan itu dalam dunia pekerjaan amat penting kepada sesebuah negara walaupun sumbangan mereka kadang kala dipandang remeh.
Dalam kebanyakan masyarakat, penyertaan wanita di dalam pelbagai peringkat pekerjaan masih dipandang sebagai pilihan kedua, bagus untuk ada tetapi tidak penting.
Jadi antara langkah penting untuk mengubah ini adalah dengan menyedarkan ramai pihak tentang sumbangan unik dan berkuasa golongan ini di dalam masyarakat," katanya ketika bertitah pada sesi dialog dalam Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Sidang Kemuncak Global Wanita, Irene Natividad.
Raja Nazrin bertitah, masyarakat juga harus mengubah sikap dengan memberi pengiktirafan lebih meluas terhadap peranan dan sumbangan wanita kepada negara
Lahirkan Lebih Ramai Ikon Perniagaan Wanita - Rosmah
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau ingin melihat lebih ramai ikon perniagaan lahir dalam kalangan wanita.
Bercakap pada majlis penutup Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 Sabtu, beliau melahirkan hasrat melihat lebih ramai wanita memiliki perniagaan sendiri, mempunyai kawalan dalam syarikat tersenarai awam, memegang jawatan pengurusan tertinggi dan di peringkat ahli lembaga pengarah selain menyertai perniagaan yang berpotensi.
"Bayangkan jika kita ada seorang ikon perniagaan wanita seperti gergasi ICT Bill Gates atau mendiang Steve Job. Mereka mewujudkan industri global, menetapkan kaedah baharu menjalankan perniagaan serta menjana peluang pekerjaan," katanya.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, Presiden Kosovo Atifete Jahjaga serta Presiden Sidang Kemuncak Global Irene Natividad.
Rosmah berkata komuniti wanita perlu memberi inspirasi ke arah melahirkan lebih ramai usahawan daripada golongan itu bagi memiliki perniagaan yang tersenarai dalam Fortune 500 companies.
"Menjalankan perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kerja keras, daya tahan serta kesabaran... justeru, golongan wanita tidak harus kecewa apabila kegagalan.
"Sebaliknya anda perlu belajar daripada kegagalan kerana kegagalan mengurangkan tempoh kitaran pembelajaran dan membolehkan organisasi mendapat idea yang lebih bernas dengan lebih pantas," katanya.
Rosmah berkata jawatankuasa sidang kemuncak itu perlu terus menganjurkan forum belia pada masa depan kerana mampu menjadi wadah yang baik kepada usahawan muda wanita.
Beliau turut mengumumkan kira-kira US$8.3 juta dijana daripada 70 sesi pemadanan perniagaan yang semasa sidang kemuncak tiga hari yang berakhir hari ini.
Malaysia buat pertama kali menjadi tuan rumah persidangan wanita bertema 'Wanita: Mewujudkan Ekonomi Baharu,' yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri perwakilan dari 70 negara.
Persidangan itu membincangkan peranan serta hala tuju bagi memperkasa wanita dalam arena antarabangsa, dan antara agenda yang berlangsung pada sidang kemuncak itu ialah sesi pleno mengenai trend perniagaan serantau dan global, forum ketua pegawai eksekutif, forum usahawan dan strategi praktikal untuk pertumbuhan, sesi pembinaan kemahiran dan peluang mewujudkan rangkaian perniagaan.
SEBAHAGIAN daripada para peserta termasuk perwakilan luar negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 di Kuala Lumpur |
Membina ekonomi lestariKUALA LUMPUR 6 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan wanita perlu diberikan peranan penting dalam usaha sesebuah negara membina ekonomi yang lestari dan berjaya.Berita selanjutnya |
No comments:
Post a Comment