Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
45. Al-Jathiyah
[1]Haa, Miim.
[2]Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[3]Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
[4]Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
[5]Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
[6]Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
[7]Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -
[8]Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[9]Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.
[10]Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.
[11]Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[12]Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
[13]Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
[14]Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.
[15](Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.
[16]Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.
[17]Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
[18]Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
[19]Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
[20]Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
[21]Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
[22]Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
[23]Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
[24]Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
[25]Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: “Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!”
[26]Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat – (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)”.
[27]Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
[28]Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!
[29]“Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!”
[30]Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
[31]Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?
[32]“Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ‘, kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya ‘.”
[33]Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!
[34]Dan dikatakan (kepada mereka): “Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
[35]“(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia”. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
[36](Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam.
[37]Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Berikut petikan dari FB YM Zamzuri Abdullah selaku Penasihat Kehormat KKS1M
Fikirkan .. dengan mata hati kita tentang kejayaan kita.
apakah semua itu datang dengan sendiri???
siapakah anda dan keluarga anda sebelum merdeka dan selepas merdeka?? dari mana peluang pendidikan yg anda perolehi ??? anda peluang itu kerana anda berada di bumi malaysia ini. siapakah yg berfikir utk ini???? anda adalah outcome dari kemerdekaan negara ini..
kepada semua kakitangan awam dan swasta yg berkerja dinegara ini yg sebangsa denganku: apakah anda akan berada ditahap sekarang adalah hasil pemikiran siapa??? jangan mudah lupa diri bahawa anda dan keluarga anda tiada apa-apa pun sebelum ini.. fikir-fikirkan..
kepada guru-guru JQAF : siapakah anda sebelum jadi guru??? berapa pendapatan anda sebelum diambik jadi cikgu JQAF.. fikirkan bahawa anda tiapa apa-apa pun sebelum ini.. fikir-fikirkan.. kerana peluang yg diberikan maka anda berada di tahap sekarang..
kepada pihak pengurusan tertinggi kerajaan : anda sebenarnya sebelum ini tiada apa-apa pun. kerana peluang berada dinegara inilah anda sampai ketahap sekarang.. ingat jangan mudah lupa diri.. yg tidak deliver adalah kakitangan awam..
kepada pengetua2, pk, guru-guru dan warga pendidikan. anda dan keluarga anda sebenarnya tiada apa-apa pun tetapi kerana diberikan peluang maka anda sampai ketahap sekarang. Anda semua adalah outcome daripada negara ini.. jangan mudah lupa setelah apa yg telah kita kecapi..
kepada para doktor-doktor/pakar/serta pengamal perubatan negara : anda sebelum ini tiada apa-apa pun malahan tiada cita-cita dapat sampai tahap sekarang. anda sampai tahap sekarang adalah kerana anda berada dinegara ini. anda telah diberikan peluang yg banyak. apa yg anda kecapi sekarang adalah kerana anda berada di bumi bertuah ini.. MALAYSIAku.. jangan mudah lupa asal-usul keturunanmu dimana dahulunya...
kepada kakitangan sokongan awam atau swasta: anda dan keluarga sebelum ini tiada apa-apa pun.. anda diberikan peluang adalah kerana berada dinegara ini. jadi fikirkan bagaimana anda boleh berada tahap sekarang??? ini adalah kerana anda berada di bumi bertuah ini.. jangan lupa ..
para hakim dan para peguam: renungkan sebelum ini anda dan keluarga berada ditahap mana??? anda sampai ketahap sekarang kerana diberikan peluang berada dibumi bertuah ini. jangan mudah lupa bahawa anda adalah outcome daripada pembangunan negara ini.. fikirkan dengan sedalam-dalamnya..
para profesor, profesor madya, PHD-PHD : ingatlah bahawa anda dan keluarga anda tiada apa-apa pun sebelum ini tetapi kerana diberikan peluang berada dinegara ini dan menjadi rakyat malaysia maka anda mencapai tahap anda berada sekarang. Apakah anda ingin nafikan bahawa anda tidak diberikan bantuan apa-apa oleh negara. ingat anda berada ditahap sekarang kerana anda berada di BUMI BERTUAH ini... fikir-fikirkan..
para jurutera2 awam dan swasta: fikirkan diri anda dan keluarga sebelum ini.. anda sebenar tiada apa-apa pun sebelum ini malahan anda pun tiada cita-cita untuk capai tahap sekarang.. anda telah diberi peluang berada dinegara ini serta dibantu dari kecil sampai dewasa sehingga anda berada ditahap sekarang... inilah bumi ku yg bertuah.. ingatlah dimana kita sebelum ini??? renung-renungkan..
para ustaz2 dan pendakwah2 : ingatlah bahawa bumi inilah membuatkan kita dapat memberikan ceramah dan syarahan serta banyak jugak yg mendapat upah dalam memberikan ceramah. kerana keharmonian bumi bertuah inilah anda lakukan tugas anda. tapi jangan lupa diri anda dan keluarga anda sebelum ini.. tiada apa-apa pun jua. anda adalah hasil atau outcome negara. ingat dan berfikirlah..
belia2 dan org2 muda: anda adalah generasi kedua daripada 56 tahun kemerdekaan negara ini. andalah yg akan meneruskan kesinambungan pemimpin negara ini. fikirkan dengan mendalam dan .. demi generasi serta anak2 anda.. tanya ayahmu tentang keluarga mereka sebelum itu.. anda akan ketahui bahawa anda sebenarnya datang dari keluarga tiada apa-apa pun. inilah negara Malaysia
selamat hari pekerja: ingatlah kerana tuah berada dibumi bertuah inilah anda menjadi pekerja yg bertuah. ingat ianya tidak dapat semudah yg diucapkan. gunakan tahap pemikiran yg matang. selamat semuanya..
wahai petani/nelayan/penjual2 pasar malam : ingat bahawa keadaan anda serta keluarga anda teruk dan tersiksa tetapi kini dan dibumi bertuah ini anda telah mendapat peluang untuk terus meningkat. syukurilah kerana kita dilahirkan dibumi bertuah ini..
wahai sahabat yg seangkatan denganku: kejayaan yg anda kecapi sekarang bukannya datang bergolek .. sesungguhnya kita dibantu dan diberikan peluang kerana kita rakyat negara bertuah ini. untuk mencapai tahap ini tidak semudah diucapkan dipentas2 pilihanraya. anda adalah outcome negara ini.. jangan mudah lupa diri dengan kejayaan kita sekarang..
Oleh Zamzuri Abdullah · 3hb Julai 2010
Allah SWT berfirman: “ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah
Oleh Zamzuri Abdullah · 12hb Oktober 2010
سُوۡرَةُ یُوسُف لَقَدۡ كَانَ فِى قَصَصِہِمۡ عِبۡرَةٌ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ Ertinya : Sesungguhnya pada kisah –kisah mereka itu terdapat pengajaran
Oleh Zamzuri Abdullah · 20hb Jun 2010
Setelah 3 hari di bumi Madinah kumpulan seramai 18 orang yang terdiri yang tertua 80 tahun dan termuda 2 tahun..
Oleh Zamzuri Abdullah · 18hb Jun 2010
Dalam perjalanan ke Hotel Moven kami ditemani oleh seorang ustaz yang berasal daripada indonesia dan telah menetap di mekah lebih 10 tahun..
Oleh Zamzuri Abdullah · 18hb Jun 2010
PERJALANAN KU KE BAITULLAH... Pada tanggal 31 Mei 2010 adalah permulaan perjalananku ... Oleh kerana terlalu
|
Zamzuri Abdullah
Oleh Zamzuri Abdullah · 28hb Julai 2011
Rasulullah SAW: Belajarlah kamu akan AL QURAN, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu
Oleh Zamzuri Abdullah · 28hb Julai 2011
Alqur’an menyembuhkan hati manusia dan menebarkan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Ia menyembuhkan segala macam penyakit hati, termasuk akhlak tercela.
Oleh Zamzuri Abdullah · 28hb Julai 2011
Untuk memperkuat dakwah yang disampaikan, Allah memberikan keistimewaan bagi para rasul yang disebut dengan mukjizat. Bagi seorang Rasul, mukjizat yang satu berbeZa dengan yang lain. Biasanya, ada
Oleh Zamzuri Abdullah · 28hb Julai 2011
AL QURAN merupakan sumber utama ajaran Islam, di mana di dalamnya terkandung hidayah bagi setiap muslim dalam menjalani kehidupan agar selamat dan memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ada beberapa macam hidayah
Oleh Zamzuri Abdullah · 24hb Julai 2011
Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah menerangkan tentang tipu daya ini “… dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Surah an-Nas: 4-5)
Oleh Zamzuri Abdullah · 24hb Julai 2011
Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung melakukan kesalahan, tetapi, mereka tidak pernah putus asa daripada mengharapkan rahmat daripada Allah,
Oleh Zamzuri Abdullah · 24hb Julai 2011
Dia diciptakan oleh Allah dan dia berada dibawah kuasa Allah sepenuhnya. Dia juga ialah hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Dia ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar
Oleh Zamzuri Abdullah · 24hb Julai 2011
Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami katakan kepada para malaikat; “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah
Oleh Zamzuri Abdullah · 24hb Julai 2011
JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak
Oleh Zamzuri Abdullah · 23hb Julai 2011
Di sini terdapat ikhtiar manusia, dan itu terasa sendiri oleh diri masing-masing. Kekayaan jiwa yang terpendam dalam diri/batin kita, tidak akan terkeluar kalau kita sendiri tidak berikhtiar dan berusaha, kesilapan kita mengambil jalan yang salah
Oleh Zamzuri Abdullah · 23hb Julai 2011
“ Dan sekiranya Kami menurunkan Al Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab. Kemudian ia membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
Oleh Zamzuri Abdullah · 23hb Julai 2011
Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit”
Oleh Zamzuri Abdullah · 20hb Jun 2010
Pada lebih kurang pukul 2.15 am aku melangkahkan kaki menuju ke Masjid Nabawi untuk solat yang pertama ku di Masjid tersebut..
Oleh Zamzuri Abdullah · 7hb April 2010
Sabar Dalam Menuntut Ilmu Syaikh Nu’man mengatakan, “Betapa banyak gangguan yang harus dihadapi oleh
No comments:
Post a Comment